Ruhaines Kongsi Turun 2Kg Dalam Seminggu Dengan Berenang? Ini 5 Jenis Gaya Berenang Cepat Bakar Kalori

Share

Pelakon yang comel dan jelita, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas baru-baru ini ada berkongsi berita gembira bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya.

Kongsi pelakon berusia 27 tahun itu, dia telah berjaya menurunkan berata badan sebanyak 2kg dalam masa seminggu.

“Swimming is the best cardio. I’ve lost 2kgs in a week! Korang suka buat activiti apa during free time? Cycling ? Hiking?,” tulisnya.

Jadi why not kita cuba berenang jika ia mampu menurunkan berat badan dengan pantas. Mari kita lihat jumlah kalori yang akan dibakar bagi 5 gaya berenang di bawah :

1. Gaya Bebas


Pergerakan ini menggunakan tangan dan kaki secara aktif. Jika anda berenang gaya bebas bukan untuk pertandingan, dengan kelajuan sederhana, jumlah kalori dibakar ialah 406 kcal/jam, manakala untuk tujuan pertandingan sebanyak 686 kcal/jam

2. Gaya Dada atau Katak

Gaya ini juga dipanggil sebagai Break Stroke. Pergerakan ini seperti katak berenang di dalam air di mana kaki akan digunakan menolak ke belakang manakala kedua-dua belah tangan akan menguak ke depan. Kadar pembakaran kalori adalah sebanyak 371 kcal/jam jika anda berenang dengan kelajuan sederhana. Jika kelajuan berenang untuk pertandingan, kalori akan dibakar sebanyak 721 kcal/jam.

3. Gaya Punggung

Gaya ini akan mengadap muka ke atas dari permukaan air. Gaya ini lebih memudahkan perenang mengambil nafas. Jika anda berenang bukan untuk pertandingan dengan kelajuan sederhana, jumlah kalori dibakar ialah 336 kcal/jam, manakala untuk tujuan pertandingan sebanyak 665 kcal/jam

4. Gaya Kupu-Kupu

Teknik renang ini memerlukan stamina yang tinggi kerana kedua-dua belah tangan akan bergerak selari. Semakin cepat hayunan tangan, semakan pantas kelajuan perenang. Kadar pembakaran kalori adalah adalah sama jika dalam pertandingan ataupun tidak iaitu sebanyak 966kcal/jam

5. Gaya Mengambang (Water Trapping)

Pergerakan mengambang ini tidak memerlukan anda melakukan apa-apa pergerakan. Anda cuma terapung saja di dalam air. Dengan teknik ini saja, kalori kita mampu dibakar sebanyak 245 kcal/jam sehingga 686 kcal/jam.

Jadi, tunggu apa lagi ? Mari kita bakar kalori dengan berenang secara maksima.

Published by
Nana