Kredit foto (Gambar Sekadar Hiasan): Adik beradik Melvin

 

Hubungan adik-beradik ibarat isi dan kuku.

Kita dilahirkan dari perut ibu yang sama. Membesar bersama-sama, ada suka dan duka. Tapi itulah kenangan yang paling manis untuk kita kenang bila masing-masing semakin meningkat dewasa.

Dalam masyarakat, kita dapat melihat ada hubungan adik-beradik yang amat rapat sesama mereka sehinggakan mereka akan terkesan tidak dapat bertemu sepanjang tempoh pandemik ini. Namun, tidak kurang juga ada adik-beradik yang berantakan atau bergaduh terutamanya disebabkan soal harta, tanggungjawab sebagai anak dan sebagainya.

Untuk pengetahuan, sekiranya pergaduhan tercetus di antara adik-beradik, telah hilang rahmat Allah dalam keluarga itu. Sebab itulah penting untuk kita menjag hubungan ini sebaik mungkin.

Ads

Dalam bab rezeki, tentunya ada adik, abang atau kakak kita yang mungkin mempunyai lebih rezekinya berbanding yang lain.

Sekiranya kita lihat ada adik-beradik sendiri yang lebih susah sedikit, bantulah mereka dengan rezeki yang Allah telah berikan. Kata Rasullah SAW, sebaik-baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yang terdekat.

Jika Kita Suka Sedekah Kepada Adik-Beradik, Hidup Akan Lebih Kaya-Raya
Contoh hubungan adik-beradik yang akrab di antara Syatilla, Syifa, Syifa & Syafiqah membawa kepada kejayaan dalam jenama perniagaan sendiri.

Menerusi perkongsian di Facebook Majlis Ilmu, ia menceritakan kisah seorang jutawan yang dahulunya yang pernah ‘berkira’ dalam soal membantu adik-beradiknya tapi apabila Allah berikan hidayah selepas beliau belajar tentang agama dengan lebih mendalam, ternyata suatu keajaiban terjadi.

Ads

“Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di Bangi. Saya tak nak tag nama dia yang sebenar, kita panggil dia Haris. Baru umur 40 lebih tapi sudah kaya-raya. Rumah besar. Suka bantu orang. Banyak bagi pendapat dan bantu saya.

“Dia pernah berkata, ‘Khalil, saya dulu agak berkira dengan adik-beradik walauoun saya kaya. Tapi bila dah kenal agama sikit-sikit ni, hidup saya berubah banyak. Saya banyak bantu adik beradik. Rupa-rupanya Allah bagi lagi banyak pada saya bila saya muka tidak berkira dengan mereka. Jadi Khalil, kalau ada adik-beradik susah bantulah mereka. Tengoklah Allah bagi rezeki dekat kita melimpah-ruah.’

“Terus teringat kata-kata seorang ustaz yang berbunyi, ‘Salah satu punca hidup kita sempit, susah disebabkan putus hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga.”

Ads

“Sedih lihat ada adik- beradik yang tidak bertegur-sapa bertahun-tahuh. Sebenarnya kalau kita pergi minta maaf dengan mereka walaupun kita tak salah, Allah akan tinggikan darjat kita. Tak hina pun orang yang meminta maaf.

“Ustaz saya kata, ‘Jika kita cepat maafkan orang di dunia, Allah mudah maafkan kita di akhirat nanti.’

“Ya Allah. Rapatkanlah hubungan kami adik-beradik. Rahmatilah kami adik-beradik. Ampunilah dosa kami adik-beradik..”

So guys, sayangilah mereka selagi mereka masih ada dengan kita ya.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI