Jika kita dapat melihat pemain bola sepak terkenal dunia di stadium pun dah teruja, apa lagi bila figura hebat bertandang ke rumah pula. Selebriti Indonesia Raffi Ahmad telah berkongsi fotonya bersama bintang bola sepak Ronaldinho yang berkunjung ke rumahnya di Andara, Jakarta Selatan Sabtu lalu.
Dikhabarkan, Ronaldinho berkunjung ke Indonesia sempena memeriahkan kejuaraan yang disertai oleh pasukan RANS Nusantara FC milik Raffi Ahmad dalam liga mini bola sepak Indonesia.
Ronaldinho hadir di lokasi pembangunan RANS Prestige Sportstainment di kawasan PIK 2, Jakarta Utara dan mengatakan bahawa dia sangat senang dengan keramahan masyarakat disana. Kata penterjemah yang mewakilinya, mungkin Ronaldinho bakal kembali ke Indonesia.
Menerusi foto yang dimuat naik di instagram, Raffi Ahmad dan isteri juga turut membawa Ronaldinho menikmati bakso bersama cendol di sebuah gerai popular di Jakarta.
Pemain legend bola sepak ini menjalani karier profesional selama 20 tahun dengan mewakili pasukan kebangsaan Brazil dan beberapa kelab terkenal di Eropah seperti, Barcelona dan AC Milan.
Pelbagai isu dan kontroversi telah timbul membabitkan dirinya sehingga menyebabkan status kewangannya terjejas dan hampir terancam untuk muflis.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah lebih kurang hampir setahun kami tidak menganjurkan peraduan #wayangremaja akibat situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara. Nah, berita baik buat followers majalah Remaja, peraduan tonton filem bersama kami telah pun diadakan semula dengan peraturan SOP yang perlu dipatuhi.
Kali ini Remaja ingin mengajak korang menonton filem seram Halloween Kills yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Ia merupakan sekuel kepada filem Halloween yang ditayangkan pada tahun 2018.
Sumber: Universal International Pictures
Filem ini mengisahkan tentang Laurie Strode, satu-satunya mangsa Michael Myers yang masih hidup pada tahun 1978 sekali lagi terpaksa berhadapan dengan misteri pembunuhan bersiri itu.
Sumber: Universal International Pictures
Dibintangi oleh Jamie Lee Curtis, Judy Greer, Andi Matichak dan Kyle Richards, Halloween Kills bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 14 Oktober depan.
Sumber: Universal International Pictures
Remaja nak beri peluang kepada korang untuk memenangi dua tiket ke tayangan perdana “Halloween Kills” yang bakal berlangsung minggu hadapan. Namun begitu, penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19.
Tarikh: 13 Oktober 2021 Masa: 8.45 malam Lokasi: TGV 1 Utama
Hanya jawab soalan mudah berikut:
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Esok merupakan hari yang istimewa buat rakyat Malaysia.
Di samping perlaksaan total lockdown di seluruh negara bermula 1 Jun ini, esok juga menandakan pelancaran platform penstriman baharu Disney+ Hotstar di Malaysia!
Sebagai info, Disney+ Hotstar Malaysia merupakan platform hiburan baharu di bawah kelolaan Disney yang akan membawakan lebih daripada 800 buah filem blockbuster dan 18,000 (!) episod bagi tontonan semua.
Ini termasuklah filem dan siri kegemaran Disney, Disney+ Originals, filem dan siri Marvel serta filem dan siri popular terbitan produksi Malaysia dan Asia.
Selain itu, kami juga teruja untuk menonton kandungan lain daripada siri Star Wars, Pixar, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan macam-macam lagi.
Disney+ Hotstar boleh dilanggan terus DI SINI atau melalui Disney+ Hotstar dengan memuat turun di peranti Android atau iOS pada harga RM54.90 saja selama tiga bulan. Not bad at all. Bagi pelanggan Astro Movies Pack pula, pakej khas akan disediakan untuk korang.
Sempena pelancarannya esok, Disney+ Hotstar akan menampilkan persembahan istimewa daripada Aina Abdul dan Alena Murang secara langsung di akaun Facebook Disney Plus Hotstar MY pada jam 8 malam ini.
Dua orang anak seni berbakat ini akan menyanyikan lagu-lagu Disney kegemaran korang seperti Let it Go (Frozen), Speechless (Aladdin), Refection (Mulan) dan How Far I’ll Go (Moana).
Pastikan korang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan mereka berdua pada malam ini DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut soal rokok, orang lelaki tak kisah tentang harganya. Ketagihan pada candu ini membuatkan mereka cuma bising seketika bila kerajaan menaikkkan harganya. Tak dapat rokok mahal, rokok seludup yang dijual bawah RM5 menjadi taruhan asal puas.
Tinjauan di pasaran mendapati, jenama Pall Mall dijual pada hargaRM15.00 sekotak untuk 20 batang. Jenama lain lebih tinggi, sekurangnya RM17 sekotak.
Kalau sehari membelanjakan, RM15.00, jika kali dalam sebulan, bersamaan RM450. Mungkin masih murah bagi perokok tegar. Hisap lagi tanpa henti untuk 10 tahun berturut sehinggalah disahkan mengidap Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik (COPD). Bila disahkan mengidap COPD yang merupakan pembunuh ketiga tertinggi di negara ini, bersedialah keluarkan RM20,000 setahun untuk biaya perubatan termasuk ubat-ubatan, rawatan, kos hospital, pengangkutan, oksigen dan lain-lain lagi.
Paling mudah kiraannya, bersamaan RM1666 sebulan selama hidup. Banyakkan tapi mungkin tak gentarkan perokok tegar lagi. Kalau bekerja, pengidapnya mungkin mampu membayar sebanyak itu.
Lagi pun mereka sendiri tidak kisah membakar RM450 sebulan. Tetapi kalau sudah sampai mengheret tong oksigen yang melekat 24 jam sehari di mulut, nak susahkan siapa dalam hal ini?. Mujur kalau isteri masih sayang, anak masih simpati, tetapi kalau memegang konsep abang sayang, abang melayang, mungkin kena fikir-fikir sendiri.
COPD mengakibatkan paru-paru mengalami penyempitan
Untuk makluman, hari ini, 15 November 2017 seluruh dunia menyambut Hari Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik (COPD). Kira-kira 383 juta penduduk dunia disahkan mengidap COPD dengan 3 juta kematian setiap tahun. Mungkin fakta ini belum menggentarkan lagi kerana alasannya belum jatuh sakit.
Apa yang dimaksudkan dengan COPD? Ia merupakan penyakit paru-paru progresif yang membuat seseorang itu semakin sukar untuk bernafas. COPD biasanya disebabkan pendedahan jangka panjang kepada perengsa paru-paru yang merosakkan paru-paru dan saluran pernafasan.
Dalam bahasa mudah, asap rokok membakar paru-paru perokok yang lama kelamaan mengakibatkan paru-paru gagal mengeluarkan udara kembali. Penderitanya akan merasai suasana begini. Cuba kita tarik nafas dalam-dalam, hentikan seketika tanpa membuangnya. Kemudian tarik kembali nafas tanpa membuang yang lama. Kita pasti akan merasai kesukaran untuk bernafas dan itulah yang dialami oleh mereka yang mengidap COPD ini. Seksa bukan?
20 batang sehari selama 10 tahun, perokok berisiko mengidap COPD – Dato Dr Zainudin
Dalam satu sidang akbbar sempena sambutan Hari COPD sedunia, Pakar Perunding Perubatan Umum Dan Pernafasan, Dato’ Dr Zainudin bin Md Zin dari Hospital Pakar KPJ Damansara merangkap Presiden Persatuan Yayasan Paru-Paru Malaysia berkata, golongan remaja yang aktif menghisap rokok setakat ini belum didignose mengidap penyakit ini.
“Biasanya perokok tegar yang menghisap tanpa henti selama 10 tahun jauh berisiko. Jadi kalau remaja mula menghisap rokok pada usia 15 tahun tanpa henti selama 10 tahun denngan jumlah bilangan 20 batang sehari, pada usianya 25 tahun dia berisiko mengidap COPD.
“Selain rokok, persekitaran luar seperti penggunaan dapur kayu, isteri yang suaminya merokok, anak-anak yang turut terdedah lebih mudah dijangkiti. Tetapi keutamaannya adalah penghisap rokok itu sendiri,” katanya yang turut mempertontonkan video paru-paru yang hancur akibat COPD.
Bagi pengidap COPD kronik mereka akan sentiasa memerlukan mesin oksigen. Hendak membuat tiga langkah ke tandas pun sudah tercungap-cungap. Belum lagi dikira hendak keluar rumah. Pendek kata pengidapnya akan kehilangan melihat nikmat dunia kerana perlu berada di rumah sentiasa selain perlu berulang alik menjalani rawatan hospital.
Isteri dan anak-anak juga berisiko
Jika anda perokok tegar, risiko anda dijangkiti COPD sangat cerah. Tapi anda juga merisikokan anak isteri kerana mereka yang terdedah kepada asap dalam satu tempoh jangka panjang juga boleh terkena COPD. Kesiankan.
Berhenti merokok mulai sekarang bagi mengelak terkena COPD
Menurut Prof Madya Dr Pang Yong Kek yang juga Pakar Perunding Pernafasan Pusat Perubatan Universiti Malaya, cara terbaik untuk mengecah COPD adalah dengan mengelakkan merokok berhenti merokok.
“Penyakit ini memang teruk jika dijangkiti. Ia menyebabkan kematian secara perlahan-lahan. Jika jantung menjadi pembunuh nombor satu di Malaysia dan strok di tempat kedua, dari tahun 2015, COPD menjadi pembunuh nombor empat di negara, kini sudah melonjak ke tangga ke tiga kerana tiada penurunan dicatatkan sebaliknya terus menaik,” katanya yang juga Presiden Persatuan Toraksik Malaysia.
Dalam pada itu, Prof Madya Dr Pang berkata, jika seseorang sudah dijangkiti menghidap COPD terdapat cara-cara pihak perubatan boleh membantu melegakan gejala-gejala penuakit, menambah baik kualiti hidup pesakit dan mengurangkan risiko kematian.
Prof Madya Dr Pang, Ramil Burden & Dato Dr Zainudin dalam satu sidang akhbar mengenai COPD
Sempena sambutan Hari COPD Sedunia, syarikat farmaseutikal dan penjagaan kesihatan berasaskan penyelidikan terkenal di dunia, GlaxoSmithKline yang diwakili oleh Naib Presiden dan Pengurus Besarnya, Ramil Burden menjelaskan, selama lebih 40 tahun GSK telah melabur dalam penyelidikan pernafasan, mencipta dan memperbaiki ubat-ubatan yang membawa tranformasi mengenai rawatan penyakit pernafasan seperti COPD.
“Kami dapati penyakit COPD mempunyai cabaran dan keperluan yang unik,”katanya dalam sidang akhbar tersebut.
Tonton Video pengalaman pesakit COPD yang merokok sejak usia muda
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jurusolek terkenal tanah air, Syedewa, yang bertanggungjawab menata rias wajah pempengaruh Dewi pada majlis pernikahannya dengan suami, Jofliam, yang berlangsung Sabtu lalu, baru-baru ini...