Hiburan

Running Man Bertahan Selepas 14 Tahun! Raikan Pelakon, Ji Ye Eun Sebagai Ahli Tetap Baharu

Share

Pengarah merangkap penerbit rancangan berbentuk ‘variety’ popular Korea Selatan, Running Man mengesahkan kemasukan pelakon, Ji Ye Eun sebagai ahli terbaru program tersebut pada Isnin.

Choi Hyung mengumumkannya sewaktu temubual dalam talian bersama OSEN setelah pelakon tersebut terlebih dahulu berkongsi berita baik itu menerusi akaun media sosial, sehari sebelum.

Pelakon, Ji Ye Eun kerap menyertai program Running Man sebagai ahli jemputan sehinggakan warganet menganggapnya sebagai ahli tetap selama ini.

“Kami tidak menggunakan terma ‘ahli rasmi’ dalam sari kata program. Dia (Ye Eun) menyertai secara semulajadi.

“Jika anda menonton (Running Man), ramai yang bertanya sekiranya Ji Ye Eun merupakan ahli tetap rancangan ini atau tidak dan ramai yang tertanya-tanya. Saya rasakan okay untuk situasi ini menjadi aturan jangka masa panjang, jadi anda boleh menganggap Ye Eun sebagai ahli tetap (Running Man) sekarang,” kata Choi Hyung.

Terlebih dahulu, seorang lagi pelakon K-drama iaitu Jeon So Min pernah menyertai Running Man sebagai ahli tetap namu memilih untuk meninggalkan program itu pada November 2023. Song Ji Hyo kekal sebagai satu-satunya ahli tetap wanita sehinggalah kehadiran Ji Ye Eun.

BACA: Selepas 6 Tahun Hiburkan Penonton, Jeon So Min Umum Tinggalkan Running Man – Remaja

Rata-rata peminat setia program itu sepanjang 14 tahun ia keudara menerima baik karakter dan personaliti Ye Eun. Begitu juga dengan daya chemistry yang segera tercetus di antaranya dengan ahli tetap lain seperti Ji Hyo, Haha, Ji Suk Jin dan Yang Se Chan.

Sambil itu, Choi Hyung memesan agar warganet berhati-hati dalam memberikan komen mengenai prestasi Ye Eun dan fokus kepada pandangan positif sahaja. Ini memandangkan beliau tahu pelakon itu seorang yang aktif membaca komen melibatkannya di media sosial.

BACA: Lebih 1 Dekad Bersama ‘Running Man’, Lee Kwang Soo Akhirnya Umum Tarik Diri! – Remaja

SUMBER: (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

Published by
FZ