Dua hari lalu, viral kisah seorang ayah meninggal dunia selepas menghantar anak sulungnya ke sekolah agama di SRA Jalan 6 Bangi. Arwah Mohd Idrus Ibrahim, 44 dikatakan mengalami serangan jantung dan kereta Viva yang dipandunya terbabas di bahu jalan dalam kejadian ini.
Ramai yang sayu saat melihat air mata Muhammad Adam Harith, 8 tahun yang berlinangan dengan pakaian sekolah agamanya. Lebih menyedihkan, arwah ayahnya meninggal hanya selepas beberapa minit menghantarnya ke sekolah agama. Dan dalam perjalanan balik ke rumah itulah, kurang dari 1 km dari sekolah, arwah menemui ajalnya.
Air matanya mengundang simpati netizen yang membaca kisah adik Adam ini
Adiknya langsung tidak sempat merasai kasih sayang ayah kerana baru empat hari dilahirkan ketika kejadian Isnin lalu
Lebih menambah rasa sedih, arwah baru saja menerima cahaya mata ke tiga, (ketiga-tiga anaknya lelaki) selain isterinya, Mas Suni Mat Hussin, 35 seorang golongan kurang upaya (cacat penglihatan) sepenuhnya.
REMAJA menghubungi isteri arwah, Mas Suni Mat Hussin, 35 yang kedengaran suaranya agak tenang menjawap setiap pertanyaan.
Mas Suni bertudung coklat tenang berkongsi detik akhir bersama arwah suami ketika dihubungi
Ads
Mengakui dia sihat dan harus kuat demi anak-anak yang masih kecil, cerita Mas Suni, arwah suaminya seperti sudah tahu ajalnya akan hadir.
“Arwah sudah mengemas rumah. Bersih seolah-olah dia tahu orang ramai akan datang menziarahinya. Begitu juga kain baju, semuanya sudah dibasuh dan dilipat kemas. Arwah suami juga sempat menggosak 10 pasang baju sekolah anak-anaknya, seolah-olah tahu itulah khidmat baktinya yang terakhir selain tidak mahu saya rasa penat,” katanya yang menetap di Kuarters Kerajaan Negeri, Seksyen 14 Bandar Baru Bangi.
Memaklumkan yang arwah suaminya tidak sempat mengucapkan kata-kata akhir kepadanya tetapi Mas Suni perasan, di akhir-akhir hayatnya ini, suaminya terlalu suka memanjakan semua kehendak anak-anaknya.
“Pantang anak nak makan apa, dia akan bawa mereka semua keluar. Makan dan minum dan minta apa saja. Tak ada bertangguh-tangguh pun. Arwah juga sempat menemankan saya di bilik bersalin untuk kelahiran ketiga,” katanya memaklumkan suaminya sampai semula ke Bangi pada malam Ahad dan mereka tidak sempat berkomunikasi,” katanya tenang.
Arwah diserang sakit jantung selepas beberapa minit menghantar anaknay Adam ke sekolah agama…
Ads
Kenderaannya terbabas selepas diserang sakit jantung
Mas Suni turut berkata, dia ada dihubungi oleh orang ramai tentang kemalangan menimpa suaminya itu dan dia segera memaklumkan kepada ustazah tempat anaknya belajar, bertanya sama ada Adam sudah sampai di sekolah atau belum.
“Anak kedua saya sudah bersekolah dalam darjah satu. Tapi baru ini dia terjatuh dan tangannya patah. Jadi cuma Adam saja dengan arwah ayahnya,” katanya memaklumkan, dia mengenali suaminya ketika mereka sama-sama bekerja di sebuah pejabat dan mengikat hubungan sebagai suami isteri tidak berapa lama selepas itu.
Ads
Mas Suni yang bekerja sebagai Penolong Pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat Batu 14, Hulu Langat berkata, dia harus kuat demi anak-anak.
“Adam ada bertanya tentang ayahnya. Dia tahu ayahnya sudah tiada kerana dia dibawa oleh gurunya ke lokasi kejadian di mana ayahnya sudah meninggal dunia,” katanya agak sebak.
Tabung Bantu Adik Adam
Dalam pada itu, guru sekolah di mana Adam belajar, SK Jalan 6 Bandar Baru Bangi, Ustaz Hasbullah Pusera yang juga Setiausaha PIBG sekolah ketika dihubungi berkata, semasa ziarah keluarga ini tadi, dia mengakui isteri arwah cukup tabah dan kuat dan mengharungi dugaan ini.
“Kami semua tidak menyangka kejadian ini. Isteri arwah ada menghubungi seorang ustazah bertanya Adam sudah sampai ke belum. Saya sendiri membawa mereka ke lokasi kejadian. Tetapi ketika itu, hanya ada kereta kerana sudah dibawa ke hospital,” katanya memaklumkan satu tabung telah diwujudkan bagi membantu Adam sekeluarga.
Bagi yang mahu membantu meringankan beban keluarga ini, boleh salurkan sumbangan atas nama PIBG SRK JALAN 6 di akaun 8002229004 (CIMB Bank) dan hantarkan slip sumbangan kepada Ustaz Hasbullah S/U PIBG SK Jalan 6 atau hubungi di talian 019-9101459.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penularan wabak COVID-19 khususnya di kawasan Sabah sedikit sebanyak memberikan kesan kepada negeri jiran iaitu Sarawak yang bersempadan.
Dalam memastikan dapat mengekang penularan wabak ini, satu peraturan baru dikuatkuasa diperkenalkan oleh kerajaan negeri Sarawak kepada negeri jiran iaitu Sabah dan Labuan.
Dalam peraturan baru ini, semua pelawat yang ingin memasuki Sarawak dari Sabah dan Labuan perlu memohon untuk memasuki negeri ini menggunakan aplikasi telefon pintar “𝐄𝐧𝐭𝐞𝐫𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤” 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐦𝐩𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 “𝐑𝐞𝐯𝐞𝐫𝐬𝐞 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐜𝐫𝐢𝐩𝐭 – 𝐏𝐨𝐥𝐲𝐦𝐞𝐫𝐚𝐬𝐞 𝐂𝐡𝐚𝐢𝐧 𝐑𝐞𝐚𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧” (𝐑𝐓-𝐏𝐂𝐑) 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧, berkuatkuasa HARI INI.
Peraturan ini adalah salah satu keputusan yang diambil berikutan peningkatan kes COVID-19 di Sabah sejak kebelakangan ini – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
Pas masuk terhad akan diberikan selama lima hari di Sarawak.
Mereka juga perlu melampirkan tiket penerbangan pulang (mereka bersama-sama pas masuk berkenaan).
Sementara itu, warga Sarawak, pemastautin tetap dan pemegang pas visa negeri ini yang merancang untuk melakukan perjalanan sama juga perlu melengkapkan butir permohonan mereka di aplikasi “EnterSarawak” dan menjalani kuarantin selama 14 hari.
Mereka juga perlu memakai gelang tangan serta menjalani ujian RT-PCR pada hari kedua dan ke-10 kepulangan mereka.
Kategori pelawat daripada tiga kategori ini perlu menjalani saringan RT-PCR setiap 14 hari dan kegagalan melakukannya akan mengakibatkan pembatalan pas itu.
Kecoh dunia automotif pada sejak 28 April lalu apabila Daihatsu Motor Co Ltd atau Daihatsu Jepun memaklumkan mengenai laporan pemalsuan ujian keselamatan oleh pihaknya.
Dedah Daihatsu, terdapat ‘ketidakaturan prosedur’ yang berlaku pada ujian yang dilakukan membabitkan empat buah model termasuklah Perodua Axia 2023.
Lantaran itu, Presiden dan ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) semalam telahpun membuka mulut untuk memberi jaminan bahawa pensijilan UN-R95 yang diterima oleh Perodua Axia model 2023 adalah sah dan diperakui walaupun kenyataan Daihatsu mendakwa sebaliknya.
Perodua Axia 2023.
Katanya, Daihatsu telah dilantik dan dipertanggungjawab oleh PERODUA untuk menjalankan ujian keselamatan bagi Perodua Axia Baharu di Jepun dan telah disaksikan oleh pihak berkuasa dan agensi yang relevan bagi tujuan penilaian pihak yang terbabit.
Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad menambah, pihaknya juga telah dihubungi oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) berikutan pendedahan ini dan model Axia 2023 akan menjalani ujian penilaian ciri keselamatan oleh MIROS.
“Sebaik sahaja kami menerima berita mengenai ‘ketidakaturan prosedur’ oleh Daihatsu, kami telah menghubungi pihak terbabit serta merta untuk mengenalpasti sama ada standard keselamatan Perodua Axia baharu turut terjejas atau sebaliknya.
“Perodua Axia Baharu adalah selamat untuk dipandu dan tiada panggilan semula akan dibuat oleh PERODUA.”
“Kami juga tidak akan menghentikan penghantaran kenderaan model baharu ini kepada pelanggan yang kami hargai,” ulasnya dalam kenyataan kepada pemberita kelmarin.
Reka bentuk dan ciri-ciri dalam Perodua Axia 2023.
Dalam pada itu, MIROS berkata pihaknya belum menerima sebarang aduan mengenai tahap keselamatan model baharu Axia itu daripada mana-mana pemilik kenderaan. Begitupun demi memuaskan hati semua pihak, MIROS akan melihat dakwaan tersebut dengan lebih teliti.
Terdahulu, REMAJA telah melaporkan semula petikan artikel daripada Reuters berkenaan dakwaan kononnya Daihatsu yang merupakan sekutu Toyota Motor Corporation telah memalsukan sebahagian daripada ujian keselamatan pelanggaran sisi pintu yang dijalankan untuk lebih 88,000 kereta bersaiz kecil.
Daripada jumlah tersebut, 11,800 buah merupakan daripada model Perodua Axia 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
i
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tibanya bulan Ramadhan yang mulia ini, tentulah umat Islam semua seronok dan berkobar-kobar nak meningkatkan amal ibadah.
Sebagai seorang muslim, meninggalkan puasa dengan sengaja, tanpa sebarang keuzuran adalah berdosa besar.
Wanita antara golongan yang berdepan tempoh waktu uzur ketika bulan puasa kerana kedatangan haid. Oleh itu, terdapat keraguan mengenai uzur dan puasa.
#RemajaDengarKata bersama PU Amin baru-baru ini ada mendapat persoalan yang sering membayangi segelintir gadis atau wanita. Iaitu bagaimana niat sebulan puasa jika period dan apa hukum puasa bagi yang uzur lebih 15 hari dan terbatalkah niat sebulan jika korang didatangi darah haid.
Menjawap persoalan ini secara live di Instagram majalah Remaja , PU Amin menjelaskan bahawa wajib membaca niat semula jika datang haid atau keuzuran walaupun sudah membaca niat puasa untuk sebulan. Namun, lebih afdal jika mampu lafaz niat setiap malam dan pagi itu adalah lebih baik.
Manakala untuk soalan kedua pula, PU Amin menjelaskan mengikut daripada keadaan orang yang normal darah haid hanya 7 hingga 15 hari sahaja. Lebih dari 15 hari digelar sebagai darah penyakit iaitu darah istihadah. Istihadah ini tidak sama dengan hadi jadi dia boleh melakukan puasa dengan mencuci bahagian kemaluan, dan juga melakukan solat dan sebagainya. Jadi hanya perlu mencuci kemaluan dan bahagian badan lain sahaja supaya tiada kekotoran yang melekat.
Jadi diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua dan marilah berdoa agar kita diberikan kefahaman yang baik dalam beragama.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini...