Ura-ura stor muzik terkenal Malaysia, Rock Corner akan ditutup sudah lama kedengaran.
Sejak beberapa tahun yang lalu, demam muzik digital dan online streaming telah ‘membunuh’ perniagaan fizikal dunia hiburan. Sama ada filem, muzik, drama bersiri dan apa saja yang berkaitan dengannya, hakikatnya lebih ramai orang sekarang yang telah beralih arah kepada dunia digital.
Dilema ini turut dirasai Rock Corner, salah satu stor muzik yang paling digemari ramai sejak era 90-an. Penulis sendiri banyak membeli kaset dan CD daripada stor ini sejak kecil.
Malangnya, Rock Corner bakal menutup stor terakhir
mereka di The Gardens, Kuala Lumpur
pada 2 September ini.
Rock Corner berkata mereka cuba untuk mengekalkan kewujudan stor fizikal sejak beberapa tahun yang lepas. Tetapi satu-persatu cawangan Rock Corner terpaksa ditutup.
“Kami menutup cawangan KLCC dan Mid Valley. Kemudian pada tahun lalu, tiga cawangan ikonik kami di The Curve, Bangsar Village dan Subang Parade pula terpaksa ditutup. Ya, masih ada pembeli yang inginkan produk fizikal, tetapi disebabkan penurunan jualan serta harga sewa yang tinggi, kami perlu menutup stor terakhir di The Gardens ini.
So guys, korang ada masa sehingga 2 September ini untuk membeli CD, DVD, Vinyl, DVD Blu-Ray dan produk lain di Rock Corner pada harga yang cukup murah. Jom tengok apa yang ada:
Happy Shopping korang!