Lagi Bayi Tak Berdosa Dibuang Ke Tempat Pembuangan Sampah, Tak Serik Langsung

Share

Walau ramai sudah menerima hukuman atas perbuatan jenayah ini tapi nampaknya masih ada yang tidak serik dan masih selamba buang bayi merata-rata dan seolah hilang sifat perikemanusiaan.

Foto by kelvin octa from Pexels

Kalau pun sudah mengandung, jangan sesekali buang merata kerana kerajaan menyediakan tempat meletakkan bayi yang lebih selamat, bukan mencampakkannya ke tempat pembuangan sampah. Tapi nampaknya masih ada yang ragu-ragu dan berasa takut untuk meletakkan bayi comel begini ke hatch baby sedangkan korang langsung tidak akan didakwa atau ditangkap kalau letak di situ ya.

ATRIKEL BERKAITAN :  TAK PERLU TAKUT! INI 12 PUSAT BABY HATCH DI MALAYSIA KALAU TERMENGANDUNG TANPA NIKAH.

Laporan Berita Harian , hari ini satu lagi bayi baru dilahirkan dibuang ke tempat pembuangan sampah dan sudah tidak bernyawa kerana ditinggalkan sebelum dijumpai oleh orang awam pada jam 5.50 petang semalam.

Mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui di tempat pembuangan sampah berhampiran kawasan tempat letak kereta bertingkat di Flat Bandar Tun Razak ditemui seorang pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika mengambil sampah di bawah flat berhampiran.

Mayat bayi perempuan itu ditemui pekerja pembersihan DBKL

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, berkata siasatan awal mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat bayi itu.

“Mayat bayi malang ini kemudian dihantar ke Bahagian Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras untuk bedah siasat.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan tiada tangkapan dilakukan setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 013-2165881 atau hotline Polis KL di talian 03-21460584.

ARTIKEL LAGI : Fakta Sains Buktikan Bayi Yang Lahir Semasa Pandemik COVID-19 Mempunyai IQ Rendah

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana