Harapan peminat taman tema sedunia amatlah tinggi..
Adakah taman tema 20th Century Fox World yang sedang dibina di Genting Highland menepati jangkaan semua orang, setakat ini?
Pada mulanya, taman tema ini dijangka akan dibuka kepada orang ramai secara berperingkat bermula tahun 2018. Apabila pihak Genting dan 20th Century Fox World Malaysia mengadakan sidang media kali pertama mereka pada tahun 2014, ramai beranggapan tempoh 4 tahun itu terlalu singkat untuk menyiapkan kesemuanya.
4 tahun hampir berlalu. Apakah perkembangan terbaru dengan taman tema tersebut bernilai RM2.5 bilion?
Genting Highlands ialah lokasi pertama yang dipilih untuk mewujudkan taman tema 20th Century Fox. Sebanyak lebih daripada 25 tarikan dan ride baru akan dapat korang naiki. Kesemuanya berasaskan filem terkenal yang pernah dikeluarkan oleh syarikat penerbitan itu termasuklah Planet of the Apes, Rio, Alien vs Predator, Ice Age, Life of Pi, Night at the Museum, Wolverine dan – wait for it – Titanic!
Kesemua tarikan tersebut telah dapat dilihat terbina pada tanah berkeluasan 25 ekar ini. Cuba korang lihat beberapa foto yang telah dirakam oleh pihak kontraktor dan pengunjung yang menaiki kereta kabel untuk ke Resorts World Genting.
Kelihatan Space Shot yang lebih tinggi berbanding Solero Shot dahulu.
Ada juga ride terbaru yang landai namun pantas!
Kawasan landskap bertangga di bahagian luar.
Pintu masuk utama bertemakan roket (mungkin sekali diilhamkan daripada filem Alien vs Predator)
Bersebelahan dengannya pula ialah bangunan Arena of Stars sedia ada.
‘Rumah’ kepada Ice Age yang menjadi pintu masuk untuk ride roller coaster. Dah bersalji!
Seperti di Disneyland, 20th Fox Century juga dijangka akan menganjurkan Dream Parade istimewa yang menampilkan karakter diminati ramai daripada filem dan siri kartun mereka. Walaupun masih belum ada kenyataan rasmi mengenai Dream Parade ini, jika benar ia berlaku, pasti semua pengunjung termasuklah kita yang dah besar panjang ini tak sabar menantikannya pada waktu malam.
Setakat ini, begitulah rupa taman tema ini yang masih dalam proses pembinaan. Yang paling terawal dibuka adalah stor Fox World Studio pada 21 April lalu di tingkat kedua Sky Avenue, Genting. Bolehlah korang usha merchandise mereka.
* * * * *
Apa pun, kami berharap ia dapat dibuka menjelang suku kedua tahun 2019, seperti yang diramalkan pakar. Selain daripada di Malaysia, taman tema 20th Century Fox juga akan dibuka di Dubai dan Yeongjong Island, Korea Selatan.
P.S: Harga tiket masuk dijangka dijual sekitar RM150 seorang. Hhm, berbaloi ke tak?