Bukan senang ya bagi pihak kerajaan memuaskan hati semua pihak apabila tiba waktu pembentangan belanjawan.
Hari yang dinantikan telah tiba dan bermula jam 4 petang ini, kerajaan menerusi Menteri Kewangan Malaysia, Tuan Lim Guan Eng akan membentangkan Belanjawan 2020 dari Dewan Rakyat.
Ramai rakyat yang mengharapkan agar keinginan mereka untuk peningkatan sosioekonomi akan terbela dan didengari oleh kerajaan.
Ini memandangkan kos tampungan sara hidup yang semakin meningkat. Bukan mudah bagi seorang individu untuk kekalkan gaya hidup dan kehidupan di kawasan bandar dengan keadaan ekonomi semasa.
Bagi kebanyakan graduan kolej dan universiti pula, peluang pekerjaan yang semakin terhad menjadi salah satu faktor penghalang untuk mereka bergerak ke hadapan.
Oleh sebab itulah, menteri Belia dan Sukan negara, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah membuat permintaan mega sempena Belanjawan 2020.
Ads
Untuk mewujudkan 350,000 peluang pekerjaan kepada golongan muda bagi tempoh 5 tahun akan datang, beliau meminta agar bajet sejumlah RM6 Bilion akan disalurkan kepada kementerian beliau!
WOW
Bercakap kepada rakan media di Malaysia Kini, beliau berkata, “Mencipta peluang pekerjaan adalah keutamaan kami.
“Jika tak dapat menyelesaikan keperluan asas seperti pekerjaan, kita tak dapat penuhi keperluan lain. Saya membayangkan ini akan menjadi sebahagian daripada pembentangan Belanjawan 2020.”
Beliau, bagaimanapun enggan memperincikan bagaimana peruntukan RM6 Bilion itu akan digunakan untuk mencipta peluang pekerjaan.
Ads
*
Untuk pengetahuan korang, setakat bulan Julai 2019 saja, sekitar 524,800 orang dilaporkan menganggur. Daripada jumlah itu, 10.9 peratus adalah di kalangan belia.
Demi mengatasi masalah itu, pihak Syed Saddiq juga memandang kepada alternatif lain seperti elaun untuk pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) kepada pelajar dengan latar belakang memerlukan.
Ads
“TVET adalah lebih baik daripada menyediakan wang tunai kepada orang muda.
“Malah, pengambilan kerja selepas tamat pengajian TVET juga tingga, iaitu antara 94 – 96 peratus. Itu adalah lebih baik daripada graduan beberapa universiti awam.
*
HEY GIRLS WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan kata selebriti, jika ada album-album lama korang yang dipunggah semula, pasti ada saja foto yang bakal membuatkan anda tergelak besar.
Begitu juga dengan selebriti-selebriti Hollywood yang bakal REMAJA bongkarkan ini. Penampilan saat pertama kali muncul di kaca televisyen dilihat sangat berbeza dengan wajah mereka hari ini.
Mungkin ada di antara anda yang tidak mengenali selebriti ini di awal pembabitan mereka dalam industri hiburan. Jadi, jom kita lihat perbezaan wajah 13 selebriti Hollywood ini pada waktu pertama kali beraksi di kaca TV.
A Nightmare on Elm Street, 1984 – Johnny Depp
Panic Room, 2002 – Kristen Stewart
Fast Times at Ridgemont High, 1982 – Nicolas Cage
E.T. the Extra-Terrestrial, 1982 – Drew Barrymore
Critters 3, 1991 – Leonardo DiCaprio
The Mask, 1994 – Cameron Diaz
Back to the Future Part II, 1986 – Elijah Wood
The Karate Kid, 2010 – Jaden Smith
Heavenly Creatures, 1994 – Juliet Hulme
Mio in the Land of Faraway, 1987 – Christian Bale
Leon: The Profesional, 1994 – Natalie Portman
Leprechaun, 1993 – Jennife Aniston
How to Make an American Quilt, 1995 – Jared Leto
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hujung tahun nanti mesti dah ramai yang plan nak pergi bercutikan. Sesekali keluar negara, laburkan sedikit duit, pergi melawat tempat orang, pelajari budaya masyarakatnya, kenali makanannya dan paling penting dapat relakskan diri dari suasana tegang bekerja.
So bagi korang yang tengah fikir atau rancang nak ke mana-mana destinasi dengan budget murah berbaloi-baloi, bolehlah pilih Phuket, Thailand sebagai destinasi pilihan. Dengan hanya RM600 all out, korang dah boleh rilek-rilek lepak di Phuket dalam suasana santai tapi menarik. Dengar cerita pantainya memang menarik habis bagi korang yang mungkin sukakan suasana pantai.
Tweet yang dikongsikan oleh pengguna twitter ini, mekni@waniinasir yang telah ke Phuket dengan hanya kos RM600 all in, boleh korang jadikan guide apabila ke sana. Paling penting, harga murah, dapat ke luar negara dan tengok tempat orang. Itu yang paling best sekali.
Jom baca, siap dengan iternary sekali.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk menonjolkan diri berdasarkan bakat, rupa, personaliti dan kepandaian di atas pentas – kesemuanya pada waktu yang sama.
Namun, wakil Malaysia ke pertandingan Mister Tourism World 2019 iaitu Danial Hansen telah membuktikan tiada yang mustahil setelah dia mengenepikan saingan 18 buah negara.
Danial yang mempunyai darah campuran Melayu, Belanda dan berasal dari negeri Sabah ini terlebih dahulu telah memenangi pertandingan Bachelor of Malaysia 2019 dan sekaligus melayakkan diri sebagai wakil negara.
Di pentas Mister Tourism World semalam, lelaki berusia 24 tahun itu perlu melalui pusingan kostum nasional, pakaian mandi, pakaian formal serta sesi soal jawab.
Pada kemuncak acara, Danial bukan saja pulang dengan gelaran Mister Tourism World 2019 tetapi juga memenangi beberapa kategori lain.
Antaranya termasuklah Best Physique, Charmingly Cultured Award dan World Choice Award yang merupakan kategori undian peminat sedunia.
Danial yang kini aktif sebagai penggiat fitness juga berkongsi minatnya untuk menyertai industri seni lakonan apabila tiba masa yang sesuai.
Ikuti temubual REMAJA bersama Danial Hansen sebelum dirinya berlepas ke Malta untuk bertanding.
Sepasang sudah anak Song Joong Ki pasangannya Katy Louise Saunders.Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali...