Pantang ditolak apabila diajak ‘breakfast’ roti canai. Bukan setakat sarapan sahaja, makanan ‘kegilaan’ rakyat Malaysia ini juga sudah menjadi santapan harian tanpa mengira waktu.
Lebih sedap dan mengeliurkan lagi, apabila roti canai dihidangkan bersama teh tarik mahupun milo. ‘Tersangatlah ‘padu!
Terbaharu, TasteAtlas yang mengeluarkan ranking ’50 Makanan Jalanan Terbaik di Dunia’ di laman Twitternya, telah mengiktiraf sarapan popular Malaysia ini sebagai makanan jalanan kedua terbaik dunia.
ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Rambut Lebat Dan Kekal Sihat? Ini Antara Makanan Yang Anda Boleh Ambil
Roti canai dibuat dengan doh tepung, air, telur, lemak dan bahagian dalam dan lapisan luar yang rangup ini memperolehi 4.8 bintang daripada lima bintang secara keseluruhannya.
Sementara itu, makanan guotie dari China mendapat tempat pertama. la sejenis ‘dumpling’ China yang digoreng, berasal dari kawasan China Utara yang mengandungi daging cencang, kubis China, daun bawang, halia, wain beras, serta minyak biji bijan.
Di tempat ketiga pula ialah espetos Sepanyol, diikuti oleh taco, hidangan kebangsaan Mexico. Kegemaran popular lain dalam senarai ialah kebab doner, shawarma dan dosa.
Selain itu, diklasifikasikan sebagai makanan jalanan negara seberang Indonesia, bubur ayam berada di tempat ke-13.
Sebelum ini, Roti Canai pernah dinobatkan sebagai ‘juara’ makanan jalanan terbaik di dunia selepas menduduki tempat pertama dalam kajian yang sama dilakukan oleh portal Taste Atlas pada tahun 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Twitter Taste Atlas & BFM News