Rumah Tangga Taeyang Big Bang Bergoncang? Ini Respon Isterinya, Min Hyo Rin

Share

Sejak akhir Oktober lalu, pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga ahli kumpulan Big Bang, Taeyang dan isterinya, Min Hyo Rin yang bertebaran.

Ini setelah Taeyang, 34 memadamkan atau menyembunyikan semua hantarannya di akaun Instagram pada 26 Oktober lalu tanpa sebarang sebab serta menukar foto profilnya menjadi hitam. Ia mencetuskan tanda tanya kerana Taeyang merupakan salah seorang idola K-pop yang rajin berinteraksi dengan peminat menerusi media sosial.

Lebih menghangatkan situasi adalah apabila teman Big Bang-nya, G-Dragon juga dilihat tidak lagi berkawan dengan Hyo Rin di Instagram biarpun mereka bertiga berkawan akrab sebelum ini di luar.

Cuma, spekulasi kedua itu tidaklah kukuh mana memandangkan G-Dragon mempunyai akaun Instagram peribadinya yang hanya dikongsikan kepada keluarga dan teman rapat.

Setelah tujuh minggu tanpa khabar di Instagram, akhirnya Hyo Rin pada hujung minggu lalu telahpun ‘membuka mulut’ mengenai perkembangan terbarunya.

Menerusi tiga hantaran swafoto baharunya, pelakon drama Persevere, Goo Hae Ra itu tampil anggun dan comel dalam beberapa busana di lokasi berbeza.

Ia termasuklah foto Hyo Rin dalam gaun kuning, jaket berwarna putih dan seluar jingga terang. Hantaran terbaru secara bersiri ini sekaligus menepis sebarang dakwaan kononnya Hyo Rin sedang bersedih.

Begitupun, foto bersiri ini masih tidak menjawab persoalan sama ada rumah tangganya dengan Taeyang benar-benar sedang bergoncang.

Terdahulu, pasangan tersebut bertemu untuk kali pertama sewaktu penggambaran video muzik 1AM oleh Big Bang dan langsung menjalinkan perhubungan secara low profile sehinggalah detik majlis perkahwinan pada Februari 2018. Mereka dikurniakan seorang putera sulung pada 6 Disember 2021.

ARTIKEL BERKAITAN : Ambil Pereka Set Filem Twilight, Ini 5 Lagi Fakta Menarik Tentang Perkahwinan Taeyang & Hyorin – REMAJA

Sejak hubungan mereka diketahui oleh umum, ramai peminat tampil mengidolakan mereka sebagai pasangan serasi. Sekiranya benar hubungan mereka sedang berentakan, tentunya ramai yang akan bersedih dengan perkhabaran ini.

Gosip hubungan Taeyang dan Hyo Rin ini juga sedikit sebanyak mencemaskan peminat Big Bang memandangkan grup itu sedang dalam proses melancarkan album terbaru berjudul Spring Summer Autum Winter pada bulan April 2023.

Adakah isu perhubungan akan menganggu jadual pelancaran tersebut?

BACA LAGI : 12 Selebriti Kpop Yang Mungkin Korang Tak Tahu Sebenarnya Pelajar Cemerlang – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ