Ahli kumpulan Blackpink, Rosé yang sinonim dengan gaya feminin dan edgy kini rasmi dilantik sebagai duta global bagi jenama sukan ikonik PUMA menerusi kempen terbaru jenama itu untuk koleksi Speedcat Ballerina.

Sepatu yang menggabungkan gaya ‘Mary Jane’ klasik dengan elemen perlumbaan yang diinspirasikan daripada rekaan asal model kasut PUMA Speedcat inilah yang membuatkan Speedcat Ballerina satu inovasi unik.

Keanggunan & Kelajuan Digabung

Menariknya mengenai PUMA Speedcat Ballerina, ia mula diperkenalkan semasa Copenhagen Fashion Week dan terus menjadi buah mulut dalam kalangan pemerhati fesyen antarabangsa.

Peminat setia PUMA akan tahu bahawa rekaan Speedcat mula dilancarkan pada tahun 1999 dan asalnya dicipta khas untuk pelumba F1. Rekaan sepatu ini sengaja dibuat rendah untuk memberi kawalan penuh kaki di atas pedal.

Ads

Dengan nafas baharu yang diberikan kepada kasut yang dimodelkan oleh Rose ini, PUMA Speedcat Ballerina pantas menjadi kegemaran para gadis di luar sana.

Rosé BLACKPINK Kini Duta Global PUMA Speedcat Ballerina, Sepatu Gaya ‘Mary Jane’ Semakin Digemari!Ini kerana PUMA Speedcat Ballerina mengetengahkan forefoot terbuka dengan tali elastik. Selain menyerlahkan aura ballet flat moden pada kaki si pemakai, ia juga mempunyai estetika retro yang popular masa kini. Iyalah, PUMA Speedcat menyuntik DNA PUMA dari era 1920-an ke dalam rekaan sporty sebegini.

Ads

Kehadiran Rosé sebagai duta baharu PUMA juga simbolik kepada peralihan era baharu PUMA yang lebih berani, lebih ekspresif dan penuh keyakinan.

Rosé BLACKPINK Kini Duta Global PUMA Speedcat Ballerina, Sepatu Gaya ‘Mary Jane’ Semakin Digemari!
Gaya dan penampilan Rosé yang feminin tetapi bertenaga sangat selari dengan mesej yang ingin disampaikan oleh PUMA Speedcat Ballerina.

Untuk pengetahuan korang, rekaan PUMA Speedcat Ballerina ditawarkan dalam beberapa pilihan warna menarik seperti dua tona hitam-merah jambu dan perak metalik yang diinspirasikan daripada badan kereta lumba Formula 1.

Ads

Bagi meraikan pelancaran PUMA Speedcat Ballerina baru-baru ini, PUMA x JD Sports telah mengadakan acara pelancaran Speedcat Ballet dalam stor pop-up bertemakan motel retro di Starhill Piazza, Bukit Bintang, Kuala Lumpur dari 16 hingga 20 April lalu.

Rosé BLACKPINK Kini Duta Global PUMA Speedcat Ballerina, Sepatu Gaya ‘Mary Jane’ Semakin Digemari!
KREDIT: Instagram puma.malaysia
Rosé BLACKPINK Kini Duta Global PUMA Speedcat Ballerina, Sepatu Gaya ‘Mary Jane’ Semakin Digemari!
KREDIT: Instagram puma.malaysia
Rosé BLACKPINK Kini Duta Global PUMA Speedcat Ballerina, Sepatu Gaya ‘Mary Jane’ Semakin Digemari!
KREDIT: Instagram puma.malaysia

Koleksi Speedcat Ballerina kini boleh didapati di PUMA.com, JD Sports, ATMOS, Foot Locker dan cawangan PUMA seluruh negara bermula harga RM379.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI