Selain Nampak ‘Confident’, Rona Merah Juga Dapat Serlahkan Seri Si Pemakai

Share

Rona merah semakin menjadi pilihan dalam penggayaan tidak mengira usia. Jika sebelum ini ramai yang seperti tidak yakin untuk mengenakan warna tersebut, kini dunia fesyen semakin meluas. Rona merah sememangnya mudah di ‘match’ bagi individu yang bijak memilih warna.

Bagi industri fesyen sendiri, Kita dapat lihat warna merah terus menyemarakkan landskap fesyen antarabangsa dan tempatan sejak sekian lama. Kebanyakan pereka bereksperimentasi dengan segala rona merah bersama warna yang ada.

ARTIKEL BERKAITAN : 10 Koleksi Fesyen Aina Abdul Yang Memukau Mata Dan Unik, Terpegun Melihat!

Menurut perkongsian Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka,
Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Faizal Hamid, warna terang atau gelap yang lain boleh dipadankan dengan pakaian rona merah untuk gaya berani dan feminin.

Selain itu, bagi memberi impak pada penampilan, variasi rona merah menjadi pilihan pada pakaian, aksesori dan alat solek selain warna berkenaan itu juga lebih hebat apabila digandingkan dengan hitam, jingga, merah muda terang mahupun perang.

Bangkitkan emosi
Rona merah adalah warna yang cukup terang dan kontras. Ia dapat membangkitkan pelbagai emosi jika dibandingkan dengan warna lain dan mungkin dapat meriah perhatian. Oleh itu, jika tidak cukup yakin dan selesa dengan warna ini, mungkin anda perlu elakkan trend ini.

Anda cuba dahulu sedikit demi sedikit warna ini dalam penampilan sehingga rasa cukup selesa untuk menggayakannya secara keseluruhan. Sentiasalah eksplorasi dan eksperimentasi untuk mendapatkan hasil yang paling sempurna bagi setiap individu.

Serikan wajah
Bagi gaya parti atau majlis tertentu, gayakan gaun parti dan skirt merah dalam fabrik tulle ala Dior untuk lebih anggun serta feminin. Rona merah yang sesuai juga boleh menyeri dan menyerlahkan lagi wajah dan tona kulit. Cuba gayakan reka corak dalam rona merah supaya kelihatan lebih ceria dan segar pada penampilan.

Gaya maskulin
Bagi yang gemarkan elemen gaya maskulin, dapatkan kemeja kotak-kotak rona merah dan padankan dengan jean biru serta but atau pumps untuk suntikan feminin. Anda juga boleh cuba padanan kot atau blazer merah dengan kemeja-T putih dan skinny jean serta kasut pumps sebagai pelengkap gaya. Kasut but rona merah cukup stylish dipadankan dengan jean biru dan baju panas high-neck dalam rona krim.

Aksesori ringkas
Untuk gaya jalanan yang hip, dapatkan hoodies saiz besar dalam rona merah. Gaya ini kontemporari dan hebat dengan konsep hyper haute. Tidak perlu aksesori yang berlebihan dengan gaya ini, cukuplah dengan aksesori ringkas dan paling minimum supaya rona merah menjadi fokus penampilan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Pinterest & Kosmo!

Published by
Fath