Bila sebut tentang rumah hantu, pastinya ada yang teruja dan tidak kurang ada juga individu yang mula rasa tidak senang kerana takut bila mengingatkannya. Rumah hantu sering menjadi tumpuan di pusat-pusat hiburan, malah individu penakut pun tetap akan masuk untuk merasai pengalaman seram.
Betul tak?
Namun, apa yang lebih menarik bila mana korang berpeluang merasai keseraman dari dalam kereta sahaja untuk masuk ke ‘rumah hantu’. Seperti yang telah tular di laman TikTok, warganet berkongsi pengalaman pergi ke rumah hantu drive-thru yang dikatakan berada di Alor Gajah, Melaka.
BACA: Rumah Hantu ‘The Conjuring’ Dijual Dengan Harga RM6.6 Juta
Menurut perkongsian gadispurba, rumah hantu drive-thru pertama di Malaysia dan sangat menyeramkan kerana gelap. Sebelum memulakan perjalanan menikmati pengalaman rumah hantu, pengunjung perlu membuka tingkap dan bonet, serta akan diberi sedikit taklimat daripada petugas tentang pantang larang yang perlu diikuti.
@gadispurba 1st in malaysia…. Di alor gajah melaka.. seram sbb gelap.. then kena bukak tingkap.. bonet… pintu pn dorg bukak weh… naye laaa… #haunteddrivethrumelaka #haunteddrivethru #haunteddrive ♬ Dhat – From KKN Di Desa Penari – Kinanti & Madukina
Dikhabarkan, tiket masuk bagi dewasa adalah RM10 dan kanak-kanak berharga RM5. Rumah hantu drive-thru ini bakal beroperasi sehingga hujung bulan ini.
@gadispurba Maaf kalau bingit😅😅 terkejut kot. Siap bukak pintu.. igt sis tipu ke🤣🤣🤣 korg.. pegi laaa😆#drivethruhauntedhouse #haunteddrivethrumelaka #haunteddrivethru ♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi
BACA: 9 Hotel Berhantu Di Dunia, Ada Kisah Seakan Sama Di Hotel Malaysia
Jika korang ingin ke sini, dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu kerana ramai yang akan beratur menunggu giliran.
Fuh, macam mana ada berani tak nak join?
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.