Rupanya Israel Sendiri Pernah Larang Atlet Paralimpik Palestin Hadiri Pra Olimpik 2012

Share

Tuduh Malaysia teruk, rupanya pada 2012, Israel pernah menghalang seorang atlet paralimpik Palestin iaitu Khamis Zakout untuk hadir ke program sambutan pra Olimpik London 2012.

Alasan dari rejim zionis yang tiada bernegara ini  adalah atas dasar keselamatan.

Erm, apa agaknya ya yang mampu dibuat oleh seorang lelaki yang kakinya lumpuh bagi melawan tentera Israel yang jumlahnya berpuluh ribu orang?

Atlet Palestine ini pernah dihalang menghadiri perayaan pra Olimpik 2012 oleh Israel di Jurusalem atas alasan keselamatan.

Zakout berkata, dirinya dijemput bersama lima lagi atlet Palestine Palestin untuk perayaan pra Olimpik di Jurusalem dan bandar Ramallah di Tebing Barat tetapi dia satu-satunya atlet dilarang menghadirinya.

Atlet berusia 47 tahun ini menyertai acara merejam lembing dan menembak ini mengalami lumpuh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 1992 ketika bekerja di Israel sebelum ini.

Hokay, inilah namanya mengaku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Jadi REMAJA ingin mengucapkan tahniah kepada angkatan netizen Malaysia yang secara konsisten membawang Israel sehingga memaksa mereka menutup ruang komen sebelum ini.

Begitu juga dengan laman web Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) yang turut menerima tempias selepas memutuskan untuk melucutkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang bakal dianjurkan di Kuching, Sarawak 29 Julai hingga 4 Ogos ini atas alasan Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Dalam Negeri gagal memberi jaminan diperlukan perenang para Israel untuk menyertai kejohanan, bebas dari diskriminasi dan selamat dalam kejohanan.

Israel tuduh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir sebagai anti-semitisme ekoran ketegasan beliau tentang penyertaan atlet paralimpik dari Israel.

Jelas IPC, semua Kejohanan Dunia perlu terbuka kepada semua atlet dan negara yang layak untuk bersaing dengan selamat dan bebas daripada diskriminasi.

“Apabila negara tuan rumah tidak memasukkan atlet dari negara tertentu, atas alasan politik, pihaknya sama sekali tiada pilihan kecuali mencari tuan rumah baharu bagi kejohanan itu.

“Pergerakan Paralimpik sentiasa akan diteruskan, didorong oleh keinginan untuk memacu kemasukan, bukan pengecualian. Tidak kira negara yang terbabit dalam perkara ini, IPC akan mengambil keputusan sama dalam situasinya sama walaupun negara berbeza,” memetik kenyataan itu.

Jadi tak adalah alasan nak tuduh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebagai anti-semitisme melampau kerana Israel lebih jauh melampau sebelum ini.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros