Saat menerima berita kematian melibatkan ahli keluarga terutama mak atau ayah yang melahir dan membesarkan kita, perasaan sedih pasti tidak dapat dibendung. Rasa kehilangan itu hanya mereka yang pernah teruji sahaja mampu berkongsi cerita.
Namun di sebalik kesedihan yang kita rasai itu, ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang terutama dalam bab memandikan jenazah ibu atau bapa. Ramai di antara kita hanya menyerahkan urusan memandikan jenazah kepada pengurus jenazah kerana beranggapan mereka lebih faham dan sudah menjadi tugas mereka.
Masa yang sama, pasti timbul di fikiran kita bolehkah anak perempuan memandikan jenazah ayahnya atau anak lelaki memandikan jenazah ibunya sebagaimana yang bermain di fikiran ramai anak muda. Bagaimana dengan aurat dengan arwah, bolehkah kita sebagai anak memandikan jenazah berlainan jantina?
REMAJA menemuramah Pengurus Jenazah Masjid Ikhlasiah, Bukit C2 Pantai Dalam, Kuala Lumpur Ustaz Hamdan Haji Yusof yang sudah berpengalaman lebih 20 tahun dalam pengurusan jenazah.
Boleh ke anak perempuan mandikan jenazah ayahnya? Menurut Ustaz Hamdan, tiada masalah untuk anak perempuan memandikan jenazah ayahnya kerana itulah bakti akhir seorang anak terhadap ayah yang menjaganya dari lahir hingga besar. Masa yang sama, ayah dan ibu adalah muhrim kepada anak-anaknya. Dalam Islam digalakkan untuk membantu menguruskan jenazah ibu dan ayahnya sendiri berbanding dilakukan orang luar dari ahli keluarga itu sendiri.
“Hal ini diharuskan kerana adalah lebih afdal anak-anak memandikan jenazah ibu atau bapa mereka. Masa yang sama anak-anak boleh menyimpan rahsia “cela” pada arwah andai ada kerana sebagai anak, tak mungkin kita membuka aib orang yang menjaga dan membesarkan kita,” katanya lagi.
Ads
Bagaimana dengan aurat? Menurut Ustaz Hamdan, dalam pengurusan memandikan jenazah, aib sentiasa dijaga kerana ia dituntut.
“Ada kain yang menutupi bahagian kemaluan jenazah ayah atau ibu kita. Peranan kita sebagai anak hanyalah membantu pengurus jenazah seperti menggosok tubuh, lengan, kaki dan sebagainya. Tapi dalam bahagian istinjak, biasanya dilakukan oleh pengurus jenazah itu sendiri. Rugi sebenarnya kalau kita sebagai anak membiarkan orang lain melakukan itu semua kerana itulah bakti akhir kita kepada orang yang melahir dan membesarkan kita di dunia ini.
Berdasarkan pengalaman, anak lelaki atau anak perempuan yang selalu memandikan jenazah berlainan jantina ini? Jelas Ustaz Hamdan, sepanjang penglibatannya dalam bab pengurusan jenazah, dirinya melihat lebih ramai anak lelaki menguruskan jenazah ibu mereka berbanding anak perempuan melakukannya kepada arwah bapa. Mungkin anak-anak perempuan lebih takut dan tidak ada keberanian memandikan jenazah. Mungkin juga terfikir tentang aurat dan sebagainya.
“Kita kena ambil peluang ini kerana rugi sebenarnya jika tak berbuat demikian. Tidak timbul soal aurat kerana sebagai pengurus jenazah pun saya sendiri tidak melihat aurat si mati. Kita ada kain menutup jenazah kerana walau si mati sudah meninggal dunia, aibnya masih perlu kita pelihara baik-baik. Saya sarankan anak-anak muda bersama-samalah kita memberi bakti akhir pada ibu bapa kerana peluang ini hanya hadir seumur hidup sahaja,” katanya memaklumkan, suami atau isteri juga diharuskan bersama-sama memandikan jenazah pasangan masing-masing kerana ianya lebih afdal.
Ads
“Bila ahli keluarga sendiri yang terlibat, kita boleh tutup aib jenazah kalau ada. Tapi itu juga bakti akhir kita untuk orang yang kita sayang semasa di dunia ini,” katanya yang mengajak anak-anak belajar ilmu pengurusan jenazah ini kerana ia bukan saja berguna untuk ahli keluarga tetapi juga kepada masyarakat suatu hari kelak.
Tonton video di bawah
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecanggihan teknologi hari ini membuatkan kehidupan seharian kita menjadi jauh lebih mudah. Jika dahulu kita perlu keluar untuk membeli barang, kini semuanya boleh dilakukan hanya di hujung jari.
Jika dahulu kita perlu beratur panjang untuk membayar barangan yang dibeli, kini kita hanya perlu menunggu di dalam kereta dan membuat pembelian secara drive-thru. Mungkin ramai yang sudah terbiasa membeli makanan di restoran makanan segera secara drive-thru, sekarang ini korang juga boleh membeli produk skincare dengan hanya menunggu di kereta.
Baru-baru ini viral di TikTok apabila @fatinkhuzaifah memuat naik video yang menunjukkan sebuah drugstore popular yang menjual produk skincare, Watsons kini sudah mempunyai cawangan drive-thru.
Watsons drive-thru yang pertama di Malaysia ini terletak di Taman Daya, Johor Bahru dan khabarnya ia telah dilancarkan pada Mei lalu. Dengan hanya menggunakan aplikasi mudah alih Watsons, pelanggan kini boleh membuat pembelian melalui telefon bimbit dan menggunakan perkhidmatan Click & Collect Express untuk mengambil barangan mereka dalam masa empat jam menggunakan kaunter pandu lalu.
Wah, menariknya! Tidak perlu lagi bersesak-sesak di dalam kedai dan tidak perlu juga korang menunggu dengan lama untuk mendapatkan barangan sekiranya membuat pembelian secara pos. Duduk sahaja di dalam kereta dan tunggu sahaja sehingga barangan yang dipesan siap untuk diambil. Betul tak?
Namun, ada juga yang berpendapat mereka lebih suka dan puas hati jika membeli sendiri di stor fizikal. Macam mana pula dengan korang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru sehari bertugas sebagai penyampai radio (Dj) di stesen radio Hot FM, bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin kini dilantik sebagai penasihat belia negeri dan ahli lembaga pengarah kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Pelantikan baharu beliau diumumkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menerusi sebuah hantaran di platform Facebook kelab bola sepak itu.
“Tahniah dan selamat datang ke JDT. JDT juga mengucapkan tahniah kepada Khairy atas pelantikannya sebagai penasihat Pemuda Johor. Luaskan Kuasamu Johor,” katanya menerusi hantaran tersebut.
Sementara itu, pengerusi jawatankuasa belia, sukan, usahawan, pembangunan koperasi dan sumber manusia negeri Mohd Hairi Mad Shah berkata, beliau berharap dapat bekerjasama dengan Khairy bagi memastikan agenda pembangunan belia Johor dilaksanakan dengan lebih berkesan.
“Saya percaya pengalaman dan kebolehan Khairy dalam bidang itu akan membolehkan beliau menyumbang idea baharu yang dinamik untuk memberi manfaat kepada belia, serta pembangunan bola sepak di negeri ini.
“Pelantikan baharu beliau adalah tepat pada masanya kerana beliau juga pernah berkhidmat sebagai menteri Belia dan Sukan dari 2013 hingga 2018,” ujarnya.
Sebelum, TMJ menerusi akaun rasmi Facebooknya, memberi bayangan bahawa bekas Ahli Parlimen Rembau itu akan menjadi CEO JDT dan juga penasihat belia Johor.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Walau berbeza usia namun sudah tertulis jodoh antara kedua insan ini.
Di Indonesia, viral kisah seorang datuk dikenali sebagai Abah Sarna berusia 71 tahun dari Kelurahan Majasari, Mukim Pagaden, Subang, Jawa Barat menikah dengan gadis, Noni berusia 18 tahun berasal dari Bunut Pangsor, Mukim Pagaden, Daerah Subang, Jawa Barat.
Perbezaan usia antara keduanya adalah 53 tahun.
Pernikahan keduanya mulai viral selepas dimuat turun di akaun facebook Ririn Priyanti
“Kalian kalah soswet dari si abah, YANG JOMBLO JANGAN IRI,” (kalian kalah dengan lelaki tua, bujang jangan cemburu) tulis Ririn Priyanti
Sama seperti pasangan pengantin lain, ada majlis persandingan antara kedua mempelai ini. Mereka mengenakan gaun dan persalinan pernikahan berwarna putih dan pink. Malah menukar baju sehingga dua kali dengan warna berbeza.
Keduanya nampak begitu mesra dan langsung tidak kekok di hadapan orang ramai. Malah Noni tersenyum sipu saat dicium suaminya di hadapan orang ramai ketika majlis persandingan mereka.
Honda PCX Jadi Hadiah Hantaran Mewah
Sama seperti pasangan pengantin lain, hadiah hantaran antara yang menjadi tumpuan.
Uniknya Noni dihadiahkan sebuah motosikal Honda PCX 150 (carian mendapati di Malaysia ia dijual RM11,844) selain barang keperluan rumah seperti tilam, almari dan kelengkapan rumah tangga yang lain). Dan kesemua barang hantaran itu dibawa dengan dua buah kenderaan yang mengiringi semasa majlis pernikahan mereka.
Wow, memang berada atuk nie!
Masa yang sama, Abah Sarna turut menyerahkan mas kahwin 11 gram emas selain wang Rp10juta rupiah (kira-kira RM3000)
Apa pun, semoga keduanya berbahagia hingga ke akhir hayat. Jadi jangan risau kalau jodoh korang bukan rakan sebaya atau lebih muda kerana Allah sudah menentukan jodoh kita sejak di luh mahfuz lagi.Sumber : Tribunnews
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...