Demam drama tempatan,Takdir Yang Tertulis (TY) nampaknya masih belum berakhir setelah drama tersebut berlabuh siaran di TV3 pada hari Selasa lalu. Kini, ramai yang kembali menontonnya di platform atas talian.
REMAJA berkesempatan untuk mengadakan sesi secara langsung bersama salah seorang pelakonnya, Iman Suhana yang kini popular dengan watak sebagai Rozita atau Ita ‘Ting Tong’.
Kata Iman, dia bersyukur apabila dapat kembali memasuki set pengarah Shahrulezad Mohameddin (Budak Ijat) setelah kali terakhir membintangi drama arahan pengarah tersebut, Monalisa pada tahun 2018.
“Seronoklah apabila dapat bersama-sama wajah familiar seperti Ijat dan Nazim Othman. Saya juga gembira sekali apabila dapat bergandingan untuk kali pertama dengan para pelakon lain dalam drama TYT terutamanya Mummy Didie Alias.
“Saya sudah lama melihat lakonan mantapnya selama ini dan apabila mempunyai banyak babak dengan beliau, saya rasa kerdil sangat. Tapi beliau, pelakon lain dan kru membuatkan saya merasa selesa sepanjang berada di set,” kongsi graduan jurusan persembahan teater ini.
Ads
Menyusuri kejayaan TYT yang tidak pernah gagal menduduki senarai topik trending setiap malam ia keudara, momen paling diperkatakan oleh penonton tentulah episod finale yang diadun dengan plot twist.
Menariknya, Iman semasa ditemubual mengatakan bahawa dia ‘mungkin’ sudah mengetahui mengenai perancangan pengarah TYT itu.
“Saya berada di set pada masa itu tanpa pelakon lain. Hanya ada kru saja. Biasalah dalam produksi drama, skrip sentiasa diolah, ditambah dan dihasilkan di set penggambaran. Jadi semasa mereka berbincang itu, saya terdengar juga yang Mika itu akan dijadikan anak Hakim.
“Cuma saya tidaklah mengambil serius mengenainya kerana skrip sentiasa berubah kan. Tapi mereka pernah lontarkan idea itu.”
Mengenai kejayaan Iman membawakan watak Ita ‘Ting Tong’, Iman merasakan dirinya dan karakter itu tidaklah terlalu banyak berbeza. Cuma ‘level ting-tong’ yang diinginkan oleh pengarah yang berbeza.
“Dengan kawan-kawan, biasalah kita pun jadi ‘ting tong’. Tapi untuk merealisasikan keinganan produksi, tentulah ada perbezaan yang wujud antara diri saya dan Rozita demi elemen dramatize itu.
“Kelakar juga apabila saya imbas kembali beberapa babak yang saya lakonkan untuk TYT. Terlalu ‘ting tong’ sehinggakan jurukamera pun tidak pasti sama ada saya sedang berlakon ataupun serupa orang tidak betul. (ketawa) Terutamanya semasa babak bercakap dengan suami imaginasi di meja makan,” imbas pelakon berusia 31 tahun itu.
Apapun, Remaja ucapkan tahniah buat Iman Suhana kerana berjaya menghiburkan penonton dengan berjayanya. Menyentuh mengenai projek lakonan seterusnya, tidak lama lagi, Iman akan muncul dengan satu telemovie di Astri Citra berjudul ‘6 Langkah Menghancurkan Ex Boyfriend’ arahan Syahid Johan.
Untuk menonton sesi #RemajaDengarKata penuh bersama Iman Suhana, klik video di bawah.
Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama sebagai pasangan, pelakon dan pengacara Zulin Aziz memberi bayangan seolah-olah rumah tangga bersama suaminya Farhan Norzaini, menemui titik noktah.
Menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya, Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, memberitahu tiada lagi persefahaman antara mereka.
“Mungkin sampai sini sahaja kisah kami. Tiada persefahaman.
“Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang, Insya-Allah masa merawat semuanya. Terima kasih untuk semuanya. Jaga diri,” coretnya ringkas.
Pelantun lagu Rahsia itu menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya berserta gambar hari pernikahan mereka.
Menerusi ruangan komen ramai yang memberi reaksi terkejut dengan berita tersebut lantaran mereka selalu menunjukkan kebahagiaan mereka bersama.
Pemerhatian Remaja mendapati, Zulin turut memadam kesemua gambar suaminya di Instagram. Hanya gambar akad nikah mereka beserta kapsyen penjelasan sahaja yang dapat dilihat buat masa ini.
Sekadar informasi, Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 Februari 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia bersama insan yang kita cintai pastinya harapan bagi setiap insan di muka bumi ini.
Tapi malang tidak berbau, rumah tangga bahagia selama sedekad antara pasangan selebriti tempatan Diana Danielle dan Farid Kamil dilanda badai Danielle dikatakan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada awal bulan ini.
Permohonan cerai itu atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan). Pagi ini, permohonan cerai tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini.
Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.
Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah. Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.
Untuk info, Farid Kamil dan Diana Diana Danielle mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 7.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya, kalau melancong ke luar negara mesti kita akan gunakan khidmat tourist guide yang mana mereka akan menyediakan segala pengangkutan untuk memudahkan perjalanan sepanjang berada di sana.
Bagi mereka yang inginkan kelainan dan nak cuba benda baru, ada yang memilih untuk mengambil kereta sewa dan memandu sendiri. Cara ini dilihat lebih mudah dan ada kalanya lebih murah jika pergi bercuti secara beramai-ramai.
Namun begitu, tak semua negara menerima lesen memandu Malaysia. Jadi korang perlu mendapatkan International Driving Permit (IDP) terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk memandu di negara orang.
Macam mana nak memohon IDP ini? Jom kita semak step by step yang telah dikongsi oleh pageNota Perempuan Backpacker di laman Facebook.
1. Pergi JPJ/UTC, bawa:
– Lesen memandu yang masih valid setahun penuh.
– MyKad
– Duit RM150 (Lesen sah setahun)
– Gambar sekeping
2. Beritahu di kaunter informasi nak buat IDP. Serahkan semua dokumen di atas, kemudian korang akan diberikan nombor giliran.
3. Tunggu giliran dan berurusanlah di kaunter.
4. Dalam jangka masa 15-20 minit. Siap.
5. Pandu berhati-hati. Patuhi undang-undang jalan raya di negara orang dan negara sendiri (patutnya).
Maklumat tambahan
Sewaktu korang nak ambil kereta sewa di sana, perlu tunjuk lessen memandu Malaysia juga. So, sila bawa lesen sekali.
Mengikut perkongsian yang diterima, ketika ingin memandu sendiri di Jeju, Korea Selatan pada tahun 2013 masih memerlukan IDP. Tapi, ketika di Perth pada sekitar tahun 2015, tidak memerlukan IDP untuk memandu di sana.
Kesimpulannya, sebelum korang nak plan drive sendiri ketika melancong ke negara orang, rajin-rajinlah google terlebih dahulu sama ada negara yang korang nak pergi tu memerlukan IDP atau tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...