‘Rupa Boleh Jadi Hero, Belajar Lagi & U can Make It’, Michael Ang Puji Alif Muhaimin Di IG

Share

Kalau korang sedang mengikuti Mega Drama yang kini sedang bersiaran di Astro Ria dan Ria HD, sudah tentu korang perasan lakonan Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin yang membawa watak sebagai Roslan dalam Setelah Terlafaznya Akad.

Ini merupakan projek drama terbarunya selepas membintangi Tak Ada Cinta Sepertimu gandingan bersama Syafiq Kyle dan Zahirah McWilson.

Sebagai pendatang baru, Alif tidak mensia-siakan peluang yang ada dan dia lebih banyak pelajar daripada pelakon-pelakon lain untuk memperbaiki hasil lakonannya kerana nampaknya bakat Hero Remaja 2017 ini semakin dilihat oleh penggiat-penggiat drama di negara kita.

Mana tidaknya, Michael Ang selaku pengarah drama Setelah tersebut turut memuat naik satu posting di laman instagramnya mengatakan bahawa Alif mempunyai rupa untuk menjadi hero satu hari nanti.

“Alhamdulillah, drama Setelah Terlafaznya Akad dah pun disiarkan di kaca TV dan ini merupakan antara impian Alif untuk bekerjasama bersama pengarah hebat seperti Michael Ang. Bila dapat peluang macam ni rasa seperti mimpi jadi kenyataan,”

“Dengan posting yang dibuat itu juga menjadikan Alif lebih bersemangat untuk pergi lebih jauh dalam bidang lakonan ini dan sudah tentu Alif rasa sangat bersyukur dengan penghargaan yang diberi olehnya,” jelasnya.

Respon positif

Bukan hanya mendapat kata-kata semangat dan dorongan daripada pengarah hebat itu, penonton yang menyaksikan drama Setelah Terlafaznya Akad itu juga turut memberi pujian atas lakonan dalam drama tersebut.

“Bila baca respon dari orang ramai, Alhamdulillah rata-rata daripada mereka memberikan komen yang sangat positif. Mereka semua menyokong dan percaya akan lakonan saya dan itu yang memberi kepuasan buat Alif setelah beberapa bulan berhempas pulas menghabiskan penggambaran drama ini,”

Wah, tak sabar kami nak lihat Alif jadi hero lepas ni. Semoga terus berjaya dalam bidang lakonan dan tidak mensia-siakan peluang yang ada.

Keep it up bro!

Published by
Noor Ain Norman