Tiada apa yang lebih menghibakan saat diuji dengan ujian kehidupan yang amat perit. Jika diuji dengan kemiskinan, ia masih boleh diterima tetapi jika ujian itu berkait dengan hukuman bakal dihadapi iaitu hukuman penjara, ia mungkin terlalu perit untuk diterima oleh keluarga ini.
Seperti mana undang-undang termaktub, selagi belum didapati bersalah oleh hakim maka kita tidak boleh menghakimi seseorang itu bersalah.
Pastinya kita tidak boleh menjatuhkan hukuman dunia selagi belum dibuktikan tetapi dalam kejadian bunuh melibatkan seorang remaja berusia 19 tahun, Siti Nur Surya, ramai “hakim” telah menghakimi suspek biar mereka tiada di tempat kejadian.
Namun sebagai ibu yang melahir dan membesarkan anak dari telapak jari yang masih merah, ujian berlaku pada anak sulungnya membuatkan ibunya yakin anaknya tidak salah.
“Saya akan terus berdoa kakak tidak salah dan naluri ibu tetap menyatakan kakak tidak salah walaupun satu dunia kata dia salah" demikian luah ibu kepada suspek bunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, yang ditemui mati dengan kesan tetakan di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu Ahad lalu.
Ibu kepada dua anak ini berkata, anak sulung yang mesra dipanggil kakak merupakan anak harapannya dan sangat memahami kemiskinan hidup yang dihadapi mereka sekeluarga selama ini.
Ads
Beliau yang bekerja sebagai tukang cuci berkata, kakak memang anak yang sangat baik kerana dia tidak pernah merungut dengan kemiskinan mereka meskipun pernah terpaksa tangguhkan bayaran duit yuran sekolahnya kerana tidak ada duit.
"Kakak juga pernah menolak beberapa tawaran melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana kami tidak ada duit tetapi dia tidak pernah tunjuk tanda-tanda protes malah kakak pula pujuk saya, supaya jangan rasa bersalah dengan keputusan dibuatnya.
"Dia juga tidak kisah kalau terpaksa memakai baju sekolah terpakai yang disedekahkan orang ramai dan pakaian harian yang dipakainya hari-hari pula kebanyakan baju dan tudung yang disedekahkan kepada kami. Dia tidak malu walaupun mengenakan pakaian sama sahaja," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.
Suspek bercita-cita mahu jadi guru
Menurutnya, kakak yang bercita-cita menjadi guru selalu memberi semangat kepadanya agar sentiasa kuat untuk meneruskan kehidupan yang serba kekurangan selain memberi semangat kepadanya dengan berjanji yang dia akan berusaha membela nasib keluarga.
Ads
Ketika diminta menceritakan bagaimana anaknya mengambil keputusan tampil ke balai polis, dia berkata, keputusan itu bukan disebabkan dia yang memujuk tetapi anak perempuannya sendiri yang mengajak ke sana.
Anak ajak ke balai polis, bukan dibawa ibu
"Saya masih ingat lagi lepas solat subuh (Isnin) iaitu kira-kira jam 6.30 pagi, kakak dah tunggu dekat ruang tamu dan lepas nampak saya siap solat, terus dia bagi tahu nak ke balai polis.
"Dia yang ajak saya tapi masa tu saya tak terfikir apa pun dan menurut sahaja ajakannya tetapi beberapa minit selepas berjumpa dengan polis, saya diberitahu yang kakak terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut.
"Memang agak terkejut selepas dimaklumkan, saya terus bertanyakan kakak sepanjang menemaninya di balai polis sebanyak tiga kali, adakah betul kakak yang buat, tapi dia jawab tak buat dan saya tahu dia tidak menipu," katanya lagi.
Ads
Sementara itu, jiran terdekat mereka, Mohd Sabri Mohd, 52 berkata, dia sangat mengenali remaja berusia 19 tahun itu kerana membesar di hadapannya dan dia memang yakin kakak seorang anak baik.
Jiran akui suspek anak yang baik
"Kakak bukan seorang anak remaja yang liar dan dia budak baik, dari segi pelajaran pula saya dimaklumkan memang dia seorang pelajar pintar.
"Keluarga kakak pula walaupun susah tetapi mereka tidak pernah menyusahkan jiran tetangga dan baik dengan semua orang.
"Jadi, saya sebagai jiran yang sangat mengenalinya menganggap tohmahan netizen di laman sosial sangat melampau yang mengaitkan kemiskinan keluarga mereka antara faktor tindakan kakak," katanya.
Dalam masa sama, beliau turut mengharapkan orang ramai agar tidak menyebarkan fitnah terhadap keluarga mereka dan biarlah pihak berkuasa yang menjalankan tugas menyiasat.
"Jangan terus menghukum keluarga mereka kerana sehingga sekarang kakak masih tidak dibuktikan bersalah lagi," katanya. Sumber : Sina Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayangkan anda sedang enak menikmati hidangan makanan tengah hari, secara tiba-tiba anda perasan bahawa terdapat kaki buaya di dalam juadah tersebut. Haaaa…mesti terkejut habis kan?
Itulah apa yang terjadi di sebuah restoran berdekatan daerah Yunlin, Taiwan. Baru-baru ini mereka telah melancarkan entri menu terbaharunya iaitu Godzilla Ramen di mana kaki buaya direbus dan dimasukkan ke dalam mangkuk hidangan tersebut.
Hidangan tersebut dilaporkan dibuat dengan 40 rempah yang berbeza, tetapi bahan utama yang boleh dilihat dengan jelas dari mangkuk tersebut adalah kaki buaya yang direbus.
Visual ramen isopod.
Menerusi perkongsian di Facebook, inspirasi pembuatan ramen tersebut datang dari kegilaan rakyat Taiwan terhadap ramen isopod (haiwan menyerupai lipas gergasi yang tinggal di bawah laut). OMG….sungguh unik sekali citarasa mereka!
Setelah mempelajari cara memasak sup buaya semasa lawatan ke Thailand, pemilik restoran ramen Witch Cat dengan segera mencipta resipi Godzilla Ramen tersebut dan mula mempromosikannya secara dalam talian.
Reaksi salah seorang warganet yang mencuba hidangan viral tersebut.
Kini, gambar mangkuk ramen dengan kaki buaya terjulur daripadanya telah tersebar di semua platform media sosial dengan meraih pelbagai reaksi bercampur baur dari warganet.
Kaki buaya untuk Godzilla Ramen dilaporkan diperoleh daripada teluk buaya di Taitun. Namun dek kerana stok yang terhad, hidangan itu perlu ditempah terlebih dahulu oleh pelanggan. Turut dilaporkan bahawa semangkuk Godzilla Ramen tersebut dijual dengan harga $48.
Haaaa…kalian berani tak nak makan hidangan unik ini?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Taiwan News
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lee Sanggil, nama yang makin popular di Korea Selatan dan juga seluruh dunia.
Tengah viral di media sosial, pilot dari syarikat penerbangan Korean Air yang kacak dan berbakat, kehadirannya dalam dunia penerbangan bukan sahaja menarik perhatian dengan kemahirannya, tetapi juga dengan rupa paras yang menawan.
Lee Sanggil Jadi Inspirasi Remaja, Kenali Pilot Kacak Dari Korea Selatan Ini
Latar Belakang
Lee Sanggil dilahirkan dan dibesarkan di Korea Selatan. Minatnya terhadap penerbangan bermula sejak kecil apabila dia sering kali mengagumi pesawat-pesawat yang terbang tinggi di langit. Dengan sokongan padu daripada keluarganya, Lee tekad untuk mengejar cita-citanya sebagai seorang pilot.
Pendidikan dan Latihan
Untuk merealisasikan impiannya, Lee Sanggil melanjutkan pelajaran dalam bidang aeronautik di sebuah universiti terkemuka di Korea Selatan. Selepas menamatkan pengajian, beliau menjalani latihan intensif sebagai kadet penerbangan. Dengan dedikasi dan usaha gigih, Lee berjaya menamatkan latihan dan memperoleh lesen sebagai pilot komersial.
Lee Sanggil
Kerjaya dan Kejayaan
Kerjaya Lee Sanggil bermula dengan syarikat penerbangan domestik sebelum beliau mendapat peluang untuk terbang dengan syarikat penerbangan antarabangsa. Keberanian dan kemahirannya dalam mengendalikan pesawat menjadikannya antara pilot yang dihormati di kalangan rakan sekerja dan penumpang.
Lee Sanggil Jadi Inspirasi Remaja, Kenali Pilot Kacak Dari Korea Selatan Ini
Salah satu pencapaian terbesar Lee adalah apabila beliau berjaya mengendalikan situasi kecemasan dengan tenang dan profesional, menyelamatkan nyawa ratusan penumpang. Kejadian ini mendapat liputan meluas di media dan menjadikan Lee Sanggil sebagai seorang wira di mata masyarakat.
Pesona dan Keperibadian
Selain daripada kemahirannya sebagai seorang pilot, Lee Sanggil juga dikenali dengan rupa paras yang kacak dan personaliti yang menarik. Beliau sering kali menjadi perhatian di media sosial, dengan ramai yang mengagumi bukan sahaja kebolehannya tetapi juga keperibadiannya yang mesra dan rendah diri.
Inspirasi kepada Remaja
Lee Sanggil adalah inspirasi kepada ramai remaja yang bercita-cita untuk menjadi pilot. Kejayaannya menunjukkan bahawa dengan usaha dan dedikasi, impian yang tinggi dapat dicapai. Beliau juga sering berkongsi pengalamannya dalam sesi motivasi dan seminar, memberi semangat kepada remaja untuk tidak berputus asa dalam mencapai impian mereka.
Lee Sanggil adalah contoh terbaik bagaimana seorang individu boleh mencapai kejayaan dalam bidang yang diminati dengan dedikasi dan ketekunan. Kisahnya bukan sahaja menarik dari segi kerjaya, tetapi juga memberikan inspirasi kepada ramai orang di luar sana. Dengan rupa paras yang kacak dan kemahiran yang luar biasa, Lee Sanggil terus menjadi ikon dalam dunia penerbangan dan sumber inspirasi kepada generasi akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui Qatar telah menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022. Dalam kehangatan peminat bola sepak seluruh dunia yang berkumpul di sana, ada juga insiden-insiden yang kurang menyenangkan berlaku.
Terdapat pihak yang cuba melakukan provokasi-provokasi biarpun mereka telah diberikan larangan untuk melakukan hal sedemikian. Tidak kurang yang cuba mencemarkan kesucian agama Islam.
Namun begitu di sebalik beberapa insiden yang terjadi, banyak lagi perkara positif yang menyelubungi suasana di sana. Pihak berkuasa Qatar mengambil pendekatan sempena kemeriahan Piala Dunia untuk secara tidak langsung mempromosikan keindahan agama Islam.
Memetik hantaran dari Facebook ahli akademik dan pendakwah terkenal, Dr Muhammad Salah, beliau berkongsi satu kejadian yang dikongsikan oleh peminat bola sepak di sana. Jom kita ikuti perkongsian ini.
Salah satu keindahan Piala Dunia di Qatar ialah mereka membuat tempat solat dari kaca di semua sisi, supaya orang bukan Islam boleh melihat solat
Hari ini, semasa saya berada di Stadium Al-Bayt, saya pergi menunaikan solat Isyak. Selepas itu saya mendapati seorang warga asing berdiri sambil memerhati. Dia memanggil saya dan bertanya.
Berapa kali sehari anda melakukan ini?
– Jadi saya memberitahunya lima kali sehari, namun ada solat sunat dan kelebihan pahala diperoleh
Ok, bila waktu solat?
Tidak, ia bukan masa tetap mengikut jam, tetapi mengikut pergerakan matahari
Bagaimana?
Saya membuka aplikasi untuk waktu solat dan menunjukkan kepadanya bahawa setiap beberapa jamnya berbeza-beza mengikut hari, dan saya mula menerangkan kepadanya setiap solat apabila waktunya, dan dia kagum dan terkejut.
Kemudian dia berkata,”Saya minta maaf, boleh saya buka kamera dan awak ulangi semua yang awak cakapkan lagi?”
Melihat kepada pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan Qatar ini, ia membuatkan orang luar lebih memahami Islam dengan lebih dekat dan bukannya mendengar momokan negatif anasir-anasir jahat. MasyaAllah…
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memulakan projek rintis yang melibatkan pengambilan warden sepenuh masa daripada kalangan bekas pegawai tentera dan polis untuk...