Ramai yang mengeluh dengan cuaca panas hari ini. Mana tidaknya, kalau tidur waktu malam pun boleh berpeluh-peluh, ini kan pula pada waktu tengah hari. Memang basah lencun la baju macam dalam saun
Namun begitu, apa yang lebih menarik perhatian kami apabila pageRoot of Science telah menyentuh secara ringkas tentang sains bangunan dan pengkhususan di dalam bidang seni bina yang menjadi punca kenapa rumah kita berasa panas.
Berikut merupakan tiga sebab utama pemanasan rumah dan strategi untuk mengatasinya, nak-nak time cuaca panas sekarang ni.
1. Dilanda sinaran matahari secara langsung
Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah ini dengan baik. Sinaran matahari yang terkena pada dinding rumah, lantai dan ruang dalaman rumah akan menyebabkan peningkatan suhu mendadak.
Strategi terbaik untuk mengelakkan sinaran matahari daripada memancar secara langsung di bahagian-bahagian rumah anda adalah seperti yang berikut:
• Gunakan awning
Penggunaan awning akan meredupkan bukaan tingkap atau pintu. Ia juga dapat melindungi dinding daripada menyerap haba.
• Tanam pokok sebagai teduhan
Daun yang merimbun dapat menghalang sinaran matahari dan menyejukkan persekitaran luar rumah.
• Gunakan penebat haba di bumbung
Ini kerana bumbung akan menerima sebahagian besar haba dari matahari dan akan memanaskan udara di antara bumbung dan siling rumah. Penebat haba mampu untuk mengurangkan kesan pemanasan ruang ini.
Ads
• Melapisi dinding dengan lapisan tambahan
Penggunaan material seperti lapisan komposit aluminium, veneer atau lapisan bata perhiasan.
• Cat dinding dengan warna yang cerah
Warna yang cerah akan memantulkan cahaya, sementara warna yang gelap pula akan menyerap cahaya. Apabila cahaya diserap, tenaga itu bertukar menjadi haba.
• Guna langsir, tirai atau skrin
Sama seperti awning dan teduhan pokok, langsir, tirai atau skrin juga dapat melindungi bahagian dalam rumah dan membenarkan aliran angin yang bebas.
• Menghalang bukaan yang menghadap matahari terbenam
Ads
Suhu paling panas adalah pada waktu petang antara 2pm hingga 4pm. Jadi sebaiknya, bukaan yang menghadap matahari petang dihadang bagi mengurangkan rasa rimas dan tidak selesa.
2. Tidak mempunyai pengudaraan yang baik
Untuk menangani masalah panas di dalam rumah adalah dengan memastikan semua udara panas yang terkumpul tersebar keluar dan digantikan dengan udara sejuk.
Tanpa pengaliran udara yang baik, haba ini akan terkumpul di waktu siang dan boleh berpanjangan sehingga waktu malam dan ini menyebabkan rasa tidak selesa.
Bagi mengatasi masalah ini, rumah anda patut mempunyai bukaan yang menggalakkan aliran udara masuk dan keluar seperti:
• Bukaan tingkap yang luas bagi memastikan kadar ACH (Air Changes per Hour) yang efisien.
• Aliran udara yang tidak terhad. Perabot, dinding dan langsir tebal yang merintangi penggerakan udara boleh menyekat dan membataskan pergerakan udara.
• Gunakan air well iaitu ruang vertikal yang terbuka di bahagian tengah rumah, kebiasaannya di bahagian tangga.
Ads
Ia direka bagi membolehkan udara panas bergerak ke atas dan seterusnya keluar melalui bukaan tingkap berdekatan siling rumah.
Apabila ini berlaku, udara sejuk bergerak masuk menggantikan ruang tekanan rendah yang ditinggalkan oleh udara panas.
• Gunakan kipas ekstrak di aras yang tinggi (berdekatan dengan siling) bagi membolehkan udara panas dikeluarkan dengan cepat.
• Menyeragamkan hala kipas angin berdiri. Sekiranya laluan angin datang dari hadapan rumah, maka digalakkan untuk menggunakan kipas berdiri (atau kipas meja) dan menyeragamkan hala kipas itu agar bertiup ke belakang rumah.
• Gunakan kipas siling menghala ke atas di bahagian air well. Kipas ini akan berfungsi sebagai kipas pengekstrak. Namun, kaedah ini belum terbukti sekiranya diambil kira kos elektrik yang terlibat.
3. Kesan Urban Heat Island (UHI)
UHI adalah situasi di mana sesuatu kawasan bandar mengalami taburan suhu yang lebih tinggi dari persekitaran luar bandar. Perbezaan suhu ini terjadi apabila kawasan bandar yang dibangunkan mempunyai elemen-elemen yang memerangkap atau menjana haba yang berterusan.
Contohnya, permukaan berwarna gelap seperti jalan raya menyerap lebih banyak radiasi matahari. Oleh kerana kawasan bandar mempunyai lebih banyak rangkaian jalan raya yang berselirat, ini menyebabkan luas kawasan yang akan menyerap haba lebih besar.
Masalah ini ditambah dengan kurangnya tanaman pokok-pokok di dalam kawasan bandar dan menyebabkan kurang tempat berteduh dan kesan penyejukan pokok-pokok tersebut.
Haba yang terbuang hasil daripada penggunaan kenderaan, pendingin hawa dan industri secara umumnya juga menyumbang kepada peningkatan UHI.
Diharap dengan sedikit perkongsian yang dibuat ini dapat membantu anda untuk mengatasi masalah ruang dalaman rumah yang panas.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
SESI akademik 2024/2025 universiti awam (UA) baru-baru ini bermula dengan kemasukan pelajar baharu peringkat sarjana muda yang mendaftar di seluruh negara.
Wajah ceria dan kegembiraan terpancar apabila dapat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Kejayaan ke universiti diiringi doa dan harapan agar mereka dapat belajar bersungguh hingga mampu mengubah nasib dan masa depan keluarga.
Malah, tempat tinggal baru di asrama universiti seharusnya menjadi tempat yang selesa dan kondusif untuk para pelajar menuntut ilmu dan beristirahat.
Namun, keadaan beberapa fasiliti asrama di universiti terkemuka di Malaysia mencetuskan kebimbangan apabila didapati terdapat masalah kebersihan dan penyelenggaraan yang serius.
Cat Dinding Kusam Dan Kesan Kulat Bertompok, Realiti Keadaan Asrama Universiti Terkemuka
Salah satu masalah yang paling ketara adalah dinding yang kusam dan kesan kulat bertompok di pelbagai sudut bangunan.
Hal ini selepas seorang pengguna TikTok yang dipercayai pelajar semester pertama di sebuah universiti terkemuka telah berkongsi sebuah video yang memperlihatkan keadaan fasiliti asrama yang cukup daif dan nampak menyeramkan.
Menerusi video tersebut, bermula dengan dinding yang catnya sudah kusam di samping mempunyai kesan kulat bertompok padanya di dalam bilik asrama itu.
Masalah dinding berkenaan turut terjadi di kawasan beranda dan juga tandas yang mana menjadikan ia tampak usang seperti sudah lama ditinggalkan.
Kipas dinding tanpa penutup pula bersaiz kecik sekaligus tidak dapat menyejuk keseluruhan bilik seperti yang diharapkan. Ruangan bilik yang kecil ini juga jadi lebih padat apabila barangan mula dibawa masuk.
Cermin tandas yang disediakan juga dipenuhi kesan hitam yang tidak dibersihkan bagi kegunaan pelajar.
Secara keseluruhannya, persekitaran sangat tidak kondusif untuk diduduki apatah lagi fasiliti yang tampak usang menjadikan ia tidak selamat digunakan oleh para pelajar yang menetap di asrama universiti itu.
Pelajar itu langsung menyoal adakah setakat ini sahaja standard universiti dalam menyediakan fasiliti asrama kepada para pelajar di sana. Mana mungkin mereka tidak marah kerana perlu membayar yuran ratusan untuk menduduki astama tetapi setakat ini sahaja kualiti yang diterima.
Perkongsian pelajar bernama Amirah Amri di platform TikTok ini telah meraih perhatian netizen di mana majoritinya sangat terkejut melihat keadaan fasiliti asrama yang disediakan oleh pihak universiti terkenal itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sekilas pandang, ‘wanita’ Korea bernama Rozy ini kelihatan seperti mana-mana remaja perempuan lain dari Seoul, Korea Selatan yang mempunyai paras rupa cantik serta foto-foto menarik di Instagram.
Namun rupa-rupanya, Rozy bukanlah manusia sebenar! Dia ialah ‘manusia maya’ atau virtual human pertama dari negara itu yang dicipta menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI).
Wow! Nampak macam manusia sebenar kan. Begitulah hebatnya teknologi pada zaman sekarang.
Untuk memberi gambaran mudah, ‘manusia maya’ adalah perkara normal yang dicipta bagi menghasilkan efek orang ramai dalam filem tanpa menggunakan segerombolan pelakon ekstra.
Contohnya seperti dalam filem peperangan (think, Kingdom of Heavens atau Lord of the Rings), filem sci-fi atau filem tragedi seperti Titanic. That is not real actors guys, ‘mereka’ ditambah pada bahagian belakang bagi menampakkan efek orang ramai. Samalah juga dengan Rozy, dia bukan manusia sebenar.
Anyway, Rozy dicipta oleh sekumpulan pencipta content Korea yang menggelar diri mereka sebagai Sidus Studio X.
Apa yang menarik tentang Rozy adalah dia tidak akan menyambut hari kelahiran. Ini kerana menurut Sidus Studio X, dia akan kekal berusia 22 tahun sampai bila-bila. Rozy juga buat masa ini sibuk melayan peminatnya di media sosial terutamanya 67,000 orang pengikutnya di Instagram dengan personaliti yang saling tidak tumpah seperti manusia biasa. Kadangkala dia meluncur, minum kopi, terlibat dalam photoshoot atau ‘terbang’ ke Rome, Itali.
Disebabkan populariti yang dimiliki Rozy ini juga, dia khabarnya telahpun menerima lebih 100 tajaan jenama-jenama besar dan kecil di luar sana. Di antara tajaan tersebut juga terselit lapan buah kontrak eksklusif yang lumayan.
Kongsi Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu Baek Seung-yeop, “Kami masih belum dapat memproses semua tajaan ini (kerana terlalu banyak). Buat masa ini, kami telahpun mencapai sasaran dan misi kami (dari segi keuntungan yang diperolehi melalui Rozy). Saya rasakan Rozy akan mampu mengumpulkan 1 bilion won (kira-kira RM3.5 juta!) lagi sehingga akhir tahun ini dengan projek seterusnya.”
Rahsia kejayaan projek model ‘manusia maya’ ini mendapat sambutan luar biasa tentulah kerana ia adalah sesuatu yang baharu dan belum pernah dilihat masyarakat sebelum ini.
Seperkara lagi, sebagai ‘manusia maya’, Rozy dapat mengelakkan dirinya daripada apa-apa jenis skandal dan soal privasi yang dihadapi selebriti popular di Korea Selatan. Kedua-dua isu itu selalu menjadi punca kejatuhan ramai selebriti Korea sekaligus menconteng arang pada wajah jenama yang dikaitkan dengannya.
Contoh terdekat adalah seperti Kris Wu (walaupun secara teknikalnya, dia kini bergelar artis China) dan Seungri, bekas ahli Big Bang. Kesemua kontrak melibatkan jenama tajaan serta-merta ditarik daripada dua selebriti tersebut selepas mereka terpalit dengan skandal masing-masing.
Situasi ini amat berlainan dengan ‘Rozy’ apabila dia tidak wujud pun dalam dunia sebenar. Oleh itu, tiada skandal yang dapat dikaitkan dengannya melainkan syarikat penciptanya tersilap langkah dalam mengeluarkan foto yang tidak disenangi oleh masyarakat.
Tambahan pula, ‘Rozy’ boleh ‘mengembara’ ke mana-mana saja untuk iklan baharunya kerana dalam dunia rekaan grafik, apa sahaja tidak mustahil untuk dilakukan dengan teknologi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walau ramai faham isu pengeluaran KWSP untuk simpanan hari tua tapi dalam keadaan antara hidup dan nyawa-nyawa ikan, simpanan adalah dilihat paling sesuai dikeluarkan. Ianya sama seperti kita mempunyai tabungan dan akan dikeluarkan apabila keadaan memerlukan / kecemasan.
Namun keadaan genting sekarang di mana ramai yang kehilangan pekerjaan termasuk hanya menerima gaji asas sahaja selepas elaun, kerja lebih masa dan sebagainya ditiadakan kerana majikan mahu menjimatkan wang, pekerja hanya akan bergantung kepada gaji semata-mata. Hendak buat tabungan bagaimana kalau yang ada pun tinggal sikit selepas ditolak hutang piutang. Dan ramai melihat adalah simpanan di KWSP.
Dalam satu perkongsian sebentar tadi, walau kurang sejam memuat turun tetapi sudah dipersetujui lebih dari 3 komen yang bersetuju dengan apa yang Datuk Seri Najib perjuangkan iaitu KWSP perlu memperluaskan lagi pengeluaran i-Sinar kepada lebih ramai pencarum yang terdesak ketika ini.
Baca perkonsiannya:
Terima kasih kepada KWSP kerana mewujudkan skim i-Sinar untuk membenarkan pencarum mengeluarkan duit dari akaun 1.
Namun, syarat kelayakan untuk skim ini hanya untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau sudah tiada sumber pendapatan.
Sebab itu KWSP menganggarkan hanya 2 juta ahli sahaja akan menerima manfaat dari skim i-Sinar dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM14 bilion.
Ini berbeza dengan anggaran saya di mana 4.7 juta ahli akan mengeluarkan jumlah sehingga maksima RM47 bilion. (Namun bukan semua ahli akan mengeluarkan RM10,000) KWSP perlu faham bahawa kita tidak boleh sasar kepada mereka yang hilang kerja sahaja (unemployed) tetapi golongan paling besar ialah mereka yang pendapatan bulanan mereka berkurang akibat gaji dipotong, elaun dipotong, service points/komisyen berkurang serta jumlah hari bekerja atau OT dipotong (underemployed).
Ramai tak boleh hidup dengan bergantung kepada gaji basic sahaja.
Dengan ini, saya minta KWSP memperluaskan skim i-Sinar kepada golongan yang pendapatannya telah turun mendadak akibat Covid dengan membuka skim i-Sinar kepada sesiapa yang mengaku pendapatan bulanan mereka telah turun 20% atau lebih akibat Covid.
Pendapatan bulanan mereka turun tetapi komitmen dan tanggungan bulanan mereka tetap tinggi.
Golongan underemployed ini perlu diambil kira juga. Jangan dicicirkan.
KWSP tidak boleh terlalu bersyarat sebab kita tidak mahu skim i-Sinar menjadi skim i-Die bagi golongan yang tidak layak hanya sebab mereka tidak hilang kerja walaupun sudah amat terdesak setelah pendapatan mereka turun akibat Covid.
Biarkan lebih banyak dana mengalir ke kitaran wang ekonomi tempatan sebab bajet tahun 2021 hanya 2.5% lebih tinggi berbanding bajet tahun 2019 yang tiada krisis Covid.
Jangan sampai ramai yang sengaja berhenti kerja atau sengaja dibuang kerja sebab mereka mahu layak untuk memohon skim i-Sinar.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejarah tercipta di bumi Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila atlet silat negara, Thamaraj Vasudevan menjuarai kategori bebas Putera di Kejohanan Pencak Silat...