Di penghujung bulan Ramadan ini pastinya kita memperbanyakkan amalan kepada Allah SWT. Bulan penuh barakah ini juga adalah ujian buat setiap hambaNya. Tidak sekadar menahan lapar dan dahaga.
Sejak semalam viral di media sosial luahan hati seorang runner dikenali sebagai Hairul Nizam yang membuat kerja bagi kawasan Cheras dan Ampang Food Delivery.
Mengakui disebabkan terlalu mempercayai customer, beliau mendahulukan pembelian barangan menggunakan wangnya sendiri. Sebelum pembelian dilakukan, nampak customer seperti baik malah budi bahasanya nampak tinggi ketika berurusan dengan beliau. Malangnya selepas semua barangan siap dibeli, beri alasan internet perlahan dan akan bank in kemudian. Namun akhirnya apa ditakuti terus block nombor runner.
Namun apa yang buat lebih terharu, runner ini siap menghalalkan semua barangan dibelinya kerana khuatir customer menderita di akhirat kelak kerana menipu. Baca luahan hatinya. Apa yang pasti, jangan kita selalu aniaya orang, hidup memang tak selamat.
Assalamualaikum..
Ada cerita nak dikongsikan sikit. Apa pun salah sendiri sebab terlampau mempercayai seseorang dan diambil kesempatan di bulan mulia nie. ALLAH, saya tak ade la nak aibkan siapa-siapa. Cuma ambil pengajaran dan iktibar apa yang terjadi.
First sekali. Saya pernah update kat group nie mengenai saya ada buat runner untuk sesiapa yang memerlukan. Sebab PKPkan, so niat cuma nak membantu dan memudahkan urusan orang lain.
Terima kasih, alhamdulillah rezeki itu luas. Ramai yang guna khidmat saya dalam group nie sepanjang dekat sebulan lepas saya post kat sini. Ada la 30-40 org yang dah saya bantu dan ada yang repeat guna khidmat saya.
Saya hargai dan terima kasih sangat-sangat. Saya suka dengan kerja saya nie dan saya puas dapat tolong orang. Soal upah saya tak kisah pun dan tak pernah meminta. Seronok bila tolong orang. Rasa puas walau pun penat, alhamdulillah.
Cuma ape yang terjadi hari nie, saya terkilan dan sedih la sikit. Soal duit tu tak kisah, boleh dicari. Tapi jangan la sampai menipu. Siapa yang pernah berurusan dengan saya tu tahu la saya mcm mana. Memang boleh ambil kesempatan juga tapi manusiakan. Tak sangka la di bulan mulia nie, ada yang tak jujur. Apa pun silap saya sendiri, he he he.
Cuma nak pesan pada runner or seller yang lain lepas nie, kalau boleh deal la betul-betul. Jangan la jadi macam saya , saya pun ambil pengajaran apa yang jadi.
Allah banyak pulak membebelnya. Akhir kata dari saya untuk customer yang tipu saya. Saya tahu dia ada dalam group nie sebab dia dapat pun mesti dari post saya yang sebelum ini.
Untuk akak yang tanpa nama tu, saya HALALkan penat dan duit saya tu untuk akak sekeluarga sebab makanankan. Saya harap akak berubah. Kot kalau tak cukup duit, jangan la buat macam nie. Insan yang teraniaya kalau dia tak memaafkan. Penat akak nak mencari dia nanti. Oh ya, tq pada yang dah guna khidmat saya sebelum nie. Minta halal terlebih or terkurang ya semua. Selamat berpuasa dan selamat hari raya. Walau pun tak meriah raya tahun nie , AHAHHA. Ok sekian.