Siapa setiap kali sarapan mesti kena ambil roti bakar? Roti yang dibakar agar garing dan rangup, atasnya diletakkan peanut butter, almond butter, garlic butter, hirisan pisang atau apa sahaja buahan mengikut cita rasa masing-masing. Memang lazat sekali!
ARTIKEL BERKAITAN : Nasi Lemak VS Roti, Mana Satu Sarapan Ini Buat Badan Makin “Kembang”?
Malah, roti bakar antara makanan paling mudah didapati, dimakan dan disediakan. Ia juga amat sedap dan boleh dijadikan makanan tak kira waktu sebagai sarapan, makan tengahari mahupun malam. Ada daripada menggantikan nasi dengan roti kerana percaya ia lebih menyihatkan dan dapat menjaga bentuk badan.
Tapi awas, pengemar roti bakar juga perlu berhati-hati kerana telah wujud kajian yang mengatakan bahawa menu ini sebenarnya tidak sihat ekoran wujud bahaya tersembunyi di dalam pembakar roti itu sendiri dan anda wajar waspada.
Kenapa ada pakar kata roti bakar tidak sihat?
Menurut British Food Standards Agency (BFSA), anda perlu berfikir lebih daripada sekali sebelum makan roti yang telah dibakar kerana ia mungkin agak berbahaya terhadap kesihatan.
Berikut adalah antara sebab roti bakar itu mungkin tidak sesihat seperti yang anda sangka:
Kewujudan bahan kimia bahaya
Ini kerana pembakar roti itu sendiri boleh mengeluarkan akrilamida – bahan kimia yang terhasil daripada makanan berkanji apabila dimasak pada suhu panas dan tempoh lama.
Salah satu contoh makanan berkanji tersebut adalah roti. Dalam erti kata lebih mudah, roti yang dibakar pada suhu panas dan tempoh lama akan jadi punca akrilamida ini wujud.
Pun begitu, bahan kimia ini hanya akan mendatangkan ancaman berbahaya pada tahap kesihatan individu apabila ia masuk ke dalam tubuh badan dalam jumlah yang sangat besar.
Apabila roti itu dibakar sehingga berubah warna gelap lagi hitam, wujud risiko di mana ia akan menghasilkan serpihan bahan kimia berbahaya yakni neurotoksin serta karsinogen yang sekali gus boleh jadi punca kondisi kanser.
Kemalangan di dapur rumah
Tidak hanya itu, individu juga mungkin terlupa bahawa pembakar roti itu juga boleh membawa kepada kemalangan di dapur rumah dalam bentuk kebakaran jika wujud kerosakan.
Ketahuilah bahawa alat ini juga boleh rosak di mana ia tidak tertutup secara automatik yang akan jadi punca overheat. Kesannya, ia boleh terbakar dan membahayakan seisi rumah.
Lupakan roti di dalam ketuhar itu kerana situasi ini bukan hanya boleh mengakibatkan kebakaran yang kecil malah besar. Bertindak segera untuk mengelakkan diri daripada kemalangan.
Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan segera menutup suis dan mencabut plug jika ia jenis elektrik. Apabila ia telah rosak, jangan pula anda menggunakannya sekali lagi kerana kejadian itu boleh berlaku berulang kali.
Membakar roti dengan cara sihat lagi selamat!
BFSA juga telah menjalankan kempen Go for Gold yang menyarankan individu hanya bakar dan makan roti yang berwarna keemasan sahaja kerana ia akan dapat mengurangkan risiko kewujudan bahan kimia berbahaya.
Ini bermakna anda masih boleh membakar roti namun ia tidak boleh jika terlalu garing dengan karakteristik yang terlalu gelap dan hitam untuk mengelakkan kewujudan akrilamida.
Dalam pada itu, sentiasa periksa dan selenggara pembakar roti di dapur anda untuk memastikan alat itu masih dalam keadaan yang bagus sebelum menggunakan dan membakar roti.
Kesimpulannya, nak makan roti bakar boleh tapi pastikan tidak dibakar pada suhu panas dan tempoh lama! Pastikan pembakar roti anda itu juga tidak rosak ya?
Semoga bermanfaat!
BACA LAGI : Roti Nak Tamat Tempoh, Jom Try Buat Korean Cheesy Garlic Bread. Jangan Membazir!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: HelloDoktor