Lokasi penggambaran filem popular biasanya sering mendapat perhatian ramai, apatah lagi sekiranya ia dibuka untuk jualan secara umum. Terbaharu, sebuah rumah agam yang pernah berlaku beberapa peristiwa misteri dan menjadi inspirasi mengilhamkan filem seram The Conjuring bakal dijual dengan harga AS$1.5 juta (sekitar RM6.6 juta).
Rumah agam seluas 3,100 kaki persegi yang terletak di Rhode Island ini merupakan antara rumah berhantu paling terkenal di Amerika Syarikat. Penyiasat paranormal, Jenn dan Cory Heinzen adalah pemilik terdahulu rumah tersebut selepas membelinya pada tahun 2019.
BACA: Rumah Asal Filem Scream Disenaraikan Dalam Air BnB Dengan Harga $5
Menurut sumber, pembeli baharu adalah Jacqueline Nunez yang merupakan seorang pemaju hartanah dari Boston. Heinzen dilaporkan menerima beberapa tawaran untuk rumah tiga bilik tidur itu. Dia meletakkan syarat bahawa bakal pembeli hendaklah ditemu bual sebelum menjual rumah agam itu.
Mereka turut meletakkan beberapa syarat lain, termasuk pembeli tidak tinggal di rumah itu kerana apa yang mereka dakwa adalah sebagai perlindungan kepada pembeli. Pemilik baharu menggunakan rumah itu sebagai entiti perniagaan dan membenarkan pelawat bermalam serta menjalankan siasatan ke atas aktiviti paranormal di situ.
Oh, kiranya kalau nak beli tidak boleh dijadikan sebagai kediaman tetap, tetapi harus digunakan untuk perniagaan yang berkaitan dengan aktiviti paranormal.
Antara perkongsian seram yang dikongsi, Andrea Perron pernah tinggal di rumah itu pada tahun 1971 hingga 1980 dan mengatakan keluarganya mengalami pengalaman pahit di sana. Wanita itu mendakwa dia pernah melihat ibunya melayang di atas kerusi dan kemudian dicampak sejauh 20 kaki. Perron menambah bahawa ibunya tidak mempunyai ingatan tentang peristiwa itu.
Haih, kalau dah seram macam ni masih ada lagi yang ingin beli dengan harga yang begitu mahal ke?
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.