Runner Food Panda Temui Ajal Ketika Hantar Makanan Berbuka Dipesan Pelanggan

Share

Dalam berusaha mencari rezeki halal untuk menampung perbelanjaan harian, usaha seorang remaja Muhammad Zaim Bin Azman, 21 yang bekerja sebagai runner di Food Panda berakhir apabila arwah menemui maut dilanggar sebuah kereta ketika keluar dari simpang di Jalan Meru, Klang.

Lebih menyayat hati, arwah biasanya menghantar makanan kepada penduduk di sekitar Kuala Selangor sahaja tetapi memandangkan penghantaran di kawasan tersebut tidak sebanyak mana, arwah pergi lebih jauh iaitu di kawasan Klang, Selangor yang mempunyai permintaan lebih tinggi.

Ternyata, usaha dan perjalannnya terhenti apabila menemui ajal dilanggar sebuah kereta ketika keluar dari simpang yang mana ada lori rosak yang menghadang pandanganya.

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Moga Allah tempatkan dirinya di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Bacalah perkongsian dari fb Mr Wan Chai Official ini.

Kes kematian yang tidak sempat saya update melibatkan runner food panda.

Sebelum ini kami pernah uruskan jenazah runner grab food.

Kali ini jenazah runner food panda.

Jenazah runner food panda tersebut bernama arwah muhammad zaim bin azman.

Berumur 21 tahun.

Ketika urus jenazah ini tadi kami juga sedang menguruskan jenazah warga indonesia.

Oleh kerana main power tidak cukup petang tadi kes kematian berkaitan runner food panda ini tidak sempat saya post di page.

Selesai solat terawih baru saya berkesempatan untuk kongsikan kepada anda.

Petang tadi kami terpaksa berpecah kepada 3 team.

Sudah la rakan rakan yang bertugas tidak ramai.

Masing masing rakan saya sibuk berkerja menunaikan tanggungjawab mencari rezeki.

Jadi keadaan agak sedikit kalut apabila 2 kes kematian datang serentak.

Dengan nak edar makanan dan minuman untuk berbuka kepada golongan sasaran lagi.

Jadi oleh kerana tidak ramai yang bertugas saya pecahkan tiga team untuk membahagi tugas.

Satu team urus jenazah runner food panda.

Satu team lagi urus jenazah warga indonesia.

Manakala team ketiga di beri tugasan untuk bantu edar makanan dan minuman berbuka puasa untuk 50 orang golongan sasaran.

Walaupun agak terkejar kejar dengan 3 tugasan serentak tetapi semua tugasan yang di pikul dapat di laksanakan sebaik mungkin.

Berbalik tentang kes food panda tadi.

Rakan-rakan sekerja turut sama membantu menguruskan jenazahnya

Arwah terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan untuk menghantar makanan ke jalan meru.

Setiba di jalan yang di lalui oleh arwah.

Ada satu kereta yang hendak keluar dari simpang di jalan utama yang di lalui oleh arwah.

Kebetulan di bahu jalan yang sama ada sebuah lori sampah yang di letakkan kerana mengalami kerosakan.

Oleh kerana terlindung pandangan di sebab kan lori sampah tersebut.

Pemandu kereta itu terus keluar dari simpang dan ketika itu lah arwah melanggar motosikal yang sedang di tunggang oleh arwah di laluan utama.

Arwah pula mungkin tidak nampak kereta yang hendak keluar dari simpang tersebut kerana terlindung dengan lori yang di letakkan di bahu jalan.

Motor yang arwah pandu terus berlanggar dengan kereta yang sudah pun keluar dari simpang tersebut.

Lebih menyedihkan lagi apabila arwah terus meninggal dunia selepas kemalangan itu berlaku.

Dari apa yang di kongsikan oleh rakan rakan food panda.

Sebelum ini arwah hanya menjadi runner untuk di sekitar kuala selangor.

Oleh kerana kurang pelanggan arwah telah pergi jauh dari kawasan tempat biasa dari beroperasi.

Arwah memilih sekitar setia alam,meru dan kawasan berdekatan kerana di situ tempahan untuk menghantar makanan lebih banyak.

Kalau di ikutkan kuala selangor ke setia alam perjalanan agak jauh.

Sekitar 30 ke 40 minit saya anggarkan.

Tetapi demi untuk mencari rezeki.

Arwah sanggup merentasi jalan berpuluh kilometer pergi dan balik semata mata untuk menambah pendapatan di bulan ramadhan.

Namun pada pendapat saya.

Apa yang berlaku di hari terakhir sebelum arwah meninggal dunia.

Itu hanya lah asbab kepada kematiannya.

Sewaktu van ukvj-02 tiba di kawasan tanjung karang.

Kelihatan puluhan motor dengan memakai baju food panda sedang menunggu ketibaan jenazah rakan seperjuangan mereka.

Sebagai tanda hormat mengiringi perjalanan terakhir kepada jenazah rakan mereka itu.

Jelas terpancar semangat brotherhood sebagai runner food panda.

Mereka iring dari kuala selangor sehingga ke tanah perkuburan perkuburan islam parit 9 baroh,kariah masjid as saidiah pasir panjang sekinchan.

Ketika jenazah melalui proses mandi dan kafan di bilik wakaf.

Ada kesan kecederaan di kaki arwah.

Kaki kiri arwah patah akibat dari perlanggaran kuat dengan kereta tersebut.

Tetapi kesan hentakan kuat di kepala saya rasa menjadi punca kepada kematiannya.

Jenazah arwah juga telah melalui proses bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar arwah meninggal dunia.

Malah kes kemalangan tersebut sedang dalam siasatan pihak polis.

Harapnya kematian arwah yang juga anak harapan kepada keluarganya mendapat pembelaan.

Kepada anda jika menggunakan khidmat runner tidak kisah runner apa sekalipun.

Nasihat saya jangan terlalu berkira dengan caj yang perlu anda bayar kepada seorang runner.

Mereka mencari rezeki dengan pertaruhkan nyawa mereka sendiri.

Rezeki mereka di berada di atas jalan.

Dan mereka mencari rezeki bukan untuk menjadi kaya.

Demi untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Kalau caj yang di bayar kepada mereka sebolehnya jangan terlalu berkira.

Perlu lah kita ingat.

Mereka yang berkerja sebagai runner hanya menerima upah dengan nilai rm3.00,rm5.00 atau rm10.00 ringgit setiap kali anda memesan makanan.

Tetapi mungkin anda tidak tahu itu lah nilai harga bagi 1 nyawa yang perlu di pertaruhkan di atas jalanraya setiap kali mereka menghantar makanan kepada anda.

Beri lah lebih sedikit duit itu dan anggap ianya sebagai sedekah.

“Ini kerana sedekah tidak akan membuatkan kita jatuh miskin”

Keluar mereka dari rumah bukan mencari rezeki untuk bermewah.

Pulangnya mereka semula kepada keluarga belum tentu bernyawa lagi.

Apa yang saya katakan sudah pun terbukti.

Hari ini hanya sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa lagi di bawa pulang oleh kami ke pangkuan keluarganya..

Apapun salam takziah buat ahli keluarga arwah.

Mari lah kita sedekah kan al-fatihah buat arwah Muhammad Zaim Bin Azman.

Al-fatihah!

Published by
Almaswa Haji Che Ros