
Tayar merupakan satu-satunya komponen kenderaan yang benar-benar menyentuh tanah dan kepentingannya tidak boleh diabaikan. Pemilihan tayar yang betul adalah penting mengikut keperluan dan situasi pemanduan korang. Tersalah pilih tayar akibatnya akan menyesal kelak.
Diantara tayar yang popular dan mampu milik di Malaysia ialah Silverstone. Siapa sangka, lebih 30 tahun kilang Silverstone beroperasi di Kamunting, Taiping, kilang ikonik ini diumumkan bakal ditutup seawal Jun ini.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Toyo Tire, Takashi Shimizu penutupan kilang milik Silverstone Malaysia Bhd (SSM) yang merupakan anak syarikat Toyo Tire Corporation sememangnya tidak dapat dielakkan.
Hal ini disebabkan impak daripada pandemik COVID-19, tahun lalu sahaja Toyo Tire mengalami kerugian luar biasa dengan jumlah sebanyak 6.27 bilion yen (~RM239 juta).
Ternyata pandemik COVID-19 bukan saja mengakibatkan jangkitan masalah kesihatan serius tetapi juga membawa kesan ekonomi yang berpanjangan apabila banyak kawalan pergerakan terhad dilakukan di seluruh dunia. Harapnya selepas kita semua divaksin, tiada lagi berita penutup jenama besar lagi.
Sumber : Berita Harian
“Adik Hero Di Hati Kami Selamanya”, DNA Padan & Jenazah Akan Dikebumikan Lepas Asar

Jumaat salam penghulu hari ternyata menjawap pertanyaan seluruh ahli keluarga Amir Hamzah, pemuda yang cuba menolong mangsa kemalangan di KM14.5 Lebuhraya NKVE pada 12 Oktober lalu apabila ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dikeluarkan jam 11 pagi padan dengan emaknya Mariam Sanani Harun.
Ini disahkan oleh abang arwah iaitu Khairul Anuar yang berkata, jabatan kimia mengeluarkan keputusan ujina DNA itu pada jam 11.00 pagi.
“Namun ketika itu saya tidak tahu untuk berurusan dengan siapa sehinggalah selepas solat Jumaat tadi, pihak polis memaklumkan kepada kami untuk menguruskan jenazah adik.
“Jenazahnya akan dimandikan di Hospital Shah Alam dan akan dikebumikan selepas Asar ini di Tanah Perkuburan di Padang Jawa, Shah Alam berdekatan dengan rumah saya,” katanya memaklumkan seluruh ahli keluarga berasa lega dengan keputusan tersebut.
“Ia juga menjawap semua pertanyaan ahli keluarga yang ternanti-nanti akan masa itu,” katanya ketika dihubungi dan kini agak sibuk untuk urusan pengkebumian adiknya.

Sebelum ini, penemuan satu mayat di kunci air Seksyen 32 iaitu di Sungai Kandis tiga hari lalu membuatkan ahli keluarga berasa yakin ianya adalah Amir Hamzah berdasarkan baju merah kegemarannya namun tiada sebarang identiti ditemui pada mayat membuatkan pihak polis memerlukan ujian DNA tersebut.


REMAJA yang membuat liputan pada hari kejadian di Hospital Shah Alam dapat menyaksikan ahli keluarganya agak beremosi selepas tidak diberi kebenaran membawa keluar jenazah. Namun emaknya, Mariam yang nampak redha berkata, dia yakin itu anaknya dan berkata sanggup untuk menunggu tiga hari lagi (hari ini).
ARTIKEL BERKAITAN : Anak Yang Baik, Selalu Peluk Cium Saya, Ibu Luah Rasa Rindu
BACA JUGA : Gerak Hati Saya Yakin Itu Mayat Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya
“Jika lima hari saya tertanya-tanya di mana Amir, kenapa saya tidak boleh menunggu tiga hari lagi,”katanya agak tenang.
Ternyata pemergian anak muda ini syahid dunia apabila lemas ketika arwah cuba menolong sebuah kereta yang terbabas dalam hujan lebat jam 4.00 pagi di Lebuhraya NKVE sehingga arwah tidak sempat mematikan enjin motosikalnya. Tidak sampai berapa minit, sebuah lori simen menghentam kereta tersebut sehingga mengakibatkan arwah tercampak ke dalam Sungai Kayu Ara tanpa siapa menyedari kejadian ini.

Enjin motosikal yang masih hidup ditemui pihak polis di lokasi kejadian dan apabila carian casis enjin dilakukan, ahli keluarganya dimaklumkan tentang motor tersebut.
Satu report orang hilang dilakukan ahli keluarganya kerana motosikal berada dalam keadaan baik namun pencarian ahli keluarganya di lokasi kemalangan menemui porch, sebelah kasutnya dan serpihan helmet di mana ekoran itu pencarian diperluaskan oleh pihak berkuasa ke sungai berdekatan.
Dari sinilah, Amir yang sepatutnya menghadiri majlis konvokesyennya di Universiti Putra Malaysia selepas tamat diploma dalam Aviation Tecnology dari Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics bagaimana pun tidak menghadirkan diri.
AlFatihah (dengan bacaan ) untuk UNSUNG HERO ini. Semoga syurga tempatnya.
Sebanyak 10,064 Pesakit Berjaya Dirawat, Israel Umum Temui Vaksin Covid-19

COVID-19 kini telah mencatatkan 3,640,473 kes jangkitan, 251,817 kematian di seluruh dunia dan setakat ini, tiada ubat yang dijumpai untuk mencegah atau mengubati virus ini walaupun banyak negara yang cuba menghasilkan vaksin untuk virus pembawa maut ini.
Namun, melalui media Times of Israel, berita penemuan oleh Israel Institute for Biological Research (IIBR) telah diumumkan oleh Kementerian Pertahanan Israel kini sedang dalam proses paten sebelum dihasilkan secara besar-besaran.
Antibodi ini dikatakan berfungsi secara monoklonal dan meneutralkan virus COVID-19 di dalam tubuh pesakit. Sebanyak 10,064 pesakit berjaya dirawat dan plasma daripada tubuh telah dikaji untuk mencari rawatan segera.
Untuk info, Israel antara negara paling awal menutup pintu masuk negara, setakat hari ini Israel telah mencatatkan kes sebanyak 16,268 dengan kadar kematian sebanyak 237 kes, manakala untuk kes aktif adalah sebanyak 5,808.
Namun aktiviti kekejam terhadap penduduk Palestin masih berjalan. Terdahulu, polis Israel dilaporkan telah menyerbu pusat ujian COVID-19 penduduk Palestin dan melakukan soal siasat seterusnya menahan empat aktivis yang terbabit dalam membangunkan pusat ujian itu.
Bukan itu sahaja, rejim Israel juga telah melarang Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk menganjurkan kegiatan di Baitulmaqdis termasuk mengharamkan mereka memasuki untuk mencegah wabak pandemik itu daripada menular.
Malah mereka juga bertindak biadab apabila memusnahkan sebuah klinik khas bagi pesakit COVID-19 yang sedang dalam pembinaan di Tebing Barat dan merampas bahan binaan yang bertujuan bagi mendirikan sebuah klinik khas untuk pesakit COVID-19.
Tapi betul ke Israel dah ada vaksin?
Sumber: Time of Israel
Jangan Siar Video Serangan Masjid, Boleh Didakwa Bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi

Orang ramai diingatkan tidak berkongsi ataupun menyebarkan rakaman video berhubung insiden tembakan di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand yang berlaku hari ini.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaya (SKMM) berkata, tindakan tersebut adalah perlu bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini yang boleh mengundang suasana panik dan marah dalam kalangan masyarakat.
“Orang ramai juga diminta menghormati sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa yang terlibat.
“Pada masa yang sama, pihak SKMM akan turut bekerjasama dengan penyedia-penyedia perkhidmatan untuk menurunkan rakaman berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, SKMM berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada.
“Sebarang perkongsian kandungan yang bersifat mengancam dan jelik merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” katanya.


Carian Remaja di Wikipedia menemui, dalam usaha mengekang penyebar khabar angin menggunakan komunikasi elektronik, peruntukan Seksyen 233 menyebut seseorang boleh didenda “tidak melebihi RM 50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM 1,000.00 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.”
Media antarabangsa melaporkan, penyerang bersenjata yang melepaskan tembakan rambang di sebuah masjid di bandar ini ketika jemaah sedang bersolat Jumaat dan membunuh beberapa mangsa dipercayai turut menyiarkan secara langsung serangan itu di media sosial.
Satu akaun twitter dengan nama Jack Dawkins menyiarkan video yang memaparkan seorang lelaki menggunakan senjata automatik melepaskan tembakan dalam sebuah masjid.
Video itu turut tertera “amaran rakaman sensitif ” dan tanda pagar Christchurch.

40 maut dan ramai cedera
Dalam kejadian dianggap menggemparkan bagi seluruh umat Islam ini, seramai 40 orang meninggal dunia dalam tembakan rambang yang dilepaskan. Malah beberapa orang rakyat Malaysia turut menjadi mangsa dalam insiden memilukan ini. Antaranya Muhammad Tarmizi Shuib kini sedang menerima rawatan di Hospital Christchvrch. Difahamkan juga bekerja sebagai pengendali simulator penerbangan masih mendapatkan rawatan dalam kejadian menyayat hati itu.
Begitu juga yang terjadi kepada Mohd Nazri Hisham Omar, 46 yang parah dalam kejadian tembakan secara rambang di Masjid Al-Noor, Christchurch, New Zealand. Menurut isterinya, suaminya cedera teruk namun beliau tidak tahu keadaan bagaimana dan akan berangkat ke New Zealand secepat mungkin bersama anak sulungnya.

Dalam pada itu, seorang lagi rakyat Malaysia Rahimi Ahmad disenaraikan antara yang menjadi mangsa insiden tembakan rambang yang dilakukan oleh seorang Brenton Tarrant, 28 ayng berasal dari Australia yang membuat amukan konon mahu mengurangkan kedatangan warga asing.