Walaupun sedang berdepan dengan kontroversi, ia bukan penghalang buat pelakon sensasi Ruhainies menerima tawaran dari negara luar.
Menerusi laporan media tempatan, Ruhainies teruja berkongsi berita mengenai tawaran kerja yang melibatkan produksi negara seberang, seolah-olah satu hikmah selepas semua ujian yang datang.
Selain itu, adik kepada pelakon Risteena Munim itu juga memberitahu kontroversi yang membabitkan namanya telah tular hingga ke negara China selain meminta orang ramai mendoakan buat dirinya agar namanya tidak terjejas rentetan isu tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Nota Ringkas Ruhainies Di Instagram Curi Perhatian -‘Kebenaran Pasti Akan Menang’
“Perkara yang jadi ternyata mempunyai hikmah tersendiri, tipulah kalau saya cakap langsung tidak terkesan apabila benda ini berlaku.
“Namun saya sentiasa percaya setiap ujian itu pasti ada hikmah dan alhamdulillah saya banyak terima tawaran dari negara seberang tetapi belum boleh nak cerita lanjut sebab masih dalam proses perbincangan.
“Cerita ini bukan setakat tular di Malaysia tetapi sampai ke luar negara juga, ke China pun. Cuma saya mohon doa daripada semua agar nama saya tak terjejas disebabkan kontroversi ini,” katanya.
Pada masa sama, pelakon drama Cukup Derita Itu juga memaklumkan drama lakonannya bersama Aliff Aziz, Terjerat tetap berjalan seperti biasa.
Katanya, setakat ini tiada tawaran kerja yang dibatalkan sebaliknya hanya ditangguh sementara ekoran kontroversi membabitkan dirinya dengan beberapa nama artis lain selain kekasih gelap Alif.
“Sejujurnya, tiada tawaran kerja yang dibatalkan. Cuma buat masa ini, ditangguhkan sahaja. Saya faham dan terima kerana isu pun tengah panas.
“Penggambaran tetap berjalan seperti biasa tetapi tentang cadangan digam mahupun disenarai hitam setakat ini berdasarkan kenyataan yang saya dapat, perkara itu tidak akan berlaku.
“Saya mohon doakan saya. Macam saya cakap sebelum ini, saya mahu tutup buku dan harap semua move on,” ujarnya lagi.
Pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan Wilayah (Jawi) di sebuah kondominium mewah di ibu negara.
Rentetan kejadian tersebut, isteri kepada Aliff yang juga penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap suaminya secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac, namun aktor itu enggan menceraikannya.
Tidak terhenti di situ, polemik antara mereka bertambah rumit apabila tiba-tiba muncul seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine yang mengaku kekasih Aliff dan mendakwa sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Ruhainies