Dalam perkembangan terbaru mengenai Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan isteri Baginda, Oksana Voevodina dari Rusia, mereka telah dikurniakan putera sulung pada bulan Ramadan lalu dan berita baik ini baru saja dikongsikan oleh Oksana melalui akaun Instagram-nya.
Bekas ratu cantik Rusia berusia 25 tahun itu mengumumkan kelahiran putera sulung itu dalam beberapa buah posting di Instagram sepanjang minggu lalu, walaupun dia dilaporkan lahir pada 21 Mei 2019. Sudah tentu baginda berdua ingin berkongsi momen istimewa itu bersama kaum kerabat terlebih dahulu.
Menariknya, Oksana menceritakan pengalamannya sepanjang proses kandungan dan kelahiran sebagai antara momen yang paling penting dan pada masa yang sama, sukar dalam hidup beliau. Beliau juga bersyukur apabila putera sulung itu selamat dilahirkan dengan sokongan kenalan rapat di sekeliling.
“saya perlu habiskan masa 3 bulan terakhir kandungan di katil hospital dan berdepan dengan banyak kepayahan. Alhamdulillah for the safe outcome of this pregnancy.”
Sambung beliau, “Segala perubahan yang saya dengari akan berlaku kepada wanita mengandung selepas kelahiran adalah benar. Paling penting adalah perubahan rasa sayang saya terhadapnya. Perasaan ini adalah baru untuk saya, dan saya bersyukur kepada Allah dan suami untuk kelahiran putera kami.
“Kini kami bertiga. Terima kasih kerana memilih keluarga kami, Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra,” kata beliau sekaligus mengumumkan nama putera sulung tersebut.
Oksana juga sempat berkongsi mesej istimewa kepada Sultan Muhammad V dalam satu posting semalam di Instagram sebagai tanda terima kasih beliau terhadap Baginda Sultan.
“Lelaki yang benar-benar mencintai wanitanya akan melakukan apa-apa saja untuknya. Cinta dan kasih adalah asas kepada hubungan yang kuat dan sejahtera.
“Suami yang baik adalah mereka yang selalu membantu dan menyayangi isteri, selalu bertanyakan bagaimana perasaannya dan mengambil berat terhadapnya jika dia kepenatan. Selalu mengotakan janjinya 100 peratus.
“Semasa kandungan, suami itu akan menumpukan lebih perhatian dan keprihatinan kepada isterinya. Perhubungan adalah tentang bagaimana dua insan saling menyokong dan memahami diri masing-masing. Dan keluarga adalah hasil kepada rasa kasih sayang antara 2 insan,” catit beliau lagi.
Sweet kan!
Sultan Muhammad V dan isteri baginda berkahwin secara rasmi pada 7 Jun 2018, beberapa bulan sebelum majlis resepsi gilang-gemilang diadakan di Moscow Rusia pada November tahun lalu.
REMAJA merafak sembah tahniah buat Baginda berdua dan berharap segalanya berjalan lancar dengan kehadiran Tengku Ismail Leon Petra!