Semalam Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah memanggil ahli Lembaga Pengarah IMDB untuk memberi keterangan mengenai perjalanan syarikat 1 Development Malaysia Berhad (IMDB).
Sesuatu yang sangat mengejutkan dalam pertemuan itu, Lim Guan Eng mengesahkan 1MDB telah muflis dan tidak mampu membayar hutang. Malah Kementerian Kewangan telah menggunakan RM7 bilion wang rakyat untuk membayar faedah pinjaman begitu sahaja.
Ini sesuatu yang sangat menyedihkan kerana sebelum Pru14, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda telah mengadakan road show menerangkan betapa kukuhnya syarikat tersebut.
Hadir pada sesi berkenaan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Datuk Norazman Ayon dan Datuk Kamal Mohd. Ali, bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB, Azmi Tahir dan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda.
Guan Eng berkata, lebih mengejutkan, Kamal turut memaklumkan pelaburan 1MDB sebanyak RM9.8 bilion sejak dua tahun lalu juga merupakan scam (penipuan).
“Pelaburan bernilai AS$940 juta (RM3.75 bilion) sebelum ini yang dipegang oleh BSI Bank di Singapura dan dana pelaburan luar negara bernilai AS$1.56 bilion (RM6.22 bilion) dimiliki oleh 1MDB Global Investments Ltd. dianggarkan bernilai RM9.8 bilion jika ditebus, lebih daripada mencukupi untuk melunaskan hutang 1MDB bagi tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.
Bagaimanapun, Azmi memaklumkan bahawa pelaburan itu wujud biarpun BSI Bank sudah ditutup operasinya.
“Azmi melalui sepucuk surat pada Mac lalu juga memaklumkan syarikat 1MDB tidak mampu membayar kadar faedah yang matang pada April dan Mei ini,” ujarnya.
Sementara itu menurutnya Arul Kanda mendakwa tidak mengetahui situasi kewangan syarikat kerana sedang bercuti sehingga tamat kontrak pada Jun ini.
“Arul Kanda mendakwa semua hal kewangan 1MDB sudah diuruskan dengan ketat oleh CFO syarikat dan beliau tidak pasti mengenai nilai pelaburan itu atau sama ada ia wujud atau tidak,” katanya.
Turut hadir pada pertemuan itu bekas Peguam 1MDB, Ivan Chen. Pertemuan itu diadakan bagi membincangkan mengenai kemampuan syarikat pelaburan berkenaan untuk melangsaikan hutang. Kelmarin, melalui sidang media selepas memulakan tugas buat kali pertama di kementerian tersebut, Guang Eng mengarahkan Arul memberi penjelasan mengenai kemampuan 1MDB menyelesaikan hutangnya.
Laporan itu telah menarik minat penulis buku hartanah terkenal Azizul Azli untuk membantu “rakyat” mengira apa yang boleh dibuat dengan duit sebanyak RM7 bilion itu.
Banyak mana duit RM7 Bilion?
Zaman sekolah kita hanya diajar hingga nilai juta belum bilion dan trilion lagi dik! .
19 tahun joli katak beli beg barkin dan babi terbang baru habis semua duit dik!
Jarak ini bersamaan perjalanan dari Kuala Lumpur ke New York, dan dari New Yok boleh ke London pulak.
Itu bebanan kita hari ini dik, siapa yang akan bayar? Kita semua dik. Bila adik mintak PTPTN tak payar bayar disitu ada bebanan hutang RM40 bilion lagi dik!
Azizul Azli Ahmad
#HutangBersama
#PadanMukaKita
#MalaysiaBaru