Mekap adalah alat magik terbaik untuk menutup segala cela di wajah. Muka yang ‘biasa-biasa’ pun boleh berubah artis dengan bantuan mekap.
Lihat bagaimana teknik mekap boleh membantu korang mendapatkan wajah runcing.
ARTIKEL BERKAITAN : Runcingkan Dagu Dengan 7 Teknik, Tak Perlu Modal Hilangkan Lemak Ini
Mainan Warna
Adunan rona gelap yang melunturkan solekan manakala rona cerah pula akan menonjolkan solekan. Gunakan konsep ini untuk mencipta wajah yang runcing daripada sebenar. Cuba adunkan warna kontur atau matte bronzer satu atau dua rona lebih gelap daripada warna kulit dan highlighter dengan rona yang lebih cerah daripada warna kulit.
Korang bebas untuk memilih tekstur krim atau serbuk mengikut jenis kulit atau kombinasi di antara keduanya. Namun, apa juga formula yang dipilih pastikan menggunakan berus khusus untuk mengadunkan solekan tersebut.
CIPTA ILUSI
Teknik utama yang perlu dipelajari untuk mencipta ilusi pipi yang runcing ialah dengan aplikasi kontur dari daerah tengah pipi membawa ke hujung telinga. Ketika mahu membuat kontur ini buat ekspresi wajah ‘fish face’ untuk mengetahui kedudukan sebenar teknik ini perlu dilakukan.
Bila sudah berjumpa dengan tempat yang betul, adunkan kontur dengan berus menjadi sempurna. Lebih tinggi peletakan kontur ini lebih tajam tulang pipi anda akan kelihatan. Akhiri dengan menyapu highlighter sepanjang tulang pipi yang akan membantu menyerlahkan teknik kontur tadi.
HIDUNG MANCUNG
Teknik solekan kontur benar-benar telah membuat pipi kelihatan lebih runcing atau kurus daripada pipi yang asal. Apabila pipi sudah sempurna bentuk hidung pula perlu diperindah. Bagi mencipta hidung yang lebih sempurna sapu contouring powder di kiri dan kanan tulang hidung.
Berhenti pada lubang hidung kemudian adunkan highlighter
menghala ke luar batang hidung dalam arah vertikal demi mencipta hidung yang lebih mancung.KECILKAN RAHANG
Solekan merupakan solusi penting mengatasi setiap kekurangan yang tercipta pada wajah. Rahang yang besar boleh dikecilkan dengan teknik yang betul. Sebenarnya mudah sahaja untuk mengecilkan rahang melalui solekan iaitu dengan aplikasi bronzer.
Sapukan bronzer sepanjang garis rahang dan adunkan untuk mencipta bentuk rahang yang diinginkan. Teknik ini juga sangat penting jika anda mahu menyembunyikan dagu berlapis pada setiap potret yang dirakam.
ATURAN MATA DAN BIBIR
Bibir yang penuh mempertegaskan wajah bulat namun, mata yang besar melalui solekan mampu mencipta wajah yang lebih kecil secara perbandingan. Jadi, cuba bermain dengan pengalit mata, pembayang mata dan maskara serta lipstik natural atau hanya pelembap bibir sahaja.
PEMBAYANG MATA
Kuasa pembayang mata begitu penting dalam setiap solekan. Cipta pembayang mata dengan lengkung yang lebih jelas membantu menyeimbangkan bentuk wajah bulat secara vertikal. Secara praktikalnya lakarkan pembayang mata dalam aturan dari kelopak mata ke atas sehingga kening.
HIGHLIGHTING
Bermain dengan teknik highlighting demi mencipta keseimbangan dan ilusi runcing pada wajah. Mula dengan bermain highlighting di tengah-tengah wajah dan di antara kening, sisi hidung, atas bibir dan tengah-tengah dagu. Jangan lupa pula di dahi, adun rona kontur menghala ke kepala dan sekitar garisan anak rambut untuk menekankan struktur tulang dahi.
BACA LAGI : Wajah Berubah Runcing Macam Buat Pembedahan Dengan Urutan Batu Gua Sha, Ini 5 Caranya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.