Hiburan

Rupanya Bawah Satu Pengurusan, Ayda Jebat Marah Lihat Video Ahli SMDX Tidak Kenal Dolla

Share

Video tular yang dipetik daripada sesi siaran langsung di aplikasi TikTok baru-baru ini membabitkan anggota kumpulan SMDX telah mencetuskan sensasi. Anggota SMDX yang dimaksudkan iaitu Elle Thong mendakwa dirinya tidak mengenali kumpulan Dolla.

Dek kenyataan itu, rata-rata warganet tidak dapat menerima sikap angkuh yang dipamerkan Elle itu biarpun usia mereka masih mentah dalam industri hiburan tanah air setelah baru sahaja meluncurkan single pertama.

Anggota kumpulan SMDX, Elle Thong.

Malah, ramai mengkritik semula kumpulan SMDX yang kewujudannya masih belum diketahui terutamanya dalam kalangan peminat di Semenanjung.

Siapa sangka, SMDX bukanlah kumpulan yang muncul secara tiba-tiba tetapi ia telah ditubuhkan oleh syarikat pengurusan berpengalaman yang turut menguruskan penyanyi popular seperti Ayda Jebat.

REMAJA berkesempatan menemui Ayda setelah tamat konsert minggu ketiga program The Hardest Singing Show bagi bertanyakan pandangannya mengenai kontroversi berkenaan.

Ayda Jebat

“Saya rasa ramai yang tidak tahu, SMDX ini ditubuhkan oleh syarikat pengurusan saya, XENO. Jadi, SMDX ini diletak di bawah XIBO iaitu bagi artis-artis Borneo. Saya tidak pernah berjumpa mereka tetapi apabila mereka di bawah syarikat pengurusan saya, saya rasa mereka ada famili. Adik saya.

“Bila jadi hal itu, secara jujurnya saya marah. Saya terus tanya di dalam grup, ‘Tolong jangan cakap ini budak XENO. I am so angry’. Mereka respon dan mengesahkan ya (SMDX di bawah syarikat pengurusan mereka),” katanya yang cemerlang di konsert minggu ketiga setelah mempersembahkan dua buah lagu Bollywood, Chaiya Chaiya dan Shava Shava bersama Datuk AC Mizal.

Tambah Ayda lagi, sebagai penyanyi yang terlebih dahulu telah menelan asam garam industri seni, dirinya tidak keberatan untuk ‘terbang’ ke Sabah sekiranya dia dan kumpulan SMDX berkelapangan.

Ayda percaya, perbualan di antara ‘kakak dan adik’ perlu dilakukan secara berhadapan bagi mengelakkan salah faham.

Kumpulan SMDX

“Saya benar-benar ingin bercakap dengan mereka. Isu ini tidaklah begitu serius tetapi kedua-dua kumpulan ada peminat masing-masing. Of course, saya sukakan Dolla. Mereka rakan-rakan saya dan mempunyai peminat yang sangat kuat.

“Sebagai ‘Kak Long’ daripada XENO, saya rasakan tindakan yang dibuat oleh salah seorang ahli itu tidak manis. Mungkin dia belum diajar lagi cara untuk bercakap.

“Bagi saya, kita bagi dia peluang tetapi dia kena sedar itu adalah satu kesilapan. Ini bukanlah masanya untuk mereka tular disebabkan hal sebegini,” tegas Ayda.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lebih Meriah, Lebih Bagus….” – Tabby DOLLA Mahu Lebih Banyak ‘Girl Group’ Maju Ke Hadapan – REMAJA

Bagus bila adanya penyanyi lebih senior seperti Ayda Jebat yang mengambil berat terhadap adik-adik yang baru ingin bertatih sebagai penyanyi.

BACA LAGI: “Keputusan Paling Sukar Demi Kelangsungan Hidup”, Syasya Bekas Anggota Dolla Mohon Doakan Yang Terbaik – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ