Nampaknya kemelut yang berlaku di Rusia masih lagi belum berakhir dan terbaharu, pengguna Instagram (IG) di sana dikejutkan dengan pemberitahuan mengenai perkhidmatan laman sosial yang sudah dihentikan mulai tengah malam Ahad lalu. Ini sekali gus menyekat pengguna daripada mengakses akaun masing-masing.
BACA: Perang Ekonomi Bermula : McDonald’s, Starbucks & Apple Tutup Operasi Di Rusia
Meta Platforms dalam satu kenyataan telah memaklumkan akan membenarkan pengguna laman sosial di Ukraine menyiarkan mesej seperti ‘Kematian kepada penceroboh Rusia’. Orang ramai menerima mesej untuk memindahkan gambar dan video mereka daripada IG sebelum ia ditutup. Mereka disarankan beralih kepada platform internet kompetitif milik Rusia sendiri.
Meta juga memaklumkan perubahan sementara dalam dasar ucapan bencinya hanya terpakai kepada Ukraine, berikutan pencerobohan Rusia ke atas negara itu pada 24 Februari lalu.
Tindakan ini adalah salah satu cara untuk menghalang rakyat Ukraine daripada menyatakan tentangan dan kemarahan mereka terhadap pasukan tentera yang menceroboh. Keputusan itu disambut dengan kemarahan di Rusia apabila pihak berkuasa sudah membuka siasatan jenayah terhadap Meta dan pendakwa raya.
BACA: Bekas Ratu Cantik Ukraine Sahut Cabaran Ke Medan Perang, Ingin Menentang Rusia
Tindakan itu diambil bagi memohon mahkamah untuk menetapkan syarikat teknologi gergasi di Amerika Syarikat itu sebagai ‘organisasi ekstremis’. Ketua IG berkata sekatan itu akan menjejaskan 80 juta pengguna.
Rusia juga mengharamkan Facebook di negara itu sebagai tindak balas kepada apa yang dikatakan sekatan akses kepada media Rusia di platform itu.
“Kita perlu memastikan kesihatan psikologi rakyat terutama kanak-kanak dan remaja, untuk melindungi mereka daripada gangguan dan penghinaan dalam talian,” jelasnya.
Haih, macam-macam pula yang berlaku sekarang ini. Diharap kemelut di negara ini segera berakhir agar ia tidak lagi menganggu ketenteraman dunia.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)