Pengalaman (mungkin sekali) kali terakhir beraksi di kejohanan UEFA EURO pada kali ini mungkin sedikit pahit buat bintang bola sepak Cristiano Ronaldo selepas Portugal terkeluar daripada saingan, pagi tadi.
Juara bertahan itu terpaksa tunduk kepada pasukan Belgium di Stadium La Cartuja, Seville Sepanyol selepas Thorgan Hazard menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-42 perlawanan.
Ronaldo hadir ke saingan UEFA UERO pada kali ini dengan misi tersendiri untuk memecahkan rekod penjaring terbanyak dunia. Sejak saingan dalam pusingan berkumpulan, Ronaldo sememangnya dilihat bersungguh-sungguh untuk memecahkan rekod 109 gol yang dijaringkan lagenda Iran, Ali Daei.
Dalam perlawanan pagi tadi pun, beliau begitu tangkas mengejar bola dari pelbagai sudut demi mendapatkan jaringan. Namun semua itu berakhir apabila penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois berjaya megenepikan setiap percubaan Ronaldo itu dengan tenang.
Courtois sending your GOAT Ronaldo to Portugal without giving him tfare 😂😂💔 pic.twitter.com/rXeUMqyvtt
— ಠ⌣ಠ (@Kharlerh) June 27, 2021
Malah, menerusi akaun Twitter rasmi UEFA UERO 2020 pun, tidak keterlaluan jika kami katakan bahawa pengurus akaun itu mungkin sengaja ingin mencetuskan perdebatan di antara peminat dengan memuat naik video interaksi di antara Ronaldo dan Courtois sebagi saja wisel penamat ditiupkan.
“Lucky, eh? (The ball) didn’t want to get in today.” (“Bertuah Belgium. Bola itu tidak mahu masuk ke gawang gol hari ini”).
🗣️ “[The ball] didn’t want to go in today.”
🇧🇪🆚🇵🇹 Thibaut Courtois & Cristiano Ronaldo after the final whistle…#EURO2020 pic.twitter.com/oBDyZG3f8j
— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) June 27, 2021
Klip berdurasi 6 saat itu saja sudah cukup untuk mengajak puak troll di Twitter untuk mengejek Ronaldo.
Bukan hanya aksi Ronaldo saja yang menjadi pertikaian warganet.
Malah perbuatan Ronaldo yang menanggalkan lilitan lengan selaku kapten pasukan Portugal dan kemudian mencampaknya ke atas padang sebagai tanda kecewa juga menjadi poin ejeken warganet.
Ronaldo turut dilihat menendangnya sewaktu sedang berjalan keluar dari padang ke bilik tukar pakaian.
Peminat bola sepak menganggap perbuatan tersebut tidak menghormati tugas besar yang disandang oleh seorang kapten pasukan bola sepak walaupun kita faham, beliau kecewa dengan keputusan hari ini.
Ronaldo dropped and kicked the Captain’s armband away… pic.twitter.com/FKSQr1b8o1
— MC (@CrewsMat19) June 27, 2021
Kata salah seorang pengguna Twitter, “Beliau ialah kapten kepada pasukan nasional Portugal. Mencampak lilitan kapten Portugal adalah perbuatan biadap.”
Seorang lagi beranggapan perbuatan itu adalah keanak-anakan malah ada yang berkata beliau tidak mempunyai semangat kepimpinan sebagai seorang kapten.
Apapun, perasaan kecewa setelah Portugal tersingkir turut dirasai oleh seluruh pasukan tersebut. Akui jurulatih Portugal iaitu Fernando Santos, sesetengah pemainnya menangis dalam bilik persalinan kerana mereka tahu mereka telah memberikan yang terbaik di atas padang namun bola tetap tidak melepasi gawang
Santos juga mempertahankan Ronald dengan menganggapnya sebagai seorang kapten sebenar.
“Dia menjaringkan lima gol dalam kejohanan dan okay, dia tidak menjaringkan gol hari ini. Tetapi di adalah kapten sebenar. Dia cuba mengubah perlawanan. (Saya) tiada isu dengan Ronaldo.”
View this post on Instagram
ARTIKEL BERKAITAN : Giliran Paul Pogba Alih Botol Pada Persidangan Akhbar Euro 2020 Selepas Ronaldo – REMAJA