Penyanyi popular era 80-an dan 90-an, Rohana Jalil telah disahkan meninggal dunia pada jam 11.33 malam tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia.
Menurut Astro Awani, berita tersebut disahkan sendiri oleh rakan rapat allahyarhamah, Haiza.
Sebelum ini, bekas juara Bintang RTM 1980 itu dikatakan dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat berlakunya kebocoran usus.
Akibat komplikasi tersebut dia diletakkan dibawah pemantauan bagi membolehkan pihak hospital memberi lebih perhatian kepadanya.
Dilahirkan pada 18 Februari 1955, Rohana atau nama sebenarnya Dara binti Abdul Jalil popular dengan lalu-lagu seperti Rayuanku, Cinta Yang Terbiar dan Naluri Cinta.
Berkahwin dengan Jahanghir Khan pada tahun 1984, allahyarhamah dikurniakan tiga orang cahaya mata. Salah seorang anaknya adalah pelakon dan penyanyi, Kila Fairy.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mirip Lisa Manoban Kerana Mahir Menari, Puteri Jenna Norodom Dari Kemboja Diminati
Merupakan cucu saudara Raja Kemboja, Norodom Sihomani, remaja perempuan berusia 10 tahun ini popular sebagai pelakon, penyanyi dan juga pempengaruh media sosial di negaranya.
Ibunya, Puteri Buphary Norodom merupakan anak kepada Putera Norodom Chakrapong, manakala bapanya pula merupakan seorang lelaki berbangsa Perancis. Dilahirkan dinegara bapanya pada tahun 2012, dia kembali ke Kemboja pada usia tiga tahun dan menetap di sana sehingga kini.
Selain mempelajari bahasa Perancis dan Khmer daripada ibu bapanya, menurut Cambodia News, Norodom juga bertutur dalam bahasa Thai, Cina dan Inggeris. Seperti yang boleh dilihat pada saluran YouTubenya beliau berkemampuan menyanyi dalam kesemua bahasa tersebut.
Satu perkara yang cukup menarik tentang puteri raja ini semestinya raut wajah beliau yang iras penyanyi KPop popular, Lisa Blackpink. Selain gemarkan penyanyi tersebut, Jenna sering dipanggil “Little Lisa” dari Kemboja kerana memiliki kemahiran melakukan persembahan dan menari seperti Lisa.
Mempunyai minat terhadap persembahan dan muzik sejak kecil, beliau secara rasmi menyertai industri hiburan pada 2018 sebagai pelakon, penyanyi dan penari. Minatnya ini mendapat sokongan keluarga Diraja. Selain itu beliau juga belajar opera di Sekolah Seni Muzik di Phnom Penh.
Mendapat perhatian kerana jarang kerabat Diraja aktif dalam dunia seni kreatif dan menjadi bintang pop kanak-kanak, kini beliau bernaung di bawah agensi bakat, Space Creative Marketing.
Dia pernah muncul dalam dua drama televisyen popular berbahasa Khmer iaitu Tep Thida Pokul Meas (2020) dan Golden Kingdom (2021).
Untuk pengetahuan pembaca Remaja, Kemboja merupakan negara yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan yang mana Raja diberi kuasa sebagai ketua negara namun ia haruslah mengikut perlembagaan dan kedudukannya melebihi entiti politik.
Negara tersebut diperintah seorang Perdana Menteri yang dipilih rakyat menerusi pilihan raya untuk mengetuai kerajaan.
Menariknya, sistem beraja di negara ini bukanlah diperturunkan secara pertalian darah ayah dan anak sebaliknya kedudukan sebagai raja diberikan kepada sesiapa sahaja di dalam keluarga Diraja yang dirasakan berhak oleh Majlis Takhta Diraja.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: SCMP, Kredit foto: Facebook Jenna Norodom
Mitos Vs Fakta Tentang Kecantikan Yang Korang Kena Tahu
Ramai yang confused dengan petua-petua kecantikan yang selalu kita dengar. Bahkan, masih ada juga yang tidak tahu sama ada ia memang benar atau mitos semata-mata.
Untuk menghilangkan kekeliruan korang ni, apa kata kami kongsi kan antara mitos-mitos kecantikan yang korang kena tahu.
Check this out!
Basuh muka dengan air sejuk
Mitos: Jika basuh muka dengan air sejuk atau ais, pori-pori wajah akan mengecil. Begitu juga ketika membasuh wajah dengan air hangat, pori-pori akan terbuka.
Fakta: Namun, korang tahu tak sebenarnya perkara itu cuma berlaku saat itu saja. Tidak kekal lama. Lakukan perawatan wajah secara teratur dan gunakan masker atau scrub untuk membantu menanggalkan sel kulit mati supaya wajah bertambah lembut dan cerah.
Jilat bibir
Mitos: Basahkan atau menjilat bibir, supaya selalu lembap.
Fakta: Air liur mengandungi kelenjar atau enzim yang akan membuatkan bibir korang semakin kering sebenarnya. Jadi, hati-hati ok? Tambah pula kalau memang bibir korang sejenis mudah kering.
Lembapkan bibir dengan madu
Mitos: Oles madu sebelum tidur, bibir bertambah lembap dan sihat.
Fakta: Betul, madu lebah memang bagus untuk bibir kerana cairan madu mengandungi kadar gula yang dapat memberikan nutrisi pada bibir dan menggantikan fungsi lip balm yang melembapkan.
Oles lipstik dengan kerap
Mitos: Menambah olesan lipstik secara berulang, lagi-lagi selepas makan.
Fakta: Biasakan membersihkan bibir terlebih dahulu sebelum mengoles lipstik yang baru terutama jika dipakai terlalu lama. Olesan yang dipakai pada waktu awal biasanya sudah tercemar di udara, bercampur debu bahkan ada juga sisa-sisa makanan yang melekat pada bibir.
Kerap menyikat rambut
Mitos: Menyikat rambut dengan kerap boleh membuatkan rambut korang sentiasa sihat.
Fakta: Perlu berhati-hati kerana rambut bersifat mudah putus dan kulit kepala akan lebih berminyak. Sesekali gunakan jari untuk meluruskan rambut.
Pakai sunblock
Mitos: Krim pelindung matahari tidak diperlukan ketika cuaca dingin dan mendung.
Fakta: Walaupun cuaca mendung, sebaiknya tetap menggunakan sunblock kerana pancaran sinar ultraviolet (UV) lebih kuat ketika cuaca di luar sedang mendung. Sinar UVA dan UVB mampu menembus awan mendung dan meradiasikan kulit yang tidak berpelindung.
Muka berminyak
Mitos: Coklat dan makanan berminyak menyebabkan jerawat
Fakta: Penyebab timbulnya jerawat adalah produksi minyak pada kulit yang berlebihan dan tidak membersihkan wajah dengan sebaiknya.
Protein bina otot
Mitos: Protein membantu bina otot.
Fakta: Protein adalah zat gizi utama untuk membina otot dan berfungsi sebagai penghasil tenaga. Jika diambil lebih banyak daripada yang diperlukan, protein yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak. Jadi, berhati-hati kerana bukan otot yang bertambah besar tapi badan korang pula jadi gemuk nanti.
Hilangkan eyebag
Mitos: Timun atasi lingkaran gelap bawah mata
Fakta: Benar, tapi sifatnya hanya sementara. Setelah beberapa waktu, bawah mata korang akan kembali gelap. Meletakkan hirisan timun di atas mata yang terpejam hanya menyejukkan kulit di area mata dan mengurangkan gelap tersebut.
Minyak kelapa
Mitos: Minyak kelapa merupakan hidrat kulit yang efektif.
Fakta: Minyak kelapa mengandungi pelembap alami yang membantu kehidupan bernafas ke dalam kulit kusam. Jika korang mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, so jauhkanlah.
Jadi amacam gais? Dah faham la kan sekarang. So, lepas ni kalau nak buat apa-apa better korang selidik terlebih dahulu untuk memastikan sama ada ianya betul atau tidak.
Sumber: (1)
Boleh Balik Kampung! Hadam Dulu SOP Ibadah Korban Jika Enggan Kena PKP Semula
Alhamdulillah, ura-ura bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula di seluruh negara selepas jumlah kes positif Covid-19 dilihat sedikit meningkat adalah tidak benar.
Menurut pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, rakyat Malaysia dibenarkan untuk merentas negeri bagi perjalanan pulang ke kampung sempena perayaan Hari Raya Aidiladha, Jumaat ini.
Bagaimanapun, agak malang bagi negeri Sarawak yang menetapkan larangan rentas zon disebabkan oleh peningkatan jumlah kes positif di beberapa buah daerah, terutamanya di Kuching.
*
Sebelum korang happy dan bersorak untuk balik kampung, haa jom hadam dulu beberapa panduan SOP yang wajib dipatuhi semasa mengerjakan ibadah korban nanti.
Hati-hati gaiss, kalau ada peningkatan kes positif Covid-10, tak mustahil kerajaan akan kembali menetapkan musim PKP semula di seluruh negara.
Bagi kawan-kawan kami di Sarawak, ini adalah di antara inti pati pengumuman Menteri Kanan Pertahanan kita.
Sarawak Wajibkan Kuarantin Hotel Bagi Individu Yang Berkunjung Ke Negeri Kenyalang Mulai 1 Ogos