Ekoran daripada kemelut politik di Malaysia kini, ‘roadblock’ atau sekatan jalan raya telah dilakasanakan oleh pihak Polis bagi mengelak sebarang provokasi atau perkara yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.
ARTIKEL BERKAITAN : Trending “13 Mei” Dan Sentimen Perkauman Remaja Di TikTok, Anwar Ibrahim Mula Bersuara
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata tujuan SJR tersebut dibuat adalah sebagai kesiapsiagaan bagi menjamin tahap keselamatan.
Acryl berkata tindakan tersebut dikesan selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diumumkan dan orang ramai dilihat memuat naik kandungan yang dipercayai menyentuh sentimen perkauman, keagamaan dan menghina institusi diraja.
“Langkah mendirikan SJR ini adalah sebahagian daripada usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan tahap ‘omnipresence’ bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.
“Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan SJR akan dijalankan pada waktu puncak.
“Orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR terutamanya di luar waktu puncak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ini tidak bermakna korang boleh cari ‘jalan tikus’ pula ya. Atur perjalanan dengan baik, mungkin informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu korang.
Sumber: @PDRMsia via Twitter
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.