Rugi Abaikan Puasa 10 Hari Pertama Zulhijjah, Pahalanya Lebih Dari Jihad Ke Jalan Allah

Share

Esok, bermulalah permulaan bulan Zulhijjah 1440H. Selain Zulkaedah, Muharam dan Rejab, Zulhijjah antara empat bulan yang dihormati dalam kalendar Islam.

Tidak seperti bulan Ramadan yang merupakan bulan keampunan dan penyucian jiwa, bulan Zulhijjah juga mempunyai kelebihan yang begitu istimewa di sisi Allah SWT. Bila tiba Zulhijjah,  umat Islam dianjurkan untuk memperbanyakkan amalan  dalam menambah pahala dan bekalan buat alam akhirat kelak.

Jika Ramadan Allah kurniakan malam  Lailatulqadar sebagai malam 1000 bulan, dalam banyak hadis turut menyebut betapa istimewanya 10 hari pertama Zulhijjah ini. Dalam 10 hari pertama itu, kita disaran berbuat kebaikan, solat, puasa, sedekah, menunaikan haji yang mana kebaikan ini tidak terdapat dalam bulan lain.

Perbanyakankan membuat amal soleh di 10 hari pertama bulan Zulhijjah, termasuk berdoa, solat, sedekah dan kebaikan-kebaikan lain
Kemuncak bagi ibadah haji adalah berkumpul di Padang Arafah. Ia umpama lautan manusia, sama seperti gambaran di hari akhirat kelak

 Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud, “Tiada amalan soleh pada mana-mana hari yang lebih afdal daripada hari-hari ini iaitu 10 hari pertama Zulhijjah. Para sahabat bertanya, Hatta jihad di jalan Allah? Baginda menjawab : Ya, hatta jihad di jalan Allah. Kecuali orang yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya, dan tidak kembali dengan sesuatupun yakni mati syahid.” (Riwayat Al-Bukhari)

Memandangkan esok bermulalah hari pertama bulan Zulhijjah yang merupakan bulan terakhir takwim Islam, apa kata kita perbuat banyak amal soleh. Ini kerana kesemua amal soleh yang dikerjakan pada hari itu kelak lebih dicintai Allah daripada hari-hari yang lain.

Jika kita berasa berat untuk berpuasa selama 9 hari ini, jangan lupa untuk berpuasa satu hari iaitu pada tarikh 9 Zulhijjah bersamaan 10 Ogos 2019.

Ini kerana barang siapa yang berpuasa pada hari tersebut, sesiapa berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

Inilah kelebihan hari Arafah yang bermaksud  (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami.1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya.2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan.3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir.

Tapi awas ya, kita diharamkan berpuasa pada 10  Zulhijjah bersamaan 11 Ogos 2019, 11, 12 dan 13 Zulhijjah iaitu empat hari berturut-turut.

Published by
Almaswa Haji Che Ros