Bagi individu yang ingin menurunkan berat badan, salah satu usaha yang mereka akan amalkan adalah dengan pengiraan kalori yang diambil setiap hari. Penah dengar tak orang turun berat badan dengan makanan rendah karbo?
Salah satu menu rendah karbo dan enak yang boleh korang cuba ialah ‘Terung John’ ini.
ARTIKEL BERKAITAN : 8 Pilihan Jus Rendah Kalori, Khas Buat Orang Diet
Menurut empunya resipi, saudari Noorul Izzah Marzuki
, menu ini adalah salah satu menu rendah karbohidrat yang diamalkan oleh beliau dan suami semasa proses menurunkan berat badan dari 130kg ke 65kg manakala suaminya dari 195kg ke 85kg. Bahkan mereka juga berjaya mengawal diabetes dan juga tekanan darah tinggi. Wow…Boleh dicuba ni. Jom lihat cara-caranya.RESEPI TERUNG JOHN SEDAP UNTUK DIET
BAHAN-BAHAN:
1 biji terung panjang – potong memanjang
1 homemade beef patty/daging burger
3 biji telur
Garam pink himalaya
Serbuk lada hitam
Sedikit daun ketumbar
Sayuran/kubis
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan dan masakkan sekejap daging burger di dalam kuali.
7. Terbalikkan terung sebentar, kemudian boleh diangkat. Boleh letak mayones (kewpie merah) dan sayuran/kubis.
8. Terung John enak sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Noorul Izzah Marzuki
Tapi korang jangan pula letak mayones banyak-banyak, nanti terus jadi menu tak sihat. Selamat mencuba!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.