Pelakon kontroversi, Ruhainies tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Bella Astillah berhubung kontroversi membabitkan mereka sebelum ini.
Menerusi perkongsian Instastory awal pagi tadi, adik kepada pelakon Nur Risteena Munim itu turut berharap dapat bersemuka dengan Bella bagi menjernihkan kembali keadaan.
“Dengan penuh rendah diri, saya ingin memohon maaf kepada Bella Astillah atas segala apa yang terjadi. Saya juga ingin bertemu dengan anda bagi meniernihkan keadaan.
“Saya juga mahu menutup buku, lupakan apa yang berlaku dan kembali gembira. Saya memilih berdiam diri bukan untuk mengiya atau menidakkan, tetapi atas niat mengelakkan sebarang pertelingkahan dalam media sosial, sekali gus memanjangkan isu tersebut.
“Saya juga ingin memohon maaf pada semua pihak yang terkesan dengan segala berlaku,” katanya.
Menerusi hantaran lain, pelakon berusia 31 tahun itu juga mahu bertemu empat mata dengan wanita yang mendakwa dirinya kekasih Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine bagi tujuan sama.
“Saya juga dengan penuh keikhlasan ingin menjemput Sarah Yasmine bersama menyertai pertemuan kami bagi mengakhiri segala kemelut yang berlaku.
“Saya berharap Bella dan Sarah memberi peluang kepada saya untuk bersemuka dengan mereka,” coretnya lagi.
Sebelum ini, Sarah mendakwa dirinya adalah kekasih Aliff, sekali gus membuka episod baharu kecurangan aktor tersebut.
Menerusi hantaran di Instagram, pelbagai pendedahan lain dibuat Sarah yang turut mengaitkan beberapa nama selebriti lain seperti Caprice, Emma Maembong dan Chacha Maembong.
Sekadar info, kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di ibu negara, Mac lalu.
SUMBER: Instagram Ruhainies
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.