Mulai tengah malam ini tepat pada jam 12.00 tengah malam, buat perokok, sila berhati-hati ya. Larangan di 23 lokasi zon bebas rokok akan mula berkuat kuasa seperti mana diwartakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kementerian Kesihatan sebelum ini mengumumkan zon larangan merokok diperluaskan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017 berkuat kuasa Disember ini, dengan kesalahan merokok di tempat awam boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
RM10,000! What’s?
Banyak tukan. Dah boleh kumpul duit kahwin, tak pun boleh buat deposit rumah dari kita membayar denda seperti di syaratkan jika tertangkap merokok di 23 lokasi yang diwartakan sebagai zon bebas rokok.
Bagi REMAJA jumlah ini amat besar khususnya bagi golongan muda tapi masa yang sama, ingin mendidik perokok agar menghormati orang lain.
Lihat saja di kedai mamak, boleh dikatakan lokasi itu menjadi post remaja melepak dengan rokok tidak lepas di tangan tapi mulai tengah malam ini, bagi yang ketagih untuk merokok di tempat awam, SILA BERJARAK 3 METER ya dari lokasi di nyatakan.
Sudah banyak berita ini di war-warkan di media massa dan kalau korang masih berdegil, jangan salahlah pihak berkuasa apabila surat saman sampai ke tangan korang.
Seperti diketahui, merokok amat membahayakan kesihatan. Di dalam rokok mengandungi pelbagai jenis bahan kimia yang amat membahayakan kesihatan. Salah satunya ialah Formaldehid, cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat. Erkkk. Nie bukan macho dah tapi hancur jadinya!
Lihat senarai bahan kimia dalam rokok yang orang lelaki sering anggap macho kalau menghisapnya.
Beberapa bahan kimia yang terkandung di dalam rokok:
2) Tar, yang terdiri daripada lebih 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimianya bersifat karsinogen.
3) Sianida, sebatian kimia yang mengandungi kumpulan siano.
4) Benzena, juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna.
5) Kadmium, logam yang sangat beracun dan radioaktif.
6) Metanol (alkohol kayu), alkohol yang paling ringkas yang juga dikenali sebagai metil alkohol.
7) Asetilena, merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana.
8) Amonia, boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam gabungan dengan unsur-unsur tertentu.
9) Formaldehid, cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat.
10) Hidrogen sianida, racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun perosak.
11) Arsenik, bahan yang terdapat dalam racun tikus.
12) Karbon monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta.
Kalau korang anak muda perokok yang aktif, ada 40 jenis penyakit serius menanti termasuklah serangan jantung, kanser, darah tinggi, angin ahmar, penyakit gigi dan gusi, penyakit mata, ulser perut, penyempitan saluran darah dan mati pucuk (kes mati pucuk ini boleh bikin rumahtangga goyang bang! Jangan terus tuduh isteri tau sebaiknya buat pemeriksaan doktor awal-awal sebelum kecam isteri).
Ingat ya, boleh merokok di tempat awam tetapi bukan di 23 lokasi yang sudah diwartakan. Kalau pergi ke kedai makan, restoran dan sebagainya, jaraknya mesti 3 meter keluar ya. BUKAN DALAM KEDAI MAKAN!
REMAJA senaraikan 23 lokasi larangan merokok mulai tengah malam ini.