“Alhamdulillah, perasaan happy sangat-sangat, perasaan yang tak pernah rasa sebelum ini, tercapai impian ingin menjadi bapa…”
12 March 2023 menjadi detik istimewa buat pelakon, Safwan Nazri dan isteri, Fathin Nur Amalina setelah mereka menyambut kelahiran bayi sulung, baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN : “Kita Jumpa Di Syurga Nanti Ye Kaif”- Isteri Safwan Nazri Keguguran
Fathin selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 2.6kg di Hospital Putrajaya dengan kehadiran Safwan yang menemaninya sepanjang masa di dalam dewan bersalin.
” Allah permudahkan segala urusan, hanya 4 jam isteri bertarung di dewan bersalin.
” Pertama kali dalam hidup tengok depan-depan saat isteri melahirkan anak. Pengalaman di dewan bersalin betul-betul membuatkan saya membuka mata tentang pergorbanan seorang isteri dan ibu bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat. Pengalaman ini juga membuatkan saya lebih menghargai ibu. Hebat jasa dan pengorbanan ibu ini.” ulas finalis pencarian Hero Remaja 2017 itu.
Bercakap kepada REMAJA, Safwan menyifatkan momen tersebut sebagai satu momen yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata sehinggakan air matanya menitis sewaktu menyaksikan kelahiran cahaya mata mereka.
Trauma Dengan Pengalaman Lalu
Ditanya mengenai persediaan menjadi seorang bapa. Safwan mengakui sudah lama bersedia untuk mengalas tanggungjawap sebagai seorang bapa sejak bayi yang pertama. Namun, tidak ada rezeki apabila isterinya keguguran sewaktu kehamilan masuk ke empat bulan.
” Alhamdulillah Allah ganti dengan rezeki yang lain. Tapi sebenarnya kami masih trauma dengan kehilangan bayi yang pertama tapi bila lahir baby ni kami masih terkejut. Sebab itu kami ambil langkah untuk tidak menghebahkan kepada umum dan media, takut kejadian yang lama berulang lagi.”
Cinta Sofea, Cinta Yang Menawan
Dikesempatan ini, Safwan sempat berkongsi secara ekslusif bersama pembaca Majalah Remaja bahawa mereka menamakan bayi sulungnya dengan nama Cinta Sofea yang bermakna cinta yang menawan. Safwan mendirikan rumah tangga bersama Fathin Nur Amalina pada Mac 2022.
Apa-apapun, tahniah kami ucapkan buat Safwan dan isteri dengan kehadiran ‘ bunga’ dalam perkahwinan mereka.
BACA LAGI : 9 Tahun Perkenalan, Safwan Nazri Akhirnya Selamat Diijab Kabul Bersama Pasangan
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.