Adakah ini berita baik untuk kaki travel? Atau korang tak kisah keluarkan antara RM20-RM40 setiap kali ingin travel ke luar negara?
Mungkin ramai yang anggap jumlah itu tidak seberapa tapi ia adalah tambahan dari RM73 yang wajib dibayar kalau mahu terbang ke luar negara. Dicampur-campur, jumlahnya hampir RM100 dan lebih RM100 ya! Amacam, ok ker?
Untuk makluman kaki travel, semalam Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Levi Pelepasan 2019. RUU Levi Pelepasan 2019 itu diluluskan sehari selepas ia dibentangkan untuk bacaan kali kedua
Berdasarkan RUU kontroversi itu, RM20 akan dikenakan ke atas mana-mana orang yang terbang ke negara Asean dan RM40 untuk negara lain.
Ketika membentangkan Bajet 2019, Putrajaya bercadang mengenakan levi pelepasan ke atas semua penumpang penerbangan yang keluar negara mulai 1 Jun 2019 dalam usaha menggalakkan pembangunan pelancongan domestik.
Levi itu tambahan kepada caj perkhidmatan penumpang sebanyak RM73 yang dikenakan lapangan terbang.
Ads
Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah dalam ucapan penggulungan berkata levi hanya terpakai ke atas mereka yang menaiki penerbangan ke luar negara.
Untuk info korang, sebelum ini kita perlu membayar caj perkhidmatan penumpang (PSC). Sebagai rekod, PSC dikenakan kepada semua destinasi domestik ataupun luar negara. Kadar PSC adalah RM11 (domestik), RM35 (Asean) dan RM73 (antarabangsa selain Asean).
PSC ini perlu dibayar oleh penumpang kepada pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sebagai bayaran menggunakan kemudahan di lapangan terbang.
RUU itu kemudian diluluskan di Dewan Rakyat, yang dipengerusikan Timbalan Speaker Rashid Hasnon.
Ads
RUU itu mencadangkan mana-mana orang yang tidak membayar levi apabila meninggalkan Malaysia sudah melakukan kesalahan dan sekiranya disabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM500,000, atau penjara sehingga 3 tahun, atau kedua-duanya.
Ia juga menyatakan mana-mana yang mengasari, menghalang, mengancam atau mencabul anggota-anggota kastam yang menjalankan tugas-tugasnya bawah akta itu, atau membantu mana-mana anggota-anggota kastam, boleh dikenakan penjara maksimum 3 tahun, atau denda sehingga RM500,000, atau kedua-duanya.
Pengendali yang membawa penumpang bertanggungjawab untuk berdaftarkan bawah akta itu tidak kurang daripada tempoh 30 hari sebelum memulakan operasi.
Ads
Pengendali asing pula perlu melantik ejen yang akan bertindak bagi pihaknya.
Pengendali yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan denda maksimum RM100,000, atau penjara sehingga 1 tahun, atau kedua-duanya.
So amacam kaki trave, onz ke tak nie nak travel selalu?
Sumber : Free Malaysia Today (FMT)
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas kejadian pecah masuk di salah sebuah kedai serbaneka oleh mangsa banjir yang dikatakan ingin mencari makanan, kini Mydin Mart di Sri Muda mula menerima nasib yang sama apabila cawangan mereka turut dipecah masuk.
Walau bagaimanapun, satu kenyataan telah dibuat oleh Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Haji Ameer Ali Mydin yang menyatakan bahawa beliau menghalalkan barangan yang dicuri dan memaafkan individu yang melakukan perbuatan tersebut.
Saya amat tersentuh dan simpati dengan insiden bencana banjir teruk yang melanda terutamanya ketika negara masih bergelut dengan wabak pandemik COVID-19.
Cawangan MYDIN Mart, Sri Muda, Shah Alam, Selangor turut musnah akibat banjir pada 18 Disember 2021 (Sabtu) dan mengakibatkan kerugian melebihi jutaan ringgit.
Sejujurnya saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut, namun dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.
Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya.
Demikianlah kenyataan rasmi yang telah dibuat oleh wakil Mydin susulan insiden pecah masuk yang berlaku baru-baru ini. Kita tidak mengetahui bagaimana keadaan sebenar mereka, mungkin sahaja mereka memang benar-benar terdesak dan kerana itu juga pihak Mydin bersetuju untuk menghalalkan segala barangan yang telah diambil.
Semoga dengan niat ikhlas ini dapat menjadi asbab agar perniagaan mereka lebih maju dan dimurahkan lagi rezeki.
Kami juga doakan agar mangsa-mangsa banjir di kawasan tersebut diberikan bantuan segera dan mencukupi. Semoga terus tabah untuk mengharungi dugaan ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baucar Buku Semarak Membaca merupakan inisiatif di bawah Program Semarak Seni Budaya oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menerusi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan rakan-rakan industri buku Malaysia.
Ia bertujuan bagi membantu memulihkan dan merancakkan industri buku tempatan, memberikan insentif serta galakan kepada pembaca untuk membeli buku dan menambah bilangan pendaftaran baharu keahlian u-Pustaka.
Baucar Buku Semarak Membaca yang bernilai RM10 setiap satu telah mula diedarkan di 168 buah kedai buku terpilih dan boleh ditebus mulai 21 Oktober sehingga 15 November melalui sebuah kedai buku secara dalam talian di laman web e-sentral.com
PNM turut menjelaskan, ia disusuli dengan penebusan secara fizikal di 167 buah kedai buku terpilih mulai 25 Oktober 2021.
Penerima baucar layak menebus atau menikmati potongan diskaun dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM20 dan ke atas dalam satu resit transaksi.
Kedai-kedai buku terpilih adalah dibawah seliaan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) dan Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA) dengan hanya 500 orang penerima baucar terawal berpeluang menikmati baucar diskaun ini.
Selain manfaat potongan diskaun, penerima baucar secara automatik akan berdaftar sebagai ahli u-Pustaka dan berpeluang menikmati akses kepada bahan bacaan digital secara percuma pada bila-bila masa sahaja.
Isu transgender di negara kita mungkin agak sedikit sensitif tetapi hal ini tidak boleh dipandang remeh, malah golongan seperti ini sebenarnya memerlukan bantuan daripada masyarakat sekeliling.
Keberadaan Ustaz Ebit di Indonesia telah memberi peluang buat insan ini untuk mendekati, secara tidak langsung berdakwah kepada golongan transgender atau maknyah. Menurut perkongsiannya di media sosial, malam tadi dia dan pasukannya sempat menziarah individu transgender/maknyah yang bekerja di lorong gelap di Surabaya.
Sebaik tiba di sana, ustaz memberi salam dan bertanya khabar, malah ada diantara mereka yang sudah mengenali pendakwah bebas ini. Jelas Ebit lagi, dalam perbualan mereka itu nampaknya seperti ada yang sebak dan berkongsi pengalaman 14 tahu bekerja di lorong itu sehinggalah sekarang dan ada juga yang menjaga ibu lumpuh. Macam-macam kisah disebalik kehidupan golongan mereka ini.
Ujar Ebit Lew, Allah sayang kita dan berikan kita iman. Kita semua belum tahu nasib akhir di sana dan sama-sama kita berusaha untuk akhirat kelak.
Ramai yang bertanyakan tentang solat dan perkara-perkara lain tentang Islam dan Ustaz Ebit meminta mereka untuk ambil cuti dan dia akan belanja makan golongan-golongan ini di hotel serta menjawab segala persoalan mereka.
“Sampai di hotel, banyak soalan dan luahan mereka. Yang halal itu halal. Yang haram tetap haram. Yang utama usaha kita untuk dekat pada Allah dan melaksanakannya. Ada yang kata bagaimana ye nak mula cari rezeki yang halal. Nak dekat dengan Allah. Rindu pada Allah”.
Mereka menangis mendengarkan jawapan dan kisah perkongsian cerita tentang iman dengan kasih sayang yang disampaikan oleh Ebit Lew. Jelasnya lagi, walaupun pertemuan itu sekejap tetapi terasa rapat seperti kawan.
Usaha murni yang dilakukan oleh Ebit ini juga mendapat sokongan rakyat Malaysia yang rata-ratanya mendoakan agar golongan-golongan seperti ini diberikan hidayah untuk berubah ke jalan benar.
Tidak ramai yang sanggup melakukan usaha-usaha seperti ini dan semoga perkara yang dilakukan oleh Ebit Lew ini dapat membuka mata orang ramai dalam melakukan kebaikan dan pulang ke jalan yang benar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...