Masih berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi pada hari ini yang mendapati Datin Seri Rosmah Mansor yang juga merupakan isteri mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak bersalah terhadap tiga tuduhan rasuah berhubung projek hibrid solar di sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Rosmah, 70 yang berbaju kurung dan berselendang serba kuning telah dijatuhkan hukuman penjara sepuluh tahun bagi setiap satu pertuduhan dan denda RM970 juta.
Untuk pengetahuan korang, denda sebanyak RM970 juta ini juga merupakan denda tertinggi yang pernah dikenakan terhadap mana-mana pesalah mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ads
Sekiranya Rosmah gagal membayar denda berkenaan, beliau akan berhadapan tambahan hukuman penjara selama 30 tahun.
Buat masa ini, mahkamah membenarkan hukuman denda ditangguhkan hingga Rosmah mengemukakan rayuan. Mahkamah juga mengekalkan jumlah jaminan sebanyak RM2 juta yang dikenakan terhadap Rosmah dalam kes itu hingga rayuannya diputuskan Mahkamah Rayuan.
Bukti Peranan Aktif Rosmah Adalah..
Menurut Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan lagi, terdapat dua insiden penting yang membuktikan Datin Seri Rosmah Mansor telah masuk campur secara aktif dalam projek hibrid solar di Sarawak ini.
Ads
Salah satu kejadian tersebut adalah di mana bekas Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan (MOF), Datuk Othman Semail menunjukkan rasa kurang senang apabila bekas pembantu khas Datuk Seri Najib Razak, Datuk Rizal Mansor dan Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, datang bertemunya.
Hakim berkatan, Othman memarahi Saidi dan Rizal sambil menegaskan bahawa beliau berkhidmat untuk orang ramai, bukannya ahli politik.
Apabila Rizal memberitahu semula kepada Rosmah beberapa hari kemudian, Rosmah membalas dengan berkata, “Aku dah cakap dengan laki aku dah.”
Beberapa hari kemudian, kelulusan Kementerian Kewangan dikeluarkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Juara dunia lapan kali, ratu squasy negara Nicol Ann David telah pun dikurniakan Panglima Jasa Ngera (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ dengan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Nicol David antara 12 penerima PJN pada sesi kedua istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong berlangsung di Istana Negara semalam.
Sesi kedua istiadat itu melibatkan 201 penerima iaitu 12 penerima PJN, enam penerima Johan Mangku Negara (JMN), Johan Setia Mahkota (JSM) (tujuh), Johan Setia Diraja (JSD) (dua), Kesatria Mangku Negara (KMM) (18), Kesatria Setia Diraja (KSD) (lima), Ahli Mangku Negara (AMN) (36), Pingat Pangkuan Negara (PPN) (85) dan Bentara Setia Diraja (BSJ) (30).
Istiadat berlangsung dalam keadaan norma baharu susulan wabak pandemik COVID-19 yang masih menular dengan tetamu yang hadir perlu memakai pelitup muka, disaring suhu badan dan mengimbas kod QR MySejahtera dibalai keselamatan Istana Negara.
Rata-rata masyarakat Malaysia membanjiri ruang komen di hantaran Facebook Nicol David dengan ucapan tahniah dan menyifatkan anugerah penghargaan ini sememangnya layak diberikan kepada beliau.
Kami di Remaja juga ingin mengucapkan tahniah buat ratu dan lagenda squasy negara atas penghargaan yang telah dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong ini. Semoga ia menjadi pembakar semangat buat para atlet muda untuk bekerja keras mencapai kejayaan seperti yang telah diraih oleh Datuk Nicol David.
Setelah hampir 2 bulan wabak yang dikenalpasti menular daripada China pada 31 Disember lalu dan telah mengorbankan ramai nyawa. Namun, seperti tiada tanda-tanda ia mahu berakhir.
Susulan kebimbangan penularan wabak COVID-19 ini, dua negara besar iaitu Jepun dan Arab Saudi mengambil keputusan yang mengejutkan. Di mana Arab Saudi bertindak menggantung sementara kemasukan jemaah untuk mengerjakan umrah di Mekah dan melawat Masjid Nabawi, Madinah.
Malah kemasukan ke Arab Saudi bagi pemegang visa pelancongan dari negara yang berdepan ancaman COVID-19 turut dilaksanakan.
Keputusan itu diambil selepas melihat perkembangan terkini penularan wabak berbahaya itu yang dikesan telah memasuki negara Timur Tengah.
Sementara itu, berikutan gesaan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe supaya acara sukan dan kebudayaan dibatalkan atau ditangguhkan selama 2 minggu selepas negara itu sedang berdepan krisis wabak koronavirus — telah membawa spekulasi bahawa Sukan Olimpik Tokyo 2020 mungkin turut akan dibatalkan.
Jepun berasakan risiko tinggi penyebaran akan berlaku dalam acara sukan dan kebudayaan serta perhimpunan yang membabitkan ramai orang.
Negara matahari terbit itu mempunyai sekurang-kurangnya 164 kes positif koronavirus, selain daripada 691 kes dilaporkan di kapal yang berlabuh di Selatan Tokyo, manakala jumlah kematian yang direkodkan setakat ini adalah sebanyak 5 kes.
Semakin ‘mengganas’ pula wabak COVID-19 ni, harapnya cepat la ia reda.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak tahulah remaja masa kini berminat atau tidak dalam politik.
Tapi nampaknya kemelut “sindir menyindir” yang berlaku di antara Tunku Mahkota Johor, (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya semakin panas.
Panas bila Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq bertanya kenapa bila satu dunia kenali Malaysia sebagai negara kleptorkasi, TMJ tidak suruh ‘tukar Najib’. Tetapi sekarang ini, suruh pula perdana menteri yang diberikan mandat oleh rakyat untuk ‘ditukar’.
OMG! Seram juga statement nie!
Syed Saddiq dilihat selalu memberikan pandangan apabila isu Perdana Menteri disentuh
Masa yang sama, tindakan TMJ itu turut mendapat respon dari Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Rais Yatim yang mengajak TMJ untuk masuk politik kalau benar-benar mahu bersuara mengenai politik.
“TMJ banyak cakap politik. Tolong rentikan sindir mahukan PM diganti. Itu hak rakyat biasa. Kalau mahu cakap politik sila daftar masuk parti politik,” katanya dalam kenyataan di Twitter.
Lagi panaskan statement nie! Adakah cabaran ini mahu disambut?
Semalam Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan ini mengajak TMJ untuk masuk politik jika ingin berkata sesuatu mengenai politik
Untuk pengetahuan, sejak dulu Raja-Raja berperanan sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri manakala DYMM SPB YDPA sebagai ketua negara. Masa yang sama menurut Perkara 38(6) Perlembagaan Persekutuan, anggota Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan fungsi yang berikut, iaitu:
(a) memilih Yang di-Pertuan Agong atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya, atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong
(b) memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan;
(c) memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja.
Bagi anak muda, untuk lebih mudah faham, amat jarang sekali Raja-Raja di negara ini terlibat dalam politik negara kerana berpaksikan perlembagaan persekutuan, Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sistem demokarasi, hanya parti politik yang dipilih oleh rakyat akan memerintah negara.
Ala, macam korang pilih Pakatan Harapan la sebab nak tumbangkan UMNO dahalu. Sebab itulah PH memerintah sekarang selama sepenggal (5 tahun sebelum pilihanraya diadakan semula).
Di sebalik kemelut politik yang hanya ahli politik saja faham sepak terajangnya, carian REMAJA mendapati hanya seorang anak raja sahaja iaitu puteri pertama almarhum Raja Bhumibol Adulyadej iaitu Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barnavasi iaitu kakak kepada kakak kepada Raja Thailand sekarang iaitu, Maha Vajiralongkorn yang memakai gelaran Rama X untuk cuba memasuki dunia politik khususnya bagi negara Asean.
Inilah Ubolratana kakak kepada Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn. Cubaannya mengumumkan bertanding jawatan Perdana Menteri Mac lalu bagaimanapun terhenti selepas adiknya menitahkan sesuatu. Kata baginda, institusi beraja tidak sesuai mengikut tradisi.
Beliau cuba bertanding bagi jawatan Perdana Menteri Thailand menentang Prayuth Chan-ocha dan mewakili sebuah parti Thai Raksa Chart iaitu serpihan Pheu Thai iaitu parti yang memperjuangkan agenda Thaksin Shinawatra, bekas PM Thailand dari 2001-2006.
Bagaimana pun niat itu terhenti selepas adiknya Raja Thailand Maha Vajiralongkorn menitahkan, penglibatan anggota keluarga di raja dalam politik tidak sesuai mengikut tradisi, kebiasaan, kebudayaan dan kerana tidak sesuai kerana arenanya menjadi sangat tidak pantas,” kata raja.
Erm, baru nak join politikkan. Adakah tahun 2019 semua orang bebas menyuarakan pandangan? Of course la kan tapi jangan sampai menghina satu sama lain.
Apa pun, penglibatan kerabat di raja dalam politik seperti Ku Li dan lain-lain nama adalah hal biasa dalam arena politik.
Namun untuk Raja-Raja atau Tengku Mahkotanya bertanding politik belum pernah terjadi dalam sejarah negara. Adakah kemelut hari ini akan ada satu perubahan di mana TMJ menyahut seruan tersebut?. Apa pun kita tunggu dan lihat.
TMJ dilihat mengeluarkan kenyataan agar PM ditukar dari menukar Mora jurulatih JDT selepas tewas dalam bola sepak. Reaksi ini mendapat pelbagai pendapat
Sebelum itu isu terdahulu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata hanya rakyat boleh memutuskan untuk menukar perdana menteri Malaysia.
Dr Mahathir membuat kenyataan itu sebagai menjawab soalan pemberita yang bertanya berhubung klip video yang tular di media sosial baru-baru ini yang memaparkan Tunku Ismail menyebut: “Daripada tukar Mora baik tukar perdana menteri.”
Mora yang dimaksudkan Tunku Ismail dalam video itu dipercayai adalah Benjamin Mora, iaitu jurulatih JDT.
Klip video itu dirakam ketika Tunku Ismail beredar meninggalkan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Stadium di Larkin, Johor selepas pasukan bola sepak JDT tewas 1-0 kepada Shandong Luneng pada perlawanan Kejuaraan Liga AFC pada malam Rabu.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usia nyata bukan faktor penentu kepada keinginan seseorang untuk mempunyai minda inovatif.Ia terbukti setelah empat murid daripada Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SK Shah Alam)...