Pejam celik pejam celik lagi 21 hari kita bakal menyambut Syawal yang juga amat ditunggu-tunggu kerana itulah hari kemenangan selepas sebulan berpuasa.
Pasti ramai yang excited nak buat kuih raya bagi menjimatkan kos pembelian. Kalau nak senang dan cepat, tunjuk saja dan keluarkan duit. Tapi rasanya mungkin tidak sesedap air tangan sendiri.
Jadi, buat korang yang kali pertama nak tunjuk bakat buat kek dan biskut untuk raya ni, jom kenali jenis-jenis Buttercup yang menjadi penyedap bahan kek dan biskut selama ini.
Pastinya ramai tidak menyangka buttercup ini ada jenis-jenisnya. Ingatkan semuanya sama, rupanya berbeza.Hahaha.
Baca perkongsian di fb yang dibuat oleh Dapur Cik Dayang ini.
Ads
INFO BUTTERCUP
Nak dekat Ramadhan dah, lepas tu nak raya pulak. Mesti ramai yang dah plan nak buat biskut raya atau kek kan? Biasanya antara produk pilihan ramai ialah marjerin jenama BUTTERCUP.
Tapi korang perasan tak Buttercup tu didatangkan dalam beberapa jenis packaging? Selama ni mak ingatkan semua tu isinya serupa je, rupanya tidak! Mak baru tau, kegunaannya pun sebenarnya berbeza-beza.
Okay pada yang belum tau, meh mak kongsikan ya, ini adalah info dari salah seorang kakitangan Bake With Yen cawangan Kota Damansara, dan info ini pula menurutnya, datang dari pihak Buttercup sendiri.
Ads
BUTTERCUP KETUL:
– Sesuai untuk sapuan roti.
– Sesuai untuk biskut.
– Tidak sesuai untuk kek, sebab kek akan jadi kering, berderai bila dipotong.
BUTTERCUP TONG :
– Sesuai untuk kek
– Sesuai untuk biskut
BUTTERCUP TIN :
– Sesuai untuk kek
– Sesuai untuk masakan
– Tak sesuai untuk biskut, sebab ia masin
Ringkasannya:
Ads
Kek – tin/tong
Biskut – ketul/tong
Masakan – tin
Jadi, katalah nak raya ni kita nak guna marjerin Buttercup untuk buak kek dan biskut, tak guna sangat untuk masak-memasak, maka kita belilah yang jenis dalam tong je.
Happy shopping! Happy baking!
Kredit info:
Ida Sumie #MidnightBakery
Bukan agent Buttercup
Boleh kongsikan kepada kawan-kawan. Semoga bermanfaat
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahun ini sekali lagi FashionValet bakal menganjurkan bazar Ramadan secara online, iaitu FV Bazaar seperti yang telah mereka lakukan pada bulan puasa tahun lepas.
Khabarnya, tahun ini ia bakal dianjurkan dalam skala yang lebih besar dengan penambahan vendor fesyen baharu selain makanan dan minuman.
FV Bazaar ini sudah pun dilancarkan pada 6 April dan korang boleh memesan kuih raya atau mencari baju raya secara online melalui bazar ini sehingga Jun 2021.
Tahun lalu FV Bazaar telah berjaya menyenaraikan lebih daripada 4,000 cef tempatan dan pengusaha F&B dari seluruh negeri dengan penyertaan secara percuma. Inisiatif ini dilancarkan bagi membantu meningkatkan penjualan vendor makanan lokal yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jika tahun lepas FV Bazaar memfokuskan kepada penjualan makanan, kali ini mereka membuka lembaran yang lebih meluas kepada vendor fesyen untuk turut sama menjayakan bazar tahun ini.
Jenama-jenama seperti Haniem Bakes by Marsh & Mary, Turkish Delight, Bokitta dan Kapten Batik adalah di antara yang mengambil bahagian sejak tahun lalu.
Menerusi kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri pada hari ini, Malaysia secara rasminya kini memiliki seorang Timbalan Perdana Menteri yang berkuat kuasa serta-merta.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan beliau terus mengekalkan jawatan sebagai Menteri Kanan Pertahanan.
Sambil itu, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.
Kedua-dua perlantikan ini telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Dengan itu, kini skop keselamatan negara akan diketuai Hishamuddin dan beliau juga akan membantu dalam perlaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Setelah kerajaan Perikatan Nasional (PN) menjalankan mandat tanpa seorang figura Timbalan Perdana Menteri selama satu tahun setengah, perlantikan yang berlaku secara tiba-tiba ini adalah demi memperkukuhkan pengurusan pentadbiran negara diketuai oleh Perdana Menteri.
Ia juga demi memenuhi keperluan rakyat ketika negara berdepan krisis kesihatan dan ekonomi sekarang. Diharap dengan perlantikan ini, kesejahteraan rakyat dan negara secara amnya lebih terurus dan sistematik.
Tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Seri Hishamuddin!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menetapkan penjawat awam yang curang atau menjalin hubungan sulit serta memanggil rakan sekerja dengan gelaran ‘sayang’ atau ‘dear’ menjadi kesalahan gangguan seksual dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Menurut surat edaran bertarikh 7 April lalu, ucapan atau gelaran berkenaan oleh mana-mana pegawai awam vang menggangqu mangsa dikategorikan sebagai kesalahan gangguan seksual secara lisan.
Selain itu, tindakan menyentuh, memegang, raba, cium, cubit, usap, peluk, merapati serta seumpamanya pula adalah kesalahan gangguan seksual secara fizikal.
Manakala, menghantar gambar tidak senonoh serta mesej berbaur seks atau ‘sexting‘ menerusi platform seperti aplikasi WhatsApp dan seumpamanya dianggap melakukan gangguan seksual secara visual.
Ketika membuat aduan, mangsa perlu memaklumkan kesan akibat gangguan terbabit secara terperinci seperti menyebabkan fikiran terganggu, perasaan kurang senang, rasa terhina dan sebagainya selain memaklumkan tempat, masa dan tarikh kejadian, selain tempat bertugas ketika kesalahan itu berlaku.
Semua kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Pada masa sama, surat edaran dikeluarkan Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib SPA itu turut menggariskan mereka terbabit dalam hubungan sulit sebagai kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Kesalahan lain termasuklah tidak hadir bertugas, tidak ketik kad perakam waktu, mengemukakan sijil cuti sakit palsu, penyalahgunaan dadah, membuat penyataan awam di media sosial dan kesalahan perolehan.
Hukuman bagi setiap kesalahan pula akan ditentukan Lembaga Tatatertib berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, sama ada amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau buang kerja.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...