Pelakon dan personaliti media sosial, Safwan Nazri mengumumkan isteri tercintanya, Lyna Khairul kini sedang hamil cahaya mata kedua.

Berita gembira tersebut dikongsikan bekas peserta Hero Remaja 2017 itu menerusi perkongsian video di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN : Safwan Nazri Umum Kelahiran Anak Sulung. Pilih Nama Cinta Sofea, Lambang Cinta Yang Menawan

Safwan Nazri Umum Isteri Tercinta Hamil Cahaya Mata Kedua. Tahniah!

Justeru, dia memaklumkan puteri sulungnya, Cinta Sofia bakal menjadi kakak selain sempat memohon doa orang ramai agar urusan mereka dipermudahkan.

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur dan gembira untuk mengumumkan yang Cinta Sofia bakal jadi kakak tak lama lagi.

“Doakan perjalanan kami dipermudahkan okey,” coretnya ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN : Tanpa Perlu Destinasi Mewah, Momen Sean Lee Sambut Ulang Tahun Kelahiran Isteri Di Raub Curi Perhatian

Safwan Nazri Umum Isteri Tercinta Hamil Cahaya Mata Kedua. Tahniah!

Hantaran itu juga memperlihat, Safwan melakukan ‘watermelon challenge’ di mana perutnya diletakkan sebiji buah tembikai dan dua biji tomato di dadanya bagi merasai pengalaman sebagai wanita yang sedang hamil.

Sekadar info, Safwan mendirikan rumah tangga bersama Lyna Khairul pada tanggal 4 Mac 2022. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cinta Sofia yang kini berusia setahun.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Safwan Nazri

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI