Bukan nama YG Entertainment-lah jika klip video artis mereka tidak dipenuhi dengan easter eggs.
Setelah melancarkan single Gone semasa konsert Blackpink: The Show akhir Januari lalu, tiba giliran Rosé Blackpink untuk melancarkan EP solo berjudul R pula, tengah hari tadi.
Ia termasuklah single berjudul On The Ground berserta klip videonya.
On The Ground mengisahkan tentang impian Rosé untuk berjaya dan pada masa yang sama, tidak sesekali mahu melupakan daratan setelah diangkat menjadi seorang selebriti popular.
Rosé berulang kali mengingatkan dirinya agar selalu ingat akan niat utamanya menyertai industri seni dan selalu merendah diri.
I worked my whole life
Just to get high
Just to realize
Everything I need is on the ground
“Saya imbas semula siapa diri saya, cinta saya terhadap muzik dan bagaimana saya membesar dengan muzik. Saya menulis lagu-lagu dalam R di dalam bahasa Inggeris kerana saya rasakan bahasa tersebut sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan.
“Walaupun kita selalu berlari ke depan, ke tempat yang lebih tinggi (kejayaan), apa yang lebih penting adalah nilai dalam diri kita.
“(On The Ground) selari dengan cerita hidup saya daripada zaman trainee hingga sekarang. Ada masanya, saya persoalkan motif saya (menyertai industri seni) dan saya rasakan lirik (On The Ground) mengekspresikan perasaan saya ini,” katanya dalam sidang media semalam.
Apa yang penulis gemari mengenai klip video On The Ground ini adalah mesej yang diselitkan oleh Rosé dalam setiap babak yang ada.
Bukan nama YG Entertainment-lah jika klip video artis mereka tidak dipenuhi dengan easter eggs.
Sama ada ia benar ataupun hanyalah kebetulan saja, kesemuanya cukup cantik dirakam dan disunting.Jom tengok apakah easter eggs yang dapat REMAJA ‘tangkap’.
.
.
.
.
..demi keselamatan orang awam (besar kemungkinan kerana musim pandemik) membuatkan Rosé mudah fokus untuk ‘reflect’ semula terhadap dirinya.
.
Hhm.. kita belum pernah mendengar gosip percintaan melibatkan Rosé. Mungkinkah ada mesej yang ingin disampaikan berkenaan kisah cintanya yang pernah gagal?
Ia diperkuatkan lagi dengan tulisan LOVE yang terbakar.
.
Rosé dilahirkan di New Zealand namun dibesarkan di Australia. Dia memakai baju T Koala dan bandar ‘Darwin’ yang tertulis di belakang.
.
,
*
*
Apa pendapat korang, adakah kesemua petunjuk ini benar ataupun hanyalah kebetulan saja?
Tonton video On The Ground nyanyian Rosé di bawah:
BACA LAGI : [VIDEO] “Saya Tak Pernah Nampak Hantu..” Serta-Merta, Rosé Blackpink ‘Diganggu’ Semasa Live! – REMAJA