Ada duit semua boleh jadi.

Bagi mereka yang berkemampuan, harga bukan ukuran jika sudah berminat. Masa yang sama demi menjaga status diri, ramai yang sanggup membeli barangan mahal untuk kepuasan diri.

Terkini, sebuah syarikat perusahaan sabun terkenal di Tripoli, Lebonan sejak abad ke-15 iaitu Bader Hassen & Sons telah mengeluarkan sabun mandi yang diiktiraf termahal di dunia. Ia dijual pada harga USD2800.

Pergh, harganya boleh keluarkan sebiji Y15 dibayar secara tunai ya.

Sabun Mandi Termahal Dunia Disaluti Emas 24K & Serbuk Berlian, Harga Boleh Beli Y15 Cash

Apa yang membuatkan harganya menjadi terlalu mahal?

Ads

Selain baunya yang sangat wangi yang mengandungi minyak essential dan wanigan secara semulajadi, sabun mandi ini juga memiliki serbuk kandungan emas dan berlian,”lapor Oddity Central semalam.

Malah Bader Hassen & Sons berkata, awalnya sabun mandi tersebut dibuat pada tahun 2013 sebagai hadiah unik untuk ibu negara Qatar.

Namun kini sabun mandi ini boleh dibeli di pusat beli belah terkemuka seperti di Dubai dan UAE.

Ads

Dalam satu perkongsian video dari CEO Bader Hassen & Sons, Amir Hasen dilihat menyerahkan hadiah eksklusif ini keapda pelakon wanita kelahiran Bahrain yang juga instafamous Shaila Sabt.

Melalui video itu, Hasen dilihat menyerahkan sebuah kotak berisi sabun mewah itu dengan gambar tangan dan nama penerima yang dilapisi emas 24 karat.

Ads

Pada tahun 2015, BBC kali pertama menyiarkan laporan mengenai syarikat pembuatan sabun termahal ini di mana ketika itu produk mewah ini memiliki tekstur yang kasar kerana adanya serbuk berlian dan emak. Dan kata Hasen, serbuk itu tidak akan melukakan kulit ketika penggunaannya.

“Malah penggunaannya amat membuatkan tubuh terasa segar umpama pergi mandi ke spa,”kata Hasen. Dalam pada itu, tambah CEO ini lagi, harganya yang mahal bukan disebabkan diperbuat dari emas dan berlian tetapi kesan psikologi dan spiritual ketika menggunakannya.

Menurut media berbahasa Arab Al-Ain, setiap satu sabun mewah ini mengandungi 17 gram emas 24 karat,beberapa gram serbuk berlian, minyak zaitun asli, madu organic, serbuk gaharu dan kurma.

Hokay, kumpul duit banyak-banyak. Mana tahu bila dah kaya nanti boleh la jadi orang pertama di Malaysia memiliki sabun termahal ini. Sumber : Kompas.com. Gambar Unsplash/Paul Gaurdiault)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI