Bagi pemilik rumah berkos rendah, biasanya jarang kita bertemu rumah yang nampak mewah dari luaran dan juga hiasan dalamannya. Ini kerana pada pendapat kita, pembelinya terdiri dari mereka yang terdiri dari golongan B40. Malah kebiasaannya rumah begini, kosnya tidak lebih dari RM100,000 (pada zaman kini dan harganya jauh lebih rendah suatu ketika dahulu).
Namun kalau itu ada di fikiran kita, ternyata kita salah. Inisiatif seorang individu, Ridzuan Samsudin yang membeli rumah subsale low cost jenis memanjang dan melakukan tranformasi ternyata menjadi viral dan ramai yang kagum dengan hasil ubah suai serta dekorasi di lakukan di rumah low costnya itu. Rumah ini memiliki tiga bilik tidur dan bilik air.
Difahamkan kos keseluruhan beliau mengubah suai adalah sebanyak RM71,000 termasuk pemasangan awning dan keseluruhan perabot di kediamannya.
Ramai pengguna seakan tidak percaya, hasilnya begitu mengagumkan dan mereka meminta nasihat darinya termasuk jenis cat digunakan, pembelian perabot di mana dan sebagainya. Dalam pengubahsuaian itu rumah sub sale low cost ini di ruang tamunya, berlaku pengubahsuaian di mana pintu dan tingkap asal dibuang dan digantikan dengan sliding door jenis empat pintu dan tambah empat kaki ke depan.
Kredit : FB Ridzuan Samsudin