Hokay, orang dari negeri lain jangan terasa ya. Hikz.

Kalau selama ini kita sangka masak lemak cili api yang menjadi makanan tradisi negeri tersebut punca gemuk atau lemak berkumpul di jantung, rupanya anggapan itu salah.

Sebaliknya bahan-bahan yang ada ketika proses memasak itu adalah makanan sihat lagi menyihatkan terutama santan, kunyit hidup, cili padi dan lain-lain lagi mengandungi khasiat yang sangat baik untuk tubuh.

Moralnya, rugi kalau tak makan masak lemak cili api dan lebih rugi kalau tak berjodoh dengan orang Nismilan yang memang handal memasak masakan tersebut. So bagi, korang yang belum berjodoh tu, lekas cari jodoh dari negeri ini ya. Haha.

Korang bacalah perkongsian dibuat oleh Dr Norman Norawi di page fbnya mengenai khasiat makanan masak lemak cili api ini.

Hari ini berbicara tentang makanan kegemaran saya!!

Ads

Berita baik untuk orang Negeri Sembilan.!!

Jangan risau makan masak lomak cili api…

Rugi Tak Kahwin Orang Negeri Sembilan! Dr Kongsi Masak Lemak Cili Api Makanan Sihat & Menyihatkan

Santan bukan punca kolestrol tinggi dan menyebabkan sakit jantung.

Santan kelapa sangat sihat dan mempunyai bahan 'rantaian trigliserida sederhana' / medium chain triglyceride (MCT) iaitu ASID LAURIK yang sangat baik untuk kesihatan jantung dan juga membantu menurunkan berat badan.

Ads

Kunyit hidup yang digunakan dalam masakan ini juga mempunyai anti oksidan KURKUMIN yang boleh mencegah pelbagai penyakit dan kanser…

Cili Api pula mempunyai anti oksidan CAPSAICIN yang bersifat anti keradangan dan juga kaya dengan Vitamin C & Vitamin A.

RESIPI VIRAL KENA CUBA
BACA SINI : Resipi Homemade Aiskrim Milo, Modal Tak Sampai RM5

LAGI : Jom Try Sendiri Kopi Viral "DALGONA COFFEE", Hanya Guna 3 Bahan Tapi Sedap Setanding Jenama Terkenal!
Resipi Ayam Goreng Mamak Bikin Ketagih, Lepas Ni Buat Sendiri Je Gaiss
Shell Out Versi Bujang, Modal Tak Sampai RM 30 Pun

Ads

Jika masak dengan IKAN pula akan memberikan khasiat OMEGA 3 yang baik untuk jantung…

Jika dicampur dengan sayur seperti nangka/rebung/peria dsbgnya maka ia akan menambahkan serat dan vitamin didalamnya.

Jika ditambah bawang merah, bawang putih…maka menambahkan lagi khasiat nutrisi didalam masakan ini disamping menambah perisa yang lebih sedap…

Makanlah jika anda suka…Insyaallah ini adalah satu contoh menu makanan tradisi Melayu yang sangat SIHAT dan MENYIHATKAN!!

Dr Norman Norawi
MBBS, MSc(UCSI),FAGE
Join Telegram saya: https://t.me/drnormannorawi
Belajar di klinik online: https://bit.ly/DNNKinikOnline-Obesiti

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI