Rumah Beratap Kanvas, Petugas Sosial Menangis Saksi Kesusahan Keluarga Di Kedah Ini

Share

Setiap manusia diuji menurut keupayaannya. Ada diuji dengan miskin harta, ada duji dengan kesakitan, ada diuji dengan kesenangan hartanya untuk melihat sejauh mana hartanya dibelanjakan.

Namun pengalaman yang dikongsi oleh saudara Mohd Azrul Mohd Razak yang juga Presiden Of Kindness Malaysia ketika menghulurkan bantuan sempena Ramadan ini di kawasan sekitar Kedah pasti membuatkan kita terasa sama.

Disaat kita diuji dengan kesenangan, diberi makan dan minum yang mencukupi untuk berbuka ada lagi insan lain yang terpaksa mencari makanan di tempat pembuangan sampah hanya untuk memberi ahli keluarga makan.

Ya Allah, moga Allah ampuni dosa kita semua kalau kita terlepas pandang membantu orang lain dan semoga kita diberi rezeki berlebih untuk membantu insan lain.

Baca perkongsiannya.

Demi Allah dan Rasul sejak aku terjun dalam bidang kerja Khidmat Social hampir 10 tahun, ini pertama kali aku menangis teresak-esak dalam kereta masa handle kes asnaf dan miskin.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, anak-anak ini makan ikan dan sayur busuk yang dibuang dari pasaraya. Aku sendiri tak sanggup nak ambil gambar ikan dan sayur busuk di ruang rumah mereka yang mereka jadikan makanan.








Mujur Allah hantar manusia-manusia baik yang sentiasa berusaha membantu keluarga ini. Hari ini saya dibawa ke rumah keluarga ini oleh dua orang Jururawat (unsung heroes) dari Klinik Desa Kubang Rotan. Cukuplah saya katakan pengorbanan dua orang Jururawat ini pastinya tiada nilai yang boleh dibayar.

Sempat aku serahkan sedikit wang sumbangan dan minta bantuan Jururawat berkenaan untuk belikan Gas Memasak serta Susu Tepung untuk anak kecil ini hasil sumbangan daripada anda semua kepada Food Bank Kindness Malaysia. Bil-bil elektrik dan air yang tertunggak juga telah kami tolong bayarkan dengan dana sumbangan orang ramai.

Untuk makluman, keluarga ini adalah penerima zakat dari Jabatan Zakat Negeri Kedah. Kami mohon doa dari semua buat keluarga ini moga Allah permudahkan dan murahkan rezeki keluarga ini.

#foodbank
#kindnessmalaysia
#ramadhankareem
#stopcovid19

#kitajagakita

Published by
Almaswa Haji Che Ros