Ramai pelajar universiti mengadu susah mencapai pointer 4.0 ketika peperiksaan akhir semester. Kata mereka, hanya pelajar benar-benar bijak saja yang boleh melakukannya. Pelajar di universiti amat maklum, penerima anugerah dekan adalah mereka yang memperoleh pointer yang tinggi sahaja.
Remaja berkongsi kisah kejayaan Salwa Mohd Azman, 21 tahun, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian) Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagaimana dia memperoleh 4.0 Flat bagi ujian semester 2 yang lalu. Bukan sekali tetapi sudah dua kali Salwa menerima anugerah dekan. Pada semester pertama, dia memperoleh pointer 3.7.
Salwa peroleh A dalam kesemua mata pelajaran dan memperoleh 4.0 flat
Ini keputusan peperiksaannya semasa semester 1, pointernya 3.7
Salwa memperoleh kesemua gred A bagi 6 mata pelajaran diambilnya iaitu Study Circle 2 (Sister), Introduction To Political Science, Reflections On Prophetic History, Islam Aqidah, Islamic Ethics dan Introduction To Sociology . Memang lagend dan superb la pencapaiannya inikan.
Nak tahu apa rahsia belajarnya? Mana tahu caranya belajar boleh dijadikan perkongsian dan panduan buat rakan pelajar yang lain. Cara setiap orang memang tidak sama kerana manusia itu dilahirkan berbeza-beza. Tapi 6 teknik ini amat berkesan kepada dirinya semasa di tahun 1 pengajian.
Salwa kongsikan 6 tips belajar caranya sehingga berjaya peroleh 4.0 flat dalam ujian semester 2 yang lalu
Pertamanya, kata Salwa, dia TIDAK SALIN NOTA ketika pensyarah menyampaikan kuliah. Dia hanya mendengar dengan penuh tekun.
Ads
Salah satu sebab dia berbuat demikian kerana Salwa akui dia tidak boleh buat kerja 2 dalam 1. Maksudnya mendengar dan masa yang sama menulis. Katanya kalau dia menulis dia akan terlepas apa yang pensyarah cakapkan. Dia cuma tumpu pada satu perkara saja.
Mengakui sifat manusia itu pelupa, kata Salwa sebelah malam, biasanya dia akan refer buku rujukan tentang apa yang pensyarah ajarkan siang tadi. Ini menjadikannya lebih pengingat.
Keduanya, Salwa akui dia tidak akan mengulangkali pelajaran pada sebelah pagi dan petang. Dia hanya BELAJAR SELEPAS ISYAK.
“Biasanya kalau ada kuiz, saya akan salin nota lebih kurang setengah jam. Kalau tak ada kuiz, saya akan belajar dari jam 9-12 tengahmalam. Kalau memerlukan tulis nota yang banyak, biasa waktu belajar akan berubah sehingga jam 1 atau 2 pagi.
Tips ketiga darinya ialah LIHAT NOTA KAWAN. Biasanya dalam bilik ada empat pelajar, Salwa akan memastikan dia melihat ketiga-tiga nota kawan-kawannya.
“Jika kebanyakan nota mereka sama, kami berempat akan bersetuju. Tapi kalau ada yang tidak sama dan kurang, biasanya saya akan tulis selebihnya. Dengan ini nota belajar kami akan lengkap,” kata anak kedua dari tiga beradik ini memaklumkan, pembelajaran di UIA adalah 100 peratus dalam Bahasa Inggeris dan pelajar mesti mahir menguasai bahasa antarabangsa ini.
Ads
Melalui kehidupan pelajar dengan penuh keceriaan
Tip ke empat ialah JIKA BELAJAR SAAT AKHIR, dia tak akan buka buku dah.
“Untuk lebih mengingati, kami buat kuiz soal jawap. Mencari apa yang berbeza atau kekurangan. Jadi masing-masing akan saling mengingati.
Tips ke lima darinya, BUAT NOTA PENDEK kerana itu adalah cara terbaik untuk mengingati.
Dan terakhir sekali, HORMAT PENSYARAH. Kalau cara pensyarah ajar tak best sekali pun, kalau pelajaran susah nak diingati, redhalah. Kata Salwa, bila kita hormatkan pensyarah, insya Allah ilmu yang diajar LEBIH BERKAT.
Aktif sebagai fasilitator pelajar di UIA
Ads
Hah, nampak mudahkan tips belajar darinya. Untuk makluman, sebelum memasuki UIA, Salwa bersekolah di SMK Danau Kota dan dia memperoleh 8 A dalam PMR. Masuk ke tingkatan 4 & 5, dia bersekolah di SMK Setapak Indah dan mendapat 8 A 1 C dalam SPMnya sebelum ditawarkan mengikuti Asasi di UIA.
Mengakui belajar bukan mudah tetapi sebagai pelajar, Salwa akui dia sama seperti pelajar lain.
“Paling utama, kalau tertekan, jangan teruskan lagi pembacaan atau mengulangkaji. Nanti kalau dipaksa, apa pun tak masuk. Biasanya saya akan main telefon bimbit, makan-makan, dengar lagu.
“Kita kena “enjoy” dengan dunia pelajar. Bila stres sudah hilang, sambunglah belajar kembali,” katanya yang turut aktif sebagai fasilitator pelajar di bawah pengajian diikutinya. Malah IIUM Comm tv pernah menjemputnya sebagai tetamu jemputan kerana dirinya merupakan bekas pelajar asasi UIA. Maklumlah, kampus di Petaling Jaya sudah ditutup sepenuhnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya dalam tempoh tujuh jam selepas diluncurkan, klip video terbaru daripada ahli kumpulan Blackpink, Lisa Manobal untuk single solo berjudul Rockstar telahpun mencatatkan 12 juta tontonan di YouTube!
Fenomena tersebut bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan Lisa mempunyai tarikan magnet yang cukup kuat bagi mengumpulkan sokongan peminat setianya. Sama ada korang menyukai tariannya, wajahnya, gaya fesyennya ataupun personalitinya yang ceria lagi riang, Lisa tidak disangkal lagi merupakan salah satu ikon pop muda paling popular di dunia pada masa kini.
Bukan pencapaian jumlah tontonan Lisa yang REMAJA ingin sentuh pada kali ini tetapi lebih kepada lokasi penggambaran klip video Rockstar yang telahpun mencuri tumpuan ramai.
Ini kerana klip video terbitan RCA Records (bukannya YG Entertainment yang bertanggungjawab ke atas lagu-lagu nyanyian kumpulan Blackpink) ini telah mempamerkan lokasi-lokasi di sekitar kawasan Chinatown Bangkok yang berubah wajah daripada lokasi perniagaan sibuk menjadi set penggambaran lagu pop!
Khabarnya, pengurusan Lisa menawarkan USD540 atau kira-kira RM2,550 kepada setiap pemilik kedai yang berada di kawasan Chinatown itu demi menutup premis mereka buat sementara waktu demi memudahkan sesi penggambaran sebelum jam 5 pagi.
Hasilnya, tiada seorang insan pun selain Lisa dan para penarinya berada di sekitar kawasan tersebut dalam klip video itu. She really shut everything down tanpa membiarkan sesiapa membocorkan rahsia sewaktu dan selepas penggambaran dilakukan.
Tambahan pula, Chinatown Bangkok digelar antara Chinatown terbesar di dunia di belakang kota New York dan San Francisco di Amerika Syarikat.
Jom lihat empat lokasi yang ditonjolkan dalam klip video Rockstar ini. Tidak mustahil setiap satu daripadanya akan menjadi zon popular bagi para pelancong di Bangkok jadikan spot OOTD setiap kali berada di sana.
1. Yaowarat Road
Lokasi laluan popular di Chinatown Bangkok ini merupakan salah satu kawasan kafe dan warung makan paling sibuk di Thailand. Ia sering dikunjungi oleh warga lokal mahupun para pelancong yang ingin merasai suasana seperti rakyat tempatan. Turut ada di sini adalah kedai-kedai kecil yang menjual barangan cenderamata serta kafe pencuci mulut.
2. Papan Tanda Neon
Laluan Yaowarat Road juga terkenal dengan kedai-kedai-kedai dengan papan tanda neon termasuklah restoran Texas Suki dan bermacam-macam stor yang menjual sarang burung. Bukan sahaja mempromosikan kebudayaan kota Bangkok, Lisa juga memilih lokasi sebegini kerana efek lampu neon dalam klip video tersebut.
3. Eskalator The Oscar Theatre
Merupakan salah satu lokasi paling mencuri perhatian dalam klip video Rockstar, Lisa kelihatan cukup on-point ketika menuruni eskalator di panggung The Oscar Theatre yang dibuka pada tahun 1976. Setelah ia ditutup pada awal tahun 2000 dan dibiarkan begitu sahaja, mungkin sekali pihak berkuasa Bangkok akan menjadi lokasi ini sebagai salah satu tarikan pelancong baharu disebabkan pengaruh Lisa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
..dengan kurnian Tuhan. Tapi bila korang dah terbiasa menjadi ‘yang paling pendek’ di dalam keluarga atau di kalangan kawan, mesti kadangkala korang dah lali dengan 10 situasi ini.
Body Issue, Remaja Oktober – Disember kini di pasaran!
Oktober ini, kami bawakan topik Body Issue dah seharusnya kita semua menerima fizikal badan kita seadanya – asalkan sihat, all is good!
Tapi bosan juga bila asyik jadi paling pendek ni. Dear shorties, mesti korang boleh relate punya.
01
Bila nak cari gaduh dengan kawan atau pasangan. Cuma korang tak perasan diri tu tak berapa nak tinggi..
Tetiba, rasa malu dengan diri sendiri.
02
Bila pergi konsert yang memerlukan penonton berdiri – terutamanya jika membeli tiket Rock Zone – memang best pun pandang bahu orang lain sambil telinga layan.
03
Bila baju abang dan kakak ditukar milik kepada adik (= korang). Untunglah kalau abang atau kakak sama spesis kerdil sehingga ke jannah. Tapi kalau korang je yang terbantut dalam keluarga tu, memang nangis lah bila dapat baju sekolah lengan panjang, kain seret jalan.
04
Bila pergi grocery shopping dan nak ambil Maggie perisa Singapore Pedas dekat rak atas. Terjengket dan terlompatlah korang sambil tengok kalau lane tu masih kosong atau ada orang.
05
Bila setiap kali nak ambil selfie dengan BFF, mereka terpaksa tunduk ke bawah. Kalau tak, korang tak masuk frame.
06
Bila tengah drive, hari terik dan driving mirror tak cover muka sepenuhnya. Reason being, korang yang terlebih – hhm – pendek..
07
Susah untuk orang ambil korang seriously, sebab mereka selalu menganggap korang terlebih muda untuk bercakap perkara penting. Padahal, mereka tak tahu korang bos mereka yang baru.
08
Bila orang lain memandu kereta korang, mereka tak akan faham mengapa driver seat terlalu ke hadapan. Apabila korang pula yang memandu, memang menyakitkan hati (dan leher) apabila tali pinggang keledar selalu bergesel dengan leher.
09
Bila bercuti dengan kawan lain dan korang terpaksa power walk untuk catch up dengan langkah mereka yang besar. Dah serupa atlet jalan kaki Olimpik.
10
Bercakap mengenai bercuti, korang pun akan hadapi masalah untuk memasukkan beg bagasi ke dalam kabin. Macam finalis Dewi Remaja 2009/2010, Izara Aishah ni.
Tapi Izara masih maintain cantik walaupun pendek kurang ketinggian okay. And so can you!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beliau yang teruja kerana dapat melihat sendiri proses bersalin tersebut jelas terharu dengan pengorbanan isterinya yang sanggup bertarung nyawa demi melahirkan cahaya mata mereka.
Pelakon filem Romeo Kota itu juga turut berkesempatan untuk berkongsi dengan pengikut Instagramnya momen-momen tidak ternilai di dalam bilik pembedahan tersebut semalam.
“Akhirnya gugur air mata seorang suami apabila melihat pengorbanan seorang isteri melahirkan anak,
“Takkan terbalas sampai bila-bila jasa seorang isteri yang berjuang berkorban melahirkan seorang anak,” kongsinya menerusi video klip ringkas tersebut.
Pelakon berusia 37 tahun itu juga berpeluang memotong tali pusat anak perempuan keduanya itu ketika di dalam bilik pembedahan tersebut.
“Ya Allah, aku terima amanah darimu dengan gembira dan penuh tanggungjawab, inshaAllah,” jelasnya lagi.
Beliau juga sempat menzahirkan rasa syukurnya kepada Doktor Kamsiah dan juga pihak Hospital Andorra kerana memberikannya satu pengalaman yang sangat berharga dan takkan boleh dilupakan sampai bila-bila.
Sekadar info, Fizo sah bergelar suami kepada bekas pramugari, Fazeera Nazri pada 21 Oktober 2021 di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa sangka, seorang pelajar dari Fakulti Perakaunan UiTM mampu mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) sempena Istiadat...