Dalam kehidupan yang serba moden ini, tidak hairan sekiranya kita melihat penggunaan mesin atau robot yang melakukan pekerjaan manusia bagi mengurangkan tenaga kerja yang diperlukan.
Dengan arus kemodenan kemajuan teknologi, tugas penguatkuasaan juga kini dibantu robot.
Di China baru-baru ini dilaporkan sedang mengusahakan inovasi termaju dalam penguatkuasaan undang-undang.
Menerusi satu muat naik di media sosial, satu rekaan robot amfibia berbentuk sfera seberat 125kg yang mampu mengejar penjenayah pada kelajuan sehingga 35 kilometer sejam (35km/j) di darat dan air.
Rotunbot RT-G
Digelar Rotunbot RT-G, peranti futuristik ini adalah cetusan idea daripada firma teknologi, Logon Technology yang berpangkalan di Shenzhen dan telah dibangunkan selama beberapa tahun.
Menurut jurucakap Logon Technology, inovasi membanteras jenayah, RT-G merupakan robot polis sfera berkuasa kecerdasan buatan (AI) yang bukan sahaja menghentikan jenayah tetapi juga merisik atau mengesannya.
Ads
Kongsinya, robot bola pengimbangan diri tersebut menggunakan penstabil giroskopik untuk mengekalkan pergerakan yang stabil merentasi pelbagai rupa bumi, termasuk lumpur, lopak dan keadaan jalan tak berturap (off road).
Tambahnya, robot tersebut kini diuji di zon komersial di Wenzhou, wilayah Zhejiang, China dan juga baru-baru ini bersama empat pegawai polis di Hangzhou, sebuah bandar yang sibuk dengan populasi hampir 12 juta penduduk.
Lengkap dengan pelbagai alat memerangi jenayah
Robot RT-G juga dilengkapi dengan pelbagai alat memerangi jenayah yang tidak membawa maut. Ia termasuk penyembur gas pemedih mata, beberapa bom tangan, pembesar suara dan peranti penyebaran gelombang bunyi sekali gus memastikan kebolehsuaian dalam pelbagai senario.
Robot sfera yang dikuasakan oleh AI itu juga boleh mengesan ‘gangguan atau kelainan di sekelilingnya’.
Ads
Ia juga akan menggunakan fungsi pengecaman muka untuk mengesan penjenayah yang diketahui polis dan dengan itu membantu pegawai penguat kuasa undang-undang mengenal pasti mereka dengan lebih cepat.
Selanjutnya, ia boleh memberi amaran kepada penguatkuasaan undang-undang atau melumpuhkan suspek secara autonomi menggunakan pistol jaring binaan dalam.
Satu video operasinya menunjukkan RT-G dikawal dari jarak jauh, walaupun versi akan datang mungkin menggabungkan ciri autonomi untuk meningkatkan fungsinya.
“Pecutan robot RT-G boleh mencapai 30 kmj dalam hanya 2.5 saat dan binaannya yang teguh menjadikan ia tahan lasak walaupun jatuh di permukaan kasar.
Ads
“Bagaimanapun, ia mempunyai batasan seperti tidak stabil apabila melalui selekoh tajam dan sukar untuk menaiki tangga atau permukaan tinggi yang lain,” ujarnya.
Katanya, kelemahan tersebut mungkin menghalang keberkesanannya dalam menangani situasi tertentu atau persekitaran bandar yang kompleks.
Kos RM185,000 hingga RM247,000
Pada masa ini, julat kos pengeluaran untuk robocops berkuasa AI ini berbeza-beza dari AS$41,300 hingga AS$55,000 (RM185,000 hingga RM247,000).
Robot RT-G bukanlah percubaan pertama China dalam teknologi robotik memerangi jenayah. Negara itu telah melancarkan pelbagai peranti inovatif untuk membantu penguatkuasaan undang-undang.
Sebelum RT-G, terdapat Robo-dog, robot berkaki empat yang dilengkapi roda yang membolehkannya memecut merentasi medan lasak dan melakukan aksi.
Semalam, penyanyi dan pelakon Hollywood, Rihanna telah memuat naik surat aduan terbuka kepada Snapchat selepas syarikat aplikasi media sosial itu dikutuk teruk meluluskan iklan game ‘Would You Rather’ yang memprovokasi nama Rihanna dalam apps-nya.
Dalam iklan tersebut, syarikat game itu bertanyakan soalan kepada pengguna sama ada “Kamu ingin menampar Rihanna atau menumbuk Chris Brown“.
Rihanna dan pengguna media sosial mengutuk idea Snapchat itu kerana merasakan ia amat tidak sensitif terhadap isu penderaan domestik terutamanya kerana Rihanna sendiri pernah berdepan dengan isu tersebut bersama Chris Brown pada tahun 2009.
Dalam kejadiaan 9 tahun lepas, Chris telah direman kerana mendera Rihanna yang juga merupakan teman wanitanya pada waktu itu, mengakibatkan kecederaan dan mengaku bersalah atas perbuatannya itu.
Isu penderaan domestik amat sensitif kepada Rihanna kerana dia merasakan mangsa (yang selalunya) perempuan selalu diperlekehkan. Dia juga menuduh syarikat besar seperti Snapchat hanya ingin mengaut keuntungan atas penderitaan orang lain.
Sehubungan dengan itu, Snapchat meminta maaf dan berkata, “Iklan tersebut telah direviu dan didapati menyalahi peraturan periklanan kami.” Snapchat juga berkata bahawa mereka menyokong kempen National Network to End Domestic Violence.
Namun Rihanna enggan untuk menerima permintaan maaf tersebut dan terus memuat naik mesej ini di Instagram miliknya;
Now SNAPCHAT I know you already know you ain’t my fav app out there! But I’m just trying to figure out what the point was with this mess! I’d love to call it ignorance, but I know you ain’t that dumb! You spent money to animate something that would intentionally bring shame to DV (domestic violence) victims and made a joke of it!!!! This isn’t about my personal feelings, cause I don’t have much of them…but all the women, children, and men that have been victims of DV in the past and especially the ones who haven’t made it out yet….you let us down! Shame on you. Throw the whole app-oligy away.
Dalam pada itu, beberapa public figure dari Amerika Syarikat juga mengutuk perbuatan Snapchat itu. Antara ialah Chelsea Clinton yang berkata, “Teruk untuk mana-mana syarikat meluluskan (iklan) ini.”
Pada Februari lalu, sosialit Kylie Jenner tidak lagi berminat dengan Snapchat dan mendakwa “Snapchat To Be Dead”.Tweet-nya itu telah menggangu nilai saham Snapchat.
Minggu ini melalui kenyataan Rihanna pula, nilai saham syarikat itu jatuh hampir 5 peratus. Agaknya selepas ini, Snapchat akan gulung tikar?
Kenyataan Rihanna semalam melalui Insta Story.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
May the force be with you. Ayat yang familiar dengan filem ‘Star Wars’ yang penuh dengan elemen teknologi maju yang tak tercapai dek akal kita.
Kalau korang peminat filem sains fiksyen ni mesti korang perasan dengan cara komunikasi dalam difilem ini banyak mengunakan secara hologram. Alat komunikasi di ‘Star Wars’ itu akan munculkan seseorang dalam bentuk hologram untuk menyampaikan pesannya.
Ketika ini, belum ada lagi alat secanggih itu di dunia nyata. Tapi, baru-baru ini menerusi satu laporan, pakar ramalkan manusia bakal berbual guna video hologram menjelang 2030. Wow! rasanya di saat kita berdepan dengan pandemik kini memang sesuai jika teknologi ini mampu diguna pakai.
Malah Peramal Teknologi dan Futurologi, James Bellini meramalkan pada 2030, kita semua akan gunakan hologram untuk berhubung dengan yang tersayang. Selain dari itu mereka juga percaya teknologi ni akan menjadi sesuatu yang biasa untuk ada di setiap rumah.
Bukan itu sahaja, ada juga yang yakin hologram dapat bantu kita daripada tidak ketinggalan dengan pelbagai festival dan tarikh penting dalam hidup.
Wah, bagusnya teknologi hologram ni. Lepas ni buat yang berjauhan dengan ibu bapa di kampung dapat la mengubati rindu dengan menggunakan panggilan video dalam versi hologram sebegini. Menerusi laporan tersebut, peramal teknologi meramalkan hologram akan menjadi salah satu saluran komunikasi maya popular tidak lama lagi.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh penyedia jalur lebar Virgin Media, 3 dari 10 mengatakan mereka mahu terus berhubung guna hologram kerana paparan orang tersayang dipancarkan terus ke rumah membuatkan mereka rasa lebih dekat.
Kalau bercakap mengenai Teknologi Generasi Kelima (5G), memang sampai kesudah tak habis punya. Ini kerana seluruh penduduk dunia sedang ternanti-nantikan teknologi tersebut.
Negara kita juga nampaknya enggan tertinggal dalam perkembangan ini. Justeru, satu ujian kepantasan teknologi 5G akan dilakukan di lima buah negeri dalam masa terdekat!
Ia termasuklah Kedah, Perak, Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Menurut Menteri Komunikasi & Multimedia iaitu Gobind Singh Deo, ujian kepantasan itu adalah berikutan permintaan tertinggi teknologi 5G oleh 5 buah negeri tersebut selepas Cyberjaya dan Putrajaya.
“Banyak syarikat dari 5 negeri ini yang bertanyakan tentang 5G. Dari negeri lain pun ada tetapi buat masa ini, kita fokus kepada 5 negeri sebagai permulaan. Dan kita tak akan berhenti di situ. Kita akan kembangkan mengikut keadaan dan tuntutan,” kata beliau kepada rakan media di AWANI pada hari ini.
Untuk menjayakan ujian 5G, pelbagai aspek akan dinilai termasuklah keselamatan, infrastruktur baru dan menaik taraf infrastruktur sedia ada.
Dari situlah, mereka akan menilai apakah masalah yang timbul dan bagaimana hendak menyelesaikannya.
Untuk pengetahuan korang, Celcom Axiata Berhad telah mengumumkan mereka akan melakukan Ujian 5G Secara Langsung yang pertama di Malaysia, 3 hari lalu.
Ia akan dijalankan di ibu pejabat Celcom dan sekitar Petaling Jaya Sentral selama 6 bulan ini.
Penyanyi muda yang pernah mencipta fenomena menerusi lagu Hikayat Benladin, Ben Ladin sekali lagi menjadi perhatian warga internet apabila meluahkan rasa kecewa terhadap ibu...